carian

Ikrar Si Pencinta....

Sedikit menyesal..yup! itu yang aku rasakan sejak akhir2 ini..Seharusnya aku diamkan sahaja perasaan ku terhadap Mr Angin tempoh hari daripada aku pergi berterus terang..Lemahnya aku kerana mengikut hawa nafsu..Betullah kata mereka " andai kita meluahkan rasa cinta sebelum saat yang tepat ( Perkahwinan ) semakin lama perasaan itu akan hilang serinya..Sejak daripada kejadian hari itu, aku rasa perasaan aku kat Mr Angin dah macam Chipsmore..jap ada jap tiada..Betul2 berbeza rasanya saat sebelum dan selepas sesi luahan hati..Ada baiknya jika aku pendamkan sahaja perasaan itu, Serahkan segala-galanya kepada Dia..Biar DIA yang tentukan...Namun saat itu aku lupa kepada Pemilik Hakiki Hati ini..Ya Allah ampuni hambamu..

Saat ini, aku berikrar kepada diri, jika aku ditakdirkan jatuh cinta lagi, akan ku simpan erat perasaan itu dilubuk hatiku yang paling dalam...Biarlah hanya DIA yang Maha Mengetahui mengetahuinya..Akan ku adukan segala-galanya kepada Sang Pemilik hati agar DIA berkenaan menyatukan hatiku dengan insan tersebut..Menyatukan aku dan dirinya melalui ikatan perkahwinan dan bersama-sama mencari mardatillah..dan beriringan ke jannatul firdausi...aamiin....

Untuk itu, peringatan kepada sang diri: "Untuk mendapat yang terbaik kena perbaiki diri terlebih dulu...Ikhlaskan hati, niat lillahi taala..Cintailah Allah dan cinta manusia akan datang kepadamu.."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Ana.^^

My photo
Bumi Sabah Tercinta, Rahsia, Malaysia
I'm a simple person...Bercita-cita nak jadi TUDM malangnya aku rabun..wahaha..Nak jadi cikgu pula garang macam singa...Cian kang adik-adik...so jadila laa aku Penulis Bebas...Aku kan banyak masa akmaklumlah masih tanam anggur..haha..Aku nie pelik gak..Kadang2 tu suka hidup dalam alam fantasi..konon laa...pengaruh kartun sangat...hehehe.. "Plezz Call me Cik Putera Kodok"...

FOREVER IN HEART CIK PUTERA KODOK