carian

Jodoh itu ketentuan Ilahi....

Aku terjumpa kata-kata ini di dalam Fb..
Yeah, this is so true...Jadi che nak save ia di sini...Terima kasih kepada sang penulis...

Assalamualaikum

Pertemuan itu sering berlaku, kita bertemu, berkenalan dan mula perasaan itu datang. Ianya tak di duga, tak di jangka.

Kita mula suka dia dalam dia, kita mula merindui senyuman dia. Kita mula selit namanya dalam setiap doa kita. Kita cuba ambil berat tentang dia.Kita cuba sehabis baik untuk dia.

Dalam kita tak sangka pertemuan itu adalah ujian untuk kita. Kita bertemu sebagai proses perkenalan mungkin sebagai kawan tidak lebih dari itu.

Tetapi itulah hati, selalu berharap lebih dari apa berlaku, berusaha dan akhirnya hati mula terpaut.

Kita cuba rancang satu persatu mahligai indah untuk membina masjid teguh. Cinta bertaut berlandas jalanNya, akidah di jaga, pergaulan di bataskan.

Tetapi siapalah kita untuk mentakdirkan sesuatu kerana kita hanya hamba,takdir itu Allah yang tentukan. Hanya kita manusia merancang sesuatu mengikut kemahuan kita.

Serapat mana kasih berpaut, jika Allah telah takdir dia bukan milik kita maka akan terpisah juga. Segalanya berlaku merupakan ujian untuk kita. Mungkin ada yang lebih baik untuk kita dan dia.

Apa jua berlaku bersangka baik dengan Allah. Kecewa itu pasti tetapi teguhkan hati untuk yakin dengan Allah.

Jadi jangan terlalu berharap, kadang takdir kita hanya dapat bertemu, kenal dan berkawan sahaja belum tentu jodoh.

Kredit : Penulisan dari www.akupenghibur.com

Good Bye Mr Angin...

He is getting marry soon !

Terima perkhabaran ini tiga hari lepas...Mulanya aku macam tak percaya, macam bermimpi pun ia juga..
Meleset dari jangkaan ku selama ini...Tak sangka secepat ini aku akan terima invitation dari dia..
Betullah, aku memang tak memahami dia dan betullah, kita merancang..Allah merancang dan Dialah sebaik-baik perancang.

Perasaan aku ? Kalau aku cakap aku tak sedih, itu memang tipulah..
Something is pain inside...Yeah, hati aku terluka 💔
Ironinya, Aku ingat bila aku dapat berita ini aku akan menangis bagai nak rak, moody memanjang macam situasi yang kebiasaanya orang patah hati lakukan tapi itu tak berlaku...Mencintai tak bermakna perlu memiliki..

Bulan ramadhan mulia ini, aku dapat jawapan dari doa yang selalu kupanjantkan selama ini.." Andainya dia diciptakan untukku, dekatkanlah hatiku dengan hatinya dan jika dia bukan untukku redhakanlah aku dengan ketentuanMU "..
dan ternyata dia milik orang lain dan aku bersyukur Allah swt menguatkan aku untuk redha menerima semua ini...Terasa hatiku lapang sekarang, lapang dari masalah hati dan perasaan.. 😊😊

Untuk Dia si Mr Angin,
Aku memang dah agak kau dan dia ada  something..Cuma mungkin saja kau yang lambat menyedarinya...Walau aku tahu,  tetap juga nak mencuba nasib kan.. Dan ternyata, instink ku tu betul..haha
Saat dan detik ini, percayalah perasanku selama ini dah totally gone...dan lambat laun aku akan lupa juga semua ini...Dan percayalah, aku tiada sedikit pun perasaan benci atau menyimpan dendam dengan kau..Yeah, aku redha dengan semua ni..
Aku harap kau pun sama dan kalau ada perkataanku atau silap salah ku selama ini yang tak elok haraplah dimaafkan...
Last words untuk kau, Semoga Allah swt memberkatimu dan pasangan mu dunia dan akhirat..aamiin..

Im miss that Old Friend !!

Banyak orang panggil Che ni " Mak cik". Mungkin sebab perangai Che ni kali memang macam macik2..Tapi ada aku kesah?? Ku akui, ada kebenarannya disitu.. Ahaha.

Bila dengar panggilan mak cik ni,  teringat pulak Che dengan Dia...
Kawan, yang sangat menyebalkan tapi dialah juga diantara kawan yang aku ingat sampai sekarang...haha

Dan dialah juga orang first yang panggil aku dengan panggilan " mak cik "
Dulu rasa annoying gila bila dia panggil macam tu but now rindu pulak nak dengar sebutan tu keluar dari mulut dia...
Ah, sudah..tak pasal2 kan...lol

Ermm..Apa agaknya khabar dia sekarang ya?? Last aku berhubung dengan dia pon, empat tahun lepas..Itu pun sebab aku sendiri jua yang cakap, jangan kacau aku dan menyibuk di fb aku !
( niat sekadar nak bergurau saja bha tu, tidak sangka dia betul2 maksudkan apa yang dia tulis..ahaha )

Ingat lagi kata-kata terakhir dia di FB, "ok, lepas ini aku takkan ganggu kau lagi makcik! Ingatkan dia main2 rupa2nya betul pulak..
Ermm.. agak sedih jugak la lepas tu, sebab apa?? Sebab aku kehilangan kawan untuk bergaduh di fb..ahaha

Walaupun aku selalu cakap aku benci dia zaman sekolah dulu, tapi pada masa yang sama, dalam lubuk hati, sebenarnya aku hargai dia sebagai seorang kawan yang sentiasa ada untuk aku...secara tak sedar, aku banyak berkongsi cerita dengan dia, someone yang alert dengan perkataan yang keluar dari mulutku dan juga pendengar setiaku ketika zaman sekolah dulu...

Sekarang baru aku nampak semua ini..walhal satu ketika dulu, aku siap gelar dia musuh ketatku lagi ! Lalu jak dia depan mata, mesti automatik rasa menyampah tu muncul..lucu pulak bila imbas balik..haha

Mana agaknya dia sekarang?? dapat jak kerja, terus bha tu di cut down aktivitinya di media sosial..
manakah dia menghilang??
Masih kerja ditempat yang sama ke?? Sambung studi?? Or Dah kawen tapi tak menjemput ??? Or adakah dia tengah menuntut ilmu sebagai saudara baru?? Kalau betullah, alhamdulillah..Aku harap sangat dia dapat hidayah untuk tertarik dengan islam...aamiin

And Honestly, im trully miss that friend...that Budak cina mata sepet..😊😊😊

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Ana.^^

My photo
Bumi Sabah Tercinta, Rahsia, Malaysia
I'm a simple person...Bercita-cita nak jadi TUDM malangnya aku rabun..wahaha..Nak jadi cikgu pula garang macam singa...Cian kang adik-adik...so jadila laa aku Penulis Bebas...Aku kan banyak masa akmaklumlah masih tanam anggur..haha..Aku nie pelik gak..Kadang2 tu suka hidup dalam alam fantasi..konon laa...pengaruh kartun sangat...hehehe.. "Plezz Call me Cik Putera Kodok"...

FOREVER IN HEART CIK PUTERA KODOK