carian

Alhamdulillah..Today is My Day..

Alhamdulillah..
Ku panjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi
masih mengizinkan aku untuk bernafas di bumi ini.
Hari ni genaplaa usia ku 26 tahun..
Ya Allah..pantasnya masa berlalu..pejam jelik dah besar panjang dah Che rupanya..
Rasanya macam diri masih bebudak lagi tup2 dah boleh jadi mama budak dah..ha.ha.ha

Tahun ni, Alhamdulillah..kira ramai la jugak yang tolong memperingati hari lahir Che ni..
Bangun pagi tadi, check phone..tengok  wassap banyak mesej yang masuk..tak pernah2 ni.heran sekejap..
Lepas berfikir sejenak, baru teringat.." oh, Patutlaa hari lahir aku pulak hari ni"..Tuan badan sendiri pon hampir lupa dengan tarikh hari ini..ahaha
Selalunya, Che sambut birthday awal. 25 Rabiul akhir. Tu pon sambut sendiri2 sebab bukan ada yang tahu pon..ahaha

Anyway, terharu jugaklaa sebab orang memperingati hari lahir kita kan..Semoga ucapan2 mereka semua dimakbulkan oleh Allah swt..Tak perlu hadiah bagai..Doa2 semua itupun dah cukup for me.
Che doakan agar kamu2 semua juga diberkati Allah dunia dan akhirat..aamiin..

After diss..Bermula laa misi pencarian Si CiK Putera Kodok. Kata2 mesti dikota. Itu prinsipnya. Kalau tiada juga nak buat macamna kan. Yang penting Usaha dulu..hohoho.
Misi apa? Adalah..yang tahu, tahula..yang tak tahu diam2 je la...He.he.he

Aku Boleh..Ya ! Aku boleh..

Berapa kali dah.
Aku kata aku nak lupakan orang tu
But always failed..
Reasonnya,
Setiap kali aku nak cuba lupa orang tu,
Adalah tu dia tiba-tiba muncul
Terus sekelip mata je tekadku hilang
Koh..koh..koh

Pernah aku terfikir,
Daripada aku menyerah lebih baik
Aku fight for it kan?
Tapi bila fikir balik,
Aku rasa aku takkan berjaya.
So abaikan je niatmu tu,
Cik Putera Kodok..
Koh.koh.koh

Title kawan..
Ini lagi satu hal
Disebabkan wujudnya satu hubungan ini
Harapan itu masih wujud
Dalam diri.
Aku hubungi orang tu
Kununlaa sebagai kawan
Walhal pada masa yang sama
Aku harap dia faham maksud tersirat aku
Nampak tak di situ,
Aku dah buat sesuatu yang
di luar jangkaan..
Kadang2 terdetik juga
" Aku ke nie..gediks pula "
Rasa macam dah jadi watak
" Ariana Dahlia "
Dalam cerita Sayangku Kapten Mukhriz pula.
Koh..koh..koh

Penat tahu tak !
Terasa diri terbeban
Dan apa yang aku lebih risau lagi
Andai aku menjadi bebanan buat orang lain.
Agak-agaknya apa yang perlu Aku lakukan?

The answers are :
I need to cut down
Semua perkara berkaitan dirinya.
Jangan kacau dia..!
Jangan ganggu dia..!
Jangan hubungi dia..!
Jangan terfikir pasal dia..!
Jangan cerita tentang dia !
And lastly,
Jagalah hati tu baik2
Cik Putera Kodok ooi..
Sudah2 la tu..
Bizikan dirimu dan
Put all the trust
To the Almighty..
InshaAllah..semua akan baik2 je.
Kau boleh !

Aku dengan Hari Khamis..

Hari ini hari Khamis..
Tiba2 memoriku zaman studi Dip dulu kembali menerjah fikiran..Ha..ha..ha..boleh gelak sendiri bila mengingatinya..

Dulu, waktu aku berada di semester akhir, tak tahu laa kenapa..Aku anggap hari Khamis ni macam berhantu sikit dengan aku.. mana taknya asal hari khamis je mesti aku terlambat bangun then kesannya lambatlaa aku gi kelas awal pagi hari tu dan kadang terpontenglaa jgak..hehe...Sampaikan Puan Zila yang mengajar subjek Insurans di awal pagi khamis time tu pon dah cam muka ku...ahaha..Yang peliknya, kalau hari2 lain, boleh pula aku bangun awal..

Dan satu peristiwa yang aku tidak boleh lupakan untill now ialah kisah di mana dua hari sebelum kelas seterusnya, puan Zila memberitahu yang dia nak buat midterm pada hari Khamis, so semua mesti datang...
Aku apa lagi..dengar je nak midterm siap pesan dengan member sekelas yang aku rapat" wei, bangunkan aku ar..berkali-kali aku ingatkan dorang, telefon aku sampai aku bangun ok!!"

So dipendekkan cerita, pada malam sebelum pagi khamis menjelma...aku handle satu program kelab dan selesainya pon dekat2 tgh malam..So malam tu terpaksalah laa aku berjaga malam study sampai 3 pagi...lepas study, konon nak tidur sekejap, nak cas tenaga sikit. Sebelum tidur, sempat lagi aku sms kawan2 untuk bangunkan aku esok dan set alarm bebanyak berharap janganlaa aku terlajak bangun di esok hari..hehee

Dan guess what happen after that? Ya..sekali lagi aku lewat! Bangun2 je pagi tu..aku terus tengok jam...jam 9 pagi ! Ada kira2 20 misscall tertera di skrin telefonku..Kelas dah sejam bermula dan aku pasti midterm pon dah berakhir..Matilaa!
Aku check telefon.." Ya rabb...patutlaa aku tak dengar apa2...Rupanya aku letakkan phone ku dalam keadaan silent mode...ahaha

Aku terus menghubungi rakan sekelasku.
Dia bagitahu ada dalam 5minit jugakla puan Zila menunggu aku muncul untuk  ambil midterm bersama kawan2 yang lain tapi sampai ke sudah kelibat aku tak jugak muncul2..ahahaha
Aku bertanya kawanku pasal midterm.
Alhamdulillah..Lega..bila mendengar kawanku kata puan benarkan aku ambil midterm tu dengan syarat aku perlu bagi surat rasmi dengan dia pada hari tu juga dan menyatakan sebab ketidakhadiranku..ahaha..dah, sudah!

Tengah hari tu, aku masuk ke pejabat pensyarah dengan surat rasmi yang ku tulis  sepantas kilat. Sampai je di meja puan Zila, salam ku berikan dan pantas menyerahkan surat ditangan kepada Puan Zila. Surat itu dibacanya.
Tak datang sebab terlewat bangun..alasanku.!
" Yela kamu terlewat bangun, tapi apa sebabnya?" tanya puan Zila sehabis sahaja membaca surat tersebut.
Baru sahaja aku nak jawap soalan tersebut, puan Zila bertanya lagi...
" dan kamu ni Cik PK..asal Khamis je mesti kamu selalu lewat masuk ke kelas saya, kelas lain kamu begini juga ke? "
" Taklah puan..tak tahulah kenapa..mungkin kalau Hari Khamis saya comel kut..hehehe " boleh pulak aku bagi jawapan loyar buruk tu dengan lecturer sendiri..hahaha
Aku lihat puan Zila tersenyum nipis mendengar jawapanku. Mungkin merasa sedikit lucu aku kira dengan apa yang baru sahaja aku katakan.
Perasaan comel betul!
" Dah2..kamu duduk sana..ambil kertas ini..jawab dalam 45 minit dan dah siap nanti pass kat saya..." aku pantas mengambil kertas midterm yang dia berikan dan bergerak ke arah yang ditunjukkan...
Dalam hati " ku panjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana mengurniakan aku seorang lecturer yang baik hati. Terima kasih puan "..

.....The End.....

Ajarkan Aku untuk Setia - Al Manna

Adakala aku tertanya
Tercari-cari bukti cinta
Yang ku kata untuk-Mu saja
Tapi goyah bila tergoda

Selalu janji ku mungkiri
Cintaku bagai tiada erti
Sedang cintaku bukan palsu
Ku yakin Engkau Maha Tahu

Kadang cinta teguh di jiwa
Kadang hilang entah ke mana
Ajarkanlah aku untuk tetap setia

Walau ku sedarkan diriku
Takkan pernah kuat tanpa-Mu
Betapa Kau sangat ku perlu
Namun sering ku tinggalkan-Mu
Ketika segalanya indah
Ku lupa Kau selalu ada
Tapi bila resah menyinggah
Dan baru rinduku menjelma

Kadang cinta teguh di jiwa
Kadang hilang entah ke mana
Ajarkanlah aku untuk kekal setia

Saat hatiku mula rapuh
Saat tangisku mula luruh
Ku rayu agar Kau takkan pernah menjauh

Kadang cinta teguh di jiwa
Kadang hilang entah ke mana
Ajarkanlah aku untuk kekal setia

Saat hatiku mula rapuh
Saat tangisku mula luruh
Ku rayu agar Kau takkan pernah menjauh
Jangan Kau uji
Jangan Kau tinggal
Takkan ku mampu n
Hidup tanpa-Mu
Akan ku cuba
Akan ku terus setiahttps://youtu.be/uVACPdUBTlM

I"ll hold it as long as i Can !

Baru - baru ini, ada yang menyuruh aku untuk cuba kenal dengan seseorang tapi macam biasa mesti aku tolak..Bukan nak menyombong, jual mahal atau perasaan diri tu bagus sangat cuma itulah masalahnya di sini " Hati". Hati ini tak terbuka untuk orang lain.
Ada yang kata," Kenapa tak cuba je dulu, kut2 hati itu terbuka.." Ahaha..Aku hanya mampu tergelak.
Bukan tak pernah cuba, ya pernah suatu ketika dulu dan hasilnya, aku rasa sangat bersalah. Memberi harapan pada seseorang walhal di hati tiada sekelumit pun rasa sayang untuk dirinya. Dan sejak itu, aku yakin perkataan "cuba" itu takkan berhasil ke atas diriku.

Sejujurnya, aku bukanlah orang yang mudah jatuh hati kat seseorang dan bilamana aku dah suka seseorang itu, aku dah letakkan harapan berharap dialah Jodohku dan you know what, aku rasa aku dah jatuh hati kat orang yang salah lagi ! Ahahaha
Right now, rasa sedih itu kerap muncul..Aku kata aku dah move on walhal aku sebenarnya tengah tipu diri sendiri.
Sejak tempoh hari, aku cuba untuk melupakan dia dan sekali lagi perkataan "cuba" itu tak serasi denganku.

Tika ini, terngiang2 kata-kata yang pernah ku ucapkan pada seseorang,
" kita tak boleh halang seseorang dari menyukai kita dan orang itu jugak tak boleh memaksa kita untuk menerima dirinya. Cinta itu tiada paksaan Dan
mencintai tak semestinya memiliki ".

So now, what suppose i do?
" I"ll Keep the feeling as long as I can
And let time decide it. Just go with the flow "
...................

Dear You..
Yup, you..
Tak tahulaa kalau kau baca.
I'm really sorry.
For being too emotional..hehe

Alhamdulillah - By Wani ft Juzztin

Walau genggamannya kuat
Tapi bukan milik kita
Akan terlepas jua


Tak ada yang lebih baik
Tak ada yang lebih cantik
Beroleh keredaan-Nya


Kau kurniakan rasa
Cinta sesama manusia
Hadapi segala dugaan

Bila jiwa rasa lelah
Ambil nafas dan senyumlah
Kerna langit masih cerah


Ku bersyukur
Alhamdulillah
Ku beruntung
Alhamdulillah
Wajburni
Alhamdulillah
Selama-lama


Ku bersyukur
Alhamdulillah
Ku beruntung
Alhamdulillah
Wajburni
Alhamdulillah
Selama-lamanya


Indah cinta pada bahagia
Bila berduka tak mesra
Lagi kekal cinta-Nya

Bersyukur bukannya susah
Hanya bukti beribadah
Ucapkan Alhamdulillah


Ku bersyukur
Alhamdulillah
Ku beruntung
Alhamdulillah
Wajburni
Alhamdulillah
Selama-lama

Ku bersyukur
Alhamdulillah
Ku beruntung
Alhamdulillah
Wajburni
Alhamdulillah
Selama-lamanya


Walau genggamannya kuat
Tapi bukan milik kita
Akan terlepas jua

Tak ada yang lebih baik
Tak ada yang lebih cantik
Beroleh keredaan-Nya


Assalamualaikum kita bertemu lagi
Jodoh pertemuan syukur atas hadrat Ilahi
Bertemu berpisah hari berganti pagi
Rezeki ada yang lebih itu kita nak cari
Ingat dan mengingati sesama insan
Kalau lama tak jumpa man how you been son
Dan belas ihsan saling mengerti
Buat apa pun pertamakan budi pekerti
Bererti lagi baik kita memberi
Kerna itu yang akan buat hidup bererti
Mengejar dunia pasti takkan adanya henti
Jauhkan dari sifat cemburu, api dan dengki


Ku bersyukur
Alhamdulillah
Ku beruntung
Alhamdulillah
Wajburni
Alhamdulillah
Selama-lama

Ku bersyukur
Alhamdulillah
Ku beruntung
Alhamdulillah
Wajburni
Alhamdulillah
Selama-lamanya...

Bila Nak TerPos Ni!

Barang ni dah lama dah ada dalam simpanan..Dari awal bulan sampai laa sekarang..Niat nak hadiahkan untuk seseorang dengan identiti pengirim dirahsiakan..Suprise gitu..ahaha..
Masalahnya pula asal nak pos jer barang ni mesti tak jadi..Ada jer halangan..
Macam hari ni, Ingatkan boleh dah di poskan tup2 Bangunan UTC pulak tutup der..
Termasuk hari ini dah 3 kali dah barang ni tak berjaya diposkan..hoho...
Macam give up dah nak pos..smpai stress bila terpandang barang ni masih ada kat diri..ahaha...
Awak,
Kenapalah barang ni susah sangat nak dihantar..aiyaa!

Old Story...Dia Imamku..Tak Nak !

Mood nak menulis je kebelakangan ni..tapi itu laa tiada idea nak karang ayat macamna..But orang kata Practice Makes Perfect kan..so, i try my best laa..ahaha
.......................................

Aku ada one story..Cerita ni berlaku padaku berapa kurun abad sebelum ini di sebuah Shopping Mall..hehe..
Alkisah bermula bila aku ajak satu kawan nie temankan aku gi solat..dan kebetulan hari tu, dia pulak "ABC"hehe..

Cari punya cari then jumpa..Guess what? Masuk je keruangan solat tu aku rasa terkejut..ada beberapa lelaki dan wanita sedang solat bersama2..
"Aik,solat sama2 ke nie?," tanyaku dengan kawanku yang berdiri disebelah.
"Ha'ah akak..macamtu laa nampaknya.."jawabnya yang juga rasa sedikit terkejut dengan keadaan ruangan itu. Ruangan solat yang disediakan punyalaa kecil..cukup2 untuk lingkungan 1 - 5 orang macamtu..Dalam tu, ada tempat wudhu disediakan tapi itupun tiada pintu..Hanya ada tembok yang memisahkan antara dua ruangan itu.. Alamat kalau perempuan nak ambik wudhu kenalah pandai2 cari jalan agar aurat tak terdedah..Nak gelak pon adaa..bukan apa, Shopping Mall punyala BESAR GABAK tapi ruangan solat, MasyaAllah...

Kami biarkan ruangan itu kosong, barulaa kami masuk kembali..Untuk solat punya pasal, aku redah jelaa walaupun diri rasa tak selesa. Aku minta Ain tunggu di depan pintu sementara aku gi ambik wudhu. Takut2 kalau ada lelaki tiba-tiba menerpa masuk ke ruangan wudhu itu..Habislaa..

Tiga minit kemudian..Di sinilaa kisahku bermulaa..
Keluar dari tempat wudhu tu, sekali lagi aku terkejut kerana melihat kehadiran Si "Dia" melangkah masuk keruangan solat itu.
"iskk.. time ni jugak laa dia nak masuk sini..Nak solat dulu ke, biar dia solat nie? bisikku pada diri. Sungguh aku rasa kekok sangat time tu..Makin rasa tak selesa dibuatnya..

Ketika aku duk bersoal jawab pada diri, tiba-tiba mak cik yang turut berada di dalam ruangan itu bersuara. Serentak kami bertiga memalingkan muka menghadapnya..

" Korang bertiga ni, kenal ke?" soal makcik tersebut.
" Ha'ah kenal..Kami ni satu kelab acik. Ada program kat area2 sini.." jawab Ain mewakili kami bertiga.
" Oo.."jawab macik tu pendek sebelum menyambungkan semula kata-katanya..
" kalau begitu, baik korang solat berjemaah..save time,save ruang". Terkejut aku mendengar cadangan macikku tu..
Bayangan aku berjemaah di belakang si Dia mula berlegar..
"Nak solat berjemaah dengan dia, kami dua? .ha.ha.ha...tak mahu! dengan orang lain boleh kut tapi dengan dia..tak nak! Tak khusyuk nanti..!  Iskk..tak boleh..tak boleh..macam suami isteri pulak.."protesku di dalam hati. Nak membantah depan2, nanti nampak sangat something fishy dekat situ. Aku pandang Ain..Dia tersenyum..Senyum yang ada makna aku kira. Cis!
Ku lihat Si Dia memasuki ruangan wudhu..Sejadah aku hamparkan sementara menunggu dia keluar...Persis gaya seorang isteri menunggu suaminya untuk mengimamkan solat mereka..Haih! Sungguh aku rasa sangat2 tak selesa dengan keadaan waktu itu..Andai Ain solat sama, mesti aku tidak rasa kekok macam ni sangat.

Beberapa saat kemudian, dia keluar dan mengambil tempat di sejadah yang aku hamparkan tadi. Bersedia untuk menunaikan solat. Di pandangnya kebelakang, namun aku tiada ura-ura nak berdiri pun bergerak mara kebelakangnya.
"Biar betik mamat ni" aku serba salah..Malu menguasai diri.
Then, aku perhatikan macik tadi memasuki ruangan wudhu..
" Yes..Peluang..! Segera Aku pandang dirinya dan lantas berkata, " awak, awak solatlah dulu ye..nanti aku solat." Dia angguk lantas melaksanakan solatnya..

Sedang Si Dia menunaikan solat, macik itu keluar.
" Aik, kenapa tak jemaah.." tanya macik itu separuh berbisik kepadaku..
Pertanyaan itu aku jawab hanya dengan senyuman..Takkan nak jawab, "sebenarnya saya Malu acik..ahaha"..

Aku pandang dia, yang kini brdiri betul2 di hadapanku..Seraya berbisik pada diri..
" InshaAllah..Bukan hari ni tapi suatu hari nanti..Dia Imam, Aku Makmumnya.. Saat itu, aku yakin aku dah bersedia. Mesti sweet kan..ahahaha.."

...The End...

NOTES : Hanya cerita lama..Harapan tu, hanya laa harapan..Tak salah kan tapi tak boleh lebih2...ahaha

Hai Anak - Halim Ahmad

Assalamualaikum semua...


Hai Anak...Lagu yang dinyanyikan oleh Halim Ahmad dari kumpulan Devotees. hehe...
Honestly, Im falling in love with dis song..Comel je lagu dan videonya..Masuk ke hati gitu..hoho.Lagu ni buat Che teringat pada mak dan ayah yang berada nun jauh di Sabah sana..Semoga Che menjadi anak yang mencintai Allah swt..
Dan lagu ni jugak buat Che terasa nak kahwin then dapat anak...hehehe..Overall, best lah lagu nie..Jum kita hayati bait2 liriknya..hehehe




hai anak
penyejuk mata
penawar hati
yang duka lara
teringatkanmu
menghibur ayah
juga mama

hai anak
kau di antara
berjuta nikmat
yang dikurnia
amanah buat
ayah dan mama
jariah kami
dalam menuju ke syurga

hai anak
kau dibesarkan
dengan kasih sayang
dengan harapan
menjadi insan
yang beriman
memberi manfaat
buat seluruh umat

hai anak
kami tak minta
untuk hidup mewah
cukup sekadar
dengan melihat dirimu
engkau mencintai allah


Polisi Endowmen

Assalamualaikum...
Hai semua..Hari ini nak share pasal Insurans...hehe ( Assignment  Che dulu. Kut2 ni boleh membantu korang kan? ahahah

Apakah Polisi Endowment Policy (Polisi Endowmen) itu?

Polisi ini menggabungkan perlindungan dan tabungan. Wang manfaatnya akan dibayar pada akhir tempoh yang ditetapkan berikutan kematian atau jika anda mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal. Sekiranya anda masih hidup apabila polisi matang, anda akan mendapat wang berkenaan; jika sebaliknya, wang itu akan diberi kepada penama anda. Dan polisi ini membenarkan kita mengeluarkan sebahagian wang simpanan yang ada di dalam tempoh polisi berjalan. Antara polisi yang ada atau dibawah naungan polisi endowmen ini ialah Perlindungan Tabung Pendidikan (Education Fund Policy) Perlindungan Tabung Persaraan ( Retirement FundPolicy), Perlindungan Takaful Keluarga (Family Protection Family) dan sebagainya.

Perlindungan ini untuk 4 perkara:

a)Kematian biasa - antaranya kerana penyakit atau secara biasa.
 b)Kematian kemalangan
c)Hilang upaya biasa - contohnya strok, angin ahmar atau kerana penyakit
d)Hilang upaya kemalangan - contohnya akibat kemalangan, kehilangan anggota badan yang menyebabkan kita tak mampu untuk bekerja lagi.
Polisi  hayat seumur hidup dan  polisi endowmen mempunyai elemen pelaburan dan oleh itu, dianggap sebagai aset modal syarikat. Kedua-kedua polisi tersebut mempunyai nilai tunai yang boleh ditebuskan selepas berkuatkuasa selama beberapa tahun. Bagi polisi endowmen, suatu jumlah wang boleh dibayar apabila polisi itu  matang.  Premium yang dibayar atas polisi hayat seumur hidup atau polisi endowmen tidak boleh dibenarkan dalam pengiraan pendapatan larasan perniagaan syarikat.

Prosedur Tuntutan Kematangan Insurans Hayat Endowmen

Syarikat insurans lazimnya akan menghubungi pemegang polisi tentang polisi endowmennya yang akan matang, dan meminta pemegang polisi mengikut prosedur berikut:
1)   Syarikat insurans akan menghantar borang pengenalan, borang mandiri (survival) dan borang pelepasan kepada pemegang polisi untuk dilengkapkan. Borang-borang ini hendaklah dikembalikan kepada syarikat insurans bersama dengan kontrak polisi.
2)   Jika pemegang polisi adalah orang yang diinsuranskan, beliau hendaklah memberikan bukti umur, bukti masih hidup, baucar pelepasan yang lengkap dan menyerahkan semua ini bersama dengan dokumen polisi.
3)   Jikalau pemegang polisi bukan orang yang diinsuranskan, beliau hendaklah menyerahkan surat serah hak atau dokumen hak milik yang lain dan kenyataan ringkas yang menyatakan bahawa orang yang diinsuranskan masih hidup tetapi tidak dapat menandatangani sijil mandiri (survival). Polisi insurans hayat endowmen lazimnya memberikan beberapa pilihan penyelesaian yang boleh dilaksanakan oleh pemegang polisi apabila polisi mereka matang.

Biasanya terdapat empat pilihan:

a)   Perolehan kematangan tunai.
b)   Menukarkan perolehan kematangan kepada anuiti, sama ada anuiti pasti atau anuiti hayat.
c)   Membiarkan perolehan kematangan sebagai deposit dengan syarikat insurans mengikut terma-terma yang dipersetujui.
d)   Mengeluarkan perolehan kematangan secara beransuran bagi tempoh beberapa tahun. Faedah akan dikreditkan ke atas baki dalam akaun.

Terma dan syarat

Insurans endowmen, polisinya ialah untuk jangka waktu tertentu. Pemegang polisi akan menerima jumlah yang diinsuranskan pada akhir tempoh yang ditetapkan.
Walau bagaimanapun, sekiranya pemegang polisi meninggal dunia sebelum tempoh yang ditetapkan, keluarganya berhak menerima bayaran daripada polisi tersebut. Bagi polisi insurans nyawa seumur hidup, pemegang polisi membayar premium untuk seumur hidup. Apabila pernegang polisi meninggal dunia, keluarga beliau akan menerima kesemua jumlah wang yang diinsuranskan. Jika pemegang polisi menyerahkan polisi beliau selepas 20 atau 30 tahun, sebelum kematiannya seperti yang dinyatakan di dalam polisi, beliau akan mendapat balik sejumlah wang yang tertentu – iaitu jumlah yang beliau telah bayar campur dengan sebahagian dari keuntungan pelaburan kumpulan wang insurans berkenaan.
Jenis insurans yang akan memberi faedah adalah satu polisi yang dapat memberi perlindungan maksimum dengan kos yang minimum.

Contoh terma dan syarat

TWIN SPECIAL

Adalah produk endowmen berserta manfaat Pembayaran Tunai Terjamin setiap tiga tahun dan perlindungan kematian dan KUPK. Twins Special menyertai keuntungan Etiqa dengan Bonus Balikan dan Bonus Terminal.
Anda boleh memilih tempoh polisi yang luas: 15, 18, 21 dan 24 tahun. Jumlah Pembayaran Tunai Terjamin adalah bergantung kepada jumlah diinsuranskan dan tempoh pelan yang anda pilih. Setiap tiga tahun sepanjang tempoh polisi berkuatkuasa, anda akan menerima pembayaran tunai sebanyak 12.5% dari jumlah diinsuranskan.
Apabila pelan ini mencapai tempoh matang, sekiranya tiada tuntutan dibuat, anda akan menerima amaun yang bersamaan dengan jumlah diinsuranskan (setelah ditolak Pembayaran Tunai Terjamin yang telah dibuat) serta semua bonus yang dimasukkan.

Contoh 2

Sebuah syarikat membeli polisi endowmen “key-man” atas nyawa pengarah  urusannya dengan syarikat  sebagai waris. Premium tahunan ialah RM20,000 dan amaun terjamin ialah RM500,000. Di bawah pimpinan pengarah urusan tersebut, keuntungan syarikat telah tambah 20% setiap tahun bagi lima tahun yang lepas.  Walaupun syarikat ialah waris polisi  insurans  dan  pengarah  urusan ialah “orang utama” dalam syarikat, premium tahunan yang dibayar tidak dibenarkan sebagai potongan kerana syarikat telah memperolehi sesuatu aset. Apabila polisi itu  matang, syarikat akan menerima RM500,000 serta bonus yang diistiharkan oleh syarikat insurans. Bagi polisi insurans hayat endowmen, syarikat insurans akan membayar jumlah yang diinsuranskan apabila polisi matang jika pemegang polisi masih hidup pada penghujung tempoh kontrak.

Fuh..Nasib baik !

Hari itu Che duk skodeng seorang mamat ni dari balik cermin bas yang kitaorang naiki. Di kejauhan kelihatan dia tengah sibuk menguruskan kehadiran rakan-rakan yang lain. Alang-alang dia tak perasan Che dan Kebetulan pula masa tu kawan yang duduk di kerusi sebelah gi toilet, Che ambillah kesempatan untuk merenung dirinya. Hehehe.
"Kenapa dia, Cik PK ?" soalan itu tiba-tiba menyapa diri. Sungguh aku sendiri tiada jawapannya.

Agak lama juga laa Che memerhatikan dirinya sehinggalah dengan tiba-tiba pandangannya teralih tepat ke arahku. Sepertinya dia menyedari ada insan asyik memerhatikan dirinya sedari tadi..
"Alamak..habislaa. Kalau aku alih pandanganan ini mesti dia tahu aku duk pandang dia ni dari tadi " desis hatiku.
Untuk mengelakkan diri dari terkantoi merenung anak teruna orang, pantas Che buat gaya acah orang yang sedang termenung panjang gitu. Che tetapkan jua pandangan  kearah yang sama dan buat-buat tak perasan kelibat dirinya yang berjalan menghampiri bas yang kami naiki.

"Paaakk.. ! " Cermin di sisi Che ditepuk kuat dari luar. Spontan Che buat reaksi ala terkejut konon2nya baru tersedar dari lamunan. "Kurang asam! " sengaja ayat tu Che kuatkan agar sampai ke pendengarannya.
Disebalik cermin itu aku melihat dia tergelak perlahan.
" Yes.!.mesti dia betul2 ingat aku termenung tadi. Fuh, selamat! Nasib baik tak kantoi " desisku dalam hati.

Ingatkan cerita habis sampai setakat tu je, sebaik menapak ke perut bas, dia ceritakan kat seorang kawan kitaorang ni yang Che duk asyik termenung je dari tadi. Che risau jugak kut kalau2 ada orang lain dalam bas perasan aku duk perhati je mamat ni dari tadi. Nasib baiklaa si kawan tu cakap macam ni,
"Rupanya...dari tadi kau asyik perhatikan Cik PK kan? Dia pula yang kena usik oleh rakan-rakan lain. Chr yang duduk belakang hanya mampu tersenyum. Sebenarnya siapa yang duk perhati siapa nie? Ahaha..
....The End....

KU PINANG DIA..

Macam pelik je kan tajuk posting ku kali ni..tapi ni laa yg tjadi...Mungkin situasinya skrg dalam alam mimpi je manatau realitinya nanti ceritanya terbalik..Dia pulak pi pinang Che..ahaha

( DIA = Biarlah rahsia )

Alkisahnya begini..
Lagi sehari je majlis pernikahan ku akan berlangsung..Persiapan semua dah siap kecuali satu benda ni..Pengantin lelakinya TIADA !( pelik kan..tapi ni la mimpiku..boleh2 nak kahwin tpi xde pgantin lelaki ..hehe ). Dan disaat genting ini laa aku teringat Dia..Pantas telefon ku capai dan aku segera mhubunginya..(Dalam mimpiku ni, si dia tgh busy training Taekwando..pelik gak laa dsitu,seingat Che dia mana ada kaitan dgn sukan ni..ahaha).

Beberapa saat kemudian, panggilan berjaya dihubungkan. Selepas salam dijawab, aku terus menyampaikan hasratku. Wei, kahwin dengan aku..Reaksinya? Mestilaa dia terkejut..! Ahaha
Dia bertanya tentang persiapan..dan im just saying,"semua dah settle Cuma tunggu kau datang je..Setujula ya, malu aku kalau kau tak datang"
Then, I'm felt very2 happy bila dia kata Ok..( Ahaha..so easy like that..ermm..kalau alam realiti jangan harap..ahaha)

Then, hari pernikahan pun berlangsung..Sungguh, Aku risau andai dia tak datang..Huh! Rasa lega bila kedengaran suara riuh rendah dari luar rumah mengatakan pengantin lelaki dah sampai..Aku bsyukur sangat kerana dia datang..( xde pulak Che detect baju pgantin waktu ni..ahaha )

Di saat dirinya sudah melangkah masuk ke dalam rumahku, satu soalan seakan berbisik hinggap di gegendang telingaku. "Alahai Cik PK..dia ni ke pilihanmu, apalah yang kau pandang dengan dia nie?. Mendengarkan pertanyaan ini, aku hanya mampu tersenyum.

Aku seraya mencari kelibat dirinya. Saat terpandang wajahnya, terukir senyuman manis dibibirku. " Biarlaa macik. Itu dipandangan macik, di pandangan saya, he is so Special. Cukup sempurna di mata saya. "bisik hati kecilku.
.......The End......

Itulaa kisah mimpi Che pinang anak teruna orang..Tak malu kan? Ahaha..
Maksud mimpi? Entahlaa...Apapun ni laa mimpi paling sweet yang Che pernah rasa..ahaha

Alkisah Aku Ingin Kahwin dengan Tentera

Dulu2 zaman sekolah menengah..Aku pernah menyimpan Impian nak Kahwin dengan tentera suatu Hari nanti...Tak Kahwin dengan tentera Udara, tentera Laut pun jadilaa...Kenapa tentera? Sebab bagi Aku Dorang ni Segak,smart.. bergaya nampak berwawasan gitu..huhu..

Tapi lama kelamaan seiring Waktu berlalu Aku mula lupa Aku pernah menyimpan hasrat sebegini sehinggalah Aku menyaksikan Drama SayangKu Kapten Mukriz.. Hasrat itu kembali Muncul semula Dan malah aku rasakan tekadku untuk mencari pasangan hidup seorang tentera begitu kuat dari Sebelum ni..Honestly, Aku rasa ni laa tekadku berkenan calon Jodoh yang betul2 aku serius nak capai.. Hehehe

So, Kalau Ada tentera TUDM or TLDM yang Korang Kenal nak Cari Jodoh kenalkan dengan Che..manatau itu Jodoh Che.. Ahaha..Permintaan Che tak banyak mana pon..  Yang penting : TUDM or TLDM, : Solat 5 waktu, : Tak merokok..

Dan lastly Doakan Che Dapat Jodoh tentera ya..hehehe..Kita merancang,  Allah juga merancang..Dan sebaik-baik perancang adalah DIA... Kalau bukan Jodoh Che tentera nak Buat macamna kan.. Redha ajalaa... Hehehe

Note : Ni Langsung Tiada kaitan Dgn pelakon SayangKu Kapten Mukriz.. I juz like the Army... Hehe

Request For my LI Report

Assalamualaikum...
Di sini Che nak Minta Maaf Kat mereka2 yg send email Kat Che request repot LI Di Tmpoint...Che bukan tak nak share repot tu masalahnya Che selalu baca email Korang Lewat.. Ada yg sebulan Lebih Baru terbaca..sorri sgt2 ekk.. Bukan kedekut ilmu taw..Malahan Che bbesar Hati andai sedikit sbyak dpt mnolong Korg Dgn repot Che yg xseberapa Tue...
So, Untuk mereka yg nak copy repot LI Che, janganlaa segan2 tuk email che..InshaAllah, saya bbesar hati Andai dpt mnolong anda2 semua..
Sekiranya saya lmbat membalas, hntarlaa email berulang2 kali supaya sya xterskip email Korang.. Hehehe
Terima kasih di atas ksudiaan saudari2 semua mbaca repot saya.. Kikiki

I let It Go..far..far away !

Soalnya Hati..
Amat sukar ku mengerti..

Tertanya-tanya perlukah
aku keep that feeling or just let it go?
Mulanya aku ingin simpan perasaan ini dan terus menanti
hingga suatu masa yang aku sendiri tak pasti;
adakah ia berbaloi atau tidak ?
 Ahaha.. Sejujurnya aku tiada jawapannya
Yang aku pasti aku ingin jaga perasaan itu !
But that is just a past story;
The day before yesterday…

Now, Im totally Give Up!
I let you go..
Ku hapus namamu
Dari labuk hati ini..
Walau ianya sukar
Namun Inilah yang terbaik;
Buatku  dan juga kamu..

Sungguh,
Aku penat dengan mainan hati
Aku ingin bebas
Menghapus bebanan yang mencengkam di jiwa
Menikmati hidup yang lebih indah
Tanpa mengharap cinta insani..

Saat ini,
Ku kuburkan harapan yang pernah hadir
Takkan lagi aku letakkan harapan
walau sekelumit Cuma.
Biarlah dirimu dengan hidupmu
Dan aku dengan kehidupanku..
Andai memang suratan,
Dirimu pasti kumiliki..

Luahan Hati Che PK

Baru-baru ini macam pelik jer rasanya bila ramai nak rekemenkan Che dengan seseorang..ahaha...tertanya-tanya jugak ni ka nasib yang selalu dialami oleh mereka yang semakin mengajak usia yang belum ada teman hidup??  hahaha..krik krik betul laaa...
 Masalahnya Che ni bukan tak nak kenal dengan orang tapi itulah cara orang yang nak berkenalan tu tak berkenan di hati..ewah..hehe..Orang kata, takk sweet gitu...i'm minah jiwang kerek sikit so naklah cara perkenalan yang romantik gitu...ahahahh

Apalah salahnya kan, kalau nak berkenalan tu selidik dulu latar belakang keluarga Che, personaliti che and kalau da berkenen tu terus jumpa my parents minta izin nak berkenalan dengan che then baru proceed pi langkah seterusnya..Di sini barulah nampak kesungguhan seseorang tu..Baru Che rasa "selamat"..means nampaklah orang tu sungguh2 nak jadikan kita ni sebagai peneman hidupnya..ahaha..Ni tak, tiba-tiba sms or calling nak berkenalan..tanya nama, minat semua memang tak minat laa Che benda2 ni semua..Dari pengalaman ketika zaman muda-muda dulu, orang yang gini ni tak serius pon..just nak mengisi masa lapang..nak cari peneman untuk berborak..ahaha..Che tiadala masa nak melayan benda2 gini suda..Kalau boleh Che nak cari seseorang yang SERIUS...serius nak cari seorang isteri..Kalau nak kenal secara mendalam tu kan boleh di buat lepas kahwin..and perasan Cinta selepas kahwin rasanya lagi Sweet gitu..hehe

Apapun..buat mereka yang prihatin dengan Che tu terima kasih laa bebanyak..saya hargai usaha kamu semua...Yang saya perlu sekarang ialah doa anda..Doakan agar jodoh saya dipermudahkan oleh Ilahi..doakan hati saya ni lembut untuk menerima seseorang..dan doakan saya dapat jodoh yang soleh, yang menerima kekurangan dan kelebihan diri ini...InshaAllah.. :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Ana.^^

My photo
Bumi Sabah Tercinta, Rahsia, Malaysia
I'm a simple person...Bercita-cita nak jadi TUDM malangnya aku rabun..wahaha..Nak jadi cikgu pula garang macam singa...Cian kang adik-adik...so jadila laa aku Penulis Bebas...Aku kan banyak masa akmaklumlah masih tanam anggur..haha..Aku nie pelik gak..Kadang2 tu suka hidup dalam alam fantasi..konon laa...pengaruh kartun sangat...hehehe.. "Plezz Call me Cik Putera Kodok"...

FOREVER IN HEART CIK PUTERA KODOK