carian

ELLY DAN AIZUL

Di suatu petang, Elly duduk menghadap skrin kaca televisyen.   Keadaan library ketika itu sangat lenggang memandangkan setengah jam lagi library bakal ditutup.  Sedang asyik menyaksikan rancangan yang disiarkan di kaca tv, kelibat seseorang turut melabuhkan dirinya di sofa berhadapan Elly.  Berdegup pantas jantung Elly sebaik sahaja melihat wajah Aizul dihadapannya.

“Alahai hati, ahasal ada irama dup dap nie? Cool Elly..cool! “

Pandangan difokuskan kekaca tv.  Untuk memulakan perbualan dengan Aizul, Elly tak tahu nak mula dari mana.  Kelihatan Aizul juga tak ada ura-ura untuk bercakap dengannya.  Masing-masing diam membisu, fokus kepada rancangan yang tengah bersiaran di kaca tv.  Selang beberapa minit kemudian, Elly teringat sesuatu. Ada yang perlu ditanyakan kepada Aizul.  Kepalanya dipusingkan menghadap Aizul.

“A..aIzul…” sedikit bergetar suara Elly saat memanggil nama Aizul.
“Ermm..ya, kenapa? Aizul turut memalingkan mukanya menghadap Elly.  Untuk pertama kalinya, mata mereka berdua saling bertaut dan menyedari hal itu, Elly segera menundukkan pandangan memandang ke lantai yang  beralas tikar itu.

“Duhai hati..tenanglah dikau…

“ Aizul sebenarnya kan..Aku nak gitau kau sesuatu..” nafas ditarik sedalamnya mencari kekuatan sebelum memulakan bicara yang begitu susah untuk Elly ucapkan. Belum sempat Elly untuk meneruskan butir-butir bicaranya, kedengaran pengumuman dibuat melalui corong speaker yang dipasang di dalam library itu. 

“Assalamualaikum dan selamat sejahtera, sebentar lagi Library bakal ditutup.  Diharapkan anda dapat mninggalkan library ini dalam keadaan kemas dan teratur. Harap maklum. Kerjasama anda amat dihargai. Sekian.

Selesai saja pengumuman dibuat, Aizul memandang Elly.  Menanti Elly untuk meneruskan kata-katanya yang terhenti sebentar tadi.

“ Ermm..tak jadi laa Aizul. Abaikan je la. Tak penting pun..he..he..he..Jomlah kemas Library.” Pantas Elly bangun meninggalkan Aizul sendiri terpingga-pingga di sofa itu.

“Iskk, kau ni Elly buat malu je. Nasib baik tak jadi.” Elly mengutuk dirinya sendiri......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Ana.^^

My photo
Bumi Sabah Tercinta, Rahsia, Malaysia
I'm a simple person...Bercita-cita nak jadi TUDM malangnya aku rabun..wahaha..Nak jadi cikgu pula garang macam singa...Cian kang adik-adik...so jadila laa aku Penulis Bebas...Aku kan banyak masa akmaklumlah masih tanam anggur..haha..Aku nie pelik gak..Kadang2 tu suka hidup dalam alam fantasi..konon laa...pengaruh kartun sangat...hehehe.. "Plezz Call me Cik Putera Kodok"...

FOREVER IN HEART CIK PUTERA KODOK