carian

" Mencintai seseorang itu tidak perlukan sebab "

Dulu bila kawan-kawan tanya kenapa aku suka seseorang itu, jawapan A-Z dapat ku berikan..Tapi bila ditanya kenapa aku boleh terjatuh hati sama Seseorang ini,aku sendiri masih tercari-cari jawapan sampai sekarang.
Dulu, aku pernah listkan ciri-ciri orang yang aku suka didalam diari dan ironinya ciri ciri yang aku cari itu tiada pun pada dirinya..
Nak kata dia hensem? Caring ? Sweet ? Errmm...tiada langsung.
Yang aku tahu, sepanjang aku mengenali dirinya, dia menyebalkan dan suka menyakitkan hati ! Lol

Aku masih ingat lagi, Awal perkenalan aku dengan dirinya bermula ketika Kelabku sedang membuat sesi temuduga untuk pengambilan AJK baharu..Sepanjang sesi itu berlangsung, aku hanya memandang dirinya sekilas sahaja dan lucunya disaat itu terdetik dihati
" rasanya budak ini tidak akan diterima.. pendiam sungguh !" ahaha dan my instink memang selalu tak tepat ! He pass the interview dengan jayanya..dan Top Score lagi..ahaha..
Dan disaat itu, Bermulah perjalanan aku mengenalinya....

Awal kehadirannya ku pandang sepi..as i just though he is just my junior dan aku tidak rasa sedikitpun aura dari dia untuK aku terkena virus teleng2..haha
dan by the time pass, entah bagaimana pandangan aku mula tertumpu kepadanya.
Satu perasaan baru muncul yang aku sendiri tidak pasti perasaan apakah itu.
Soalan yang selalu terlontar pada diri,
" takkan aku suka dia? ah mustahil. "
Aku mula menafikan perasaan itu.

Aku mengenalinya sebagai seorang yang Cool hearted person, tiada perasaan dan paling tepat lagi tidak peduli pun perasaan orang lain.
Aku masih ingat lagi, sewaktu kali pertama aku sms dia, berjela-jela ayat yang ku hantar dan hanya satu perkataan ku terima. " K ".. Reaksi yang sama kuterima setiap kali sms dihantar. Sekurang-kurangnya balaslah ok ke, terima kasih ke. Rasa dihargai juga..Ini tidak..
Dan paling sadisnya, bila terserempak dia di mana-mana selain didalam kelab, bukan mahu menegur. Dia buat macam kau tak wujud pun di depan mata dia. ( sangkaan baik, dia jaga pandangan kali..ahaha )
sekurang-kurangnya bagilah senyum ke, ini main lalu saja..Menyebalkan betul.

Dan soalnya disini, dengan layanan dia begitu, kenapa agaknya aku boleh terjatuh hati sama dia?? Mahu kata Layanan yang baik, tiada. Layanan istimewa, ermm jauh sekali. Ahaha

Sejak aku merasai kehadiran perasaan itu, aku berusaha untuk menafikannya. Ayat penafian yang aku selalu guna "jangan suka seseorang yang muda dari kau, titik ! "
Dan bermulalah juga misi aku mengelakkan diri dari dia. Setiap kali dia masuk kelab,  ternampak saja kelibat dia di depan pintu, laju kaki ini dihayun kearah bertentangan. Seboleh mungkin aku tidak ingin berhadapan dengan dia apatah lagi memulakan perbualan. Aku takut kalau-kalau perasaan itu semakin berkembang. Aku tidak ingin pisang berbuah dua kali. perit.

Aku kira ini jalan terbaik dan lama kelamaan apabila aku ignore perasaan itu, ia akan hilang seiring waktu berjalan..ternyata aku silap !
Dalam aku mengelak dari dirinya, lagi kuat perasaan itu muncul !
Memanglah aku mengelak untuk bertembung dengannya tapi pada masa yang sama apabila kelibat dia tiada di depan mata, aku tercari-cari dan selalunya curi-curi pandang dari jauh. Seboleh mungkin aku tidak mahu kantoi dengan sesiapa terutama sekali dengan dia. Buat malu saja..Ahaha...

Lama juga aku simpan rasa ini sendirian sebelum aku buat keputusan untuk berterus terang dengan dia. As expected, aku tahu jawapan itu yang aku akan terima. Ahaha..
Aku rasa even my bff pun tidak dapat detect aku suka dia kalau aku sendiri tidak beritahu. No doubtful that im indeed a person who good in keep a secret lol..

Tujuan aku saat berterus terang dengan dia, hanya satu..Aku tidak mahu terus menerus memendam perasaan itu. Perit.
Walaupun jawapan dia tak memuaskan hati ( kunun ), tapi aku rasa sangat lega. Sepertinya satu bebanan hilang dari diri.
Kalau aku tahu meluah itu tidaklah sesukar mana, awal-awal lagi aku buat..ehehe

Satu kata-kata yang aku pegang untuk masalah hati yang satu ini " jangan menyesal sesuatu yang belum miliki kita "
Aku tahu buat masa ini aku belum mampu move on sepenuhnya dan aku tidak mahu membohongi diriku sendiri yang perasaan itu sebenarnya masih ada namun aku juga tidak ingin terus berharap. Urusan hati itu...bukan ditangan ku..hehe

Bila difikirkan balik, banyak perkara lucu yang aku rasa aku lakukan saat mengenali dia. Perangai aku bertukar jadi pelik.
With him, Keinginan untuk mencari tahu tentang dirinya dan seangkatan dengannya tiada. Dengan kata mudahnya, Aku tidak perlu jadi stalker macam sebelum-sebelum ini.
Dengan dia, aku menjadi seorang yang tergedik-gedik. Aku sms dia tanpa segan-segan dan boleh pula aku cakap aku tengah rindu dia. Paling tak masuk akal, aku dengan beraninya cakap dengan dia yang aku akan berusaha untuk mendapatkan dia.
Ya Allah, bila fikir balik..Dari mana aku dapat semua kekuatan ini..Buat malu saja.
Seandainya aku terserempak dia lepas ini, mana aku mahu sorokkan muka..Lol

Jika aku ditanya kenapa aku suka dia, bila dan dimana, jawapan aku tetap sama. Aku tidak tahu.

" Mencintai seseorang itu tidak perlukan sebab - unknown "

THE END

It takes time to forget....

Aku cakap pada diri, aku tidak mengapa -gapa...Hakikatnya, ada sesuatu yang sakit..
Dengan kata lain, ya...Aku cemburu !

Aku tahu aku tidak seharusnya rasa begini..
Itu hak dia !
Bukankah aku sendiri yang nekad untuk berhenti berharap??
Dan bukankah aku juga telah bisikkan pada diri aku tidak kisah andai dia memilih sesiapapun...
Tapi sekarang, kenapa aku rasa sakit ???

Sedaya upaya aku endahkan rasa itu.
Namun..aku tahu aku sedang membohongi diriku sendiri..." It takes time to forget someone "

Aku hanya mampu berharap agar fasa ini cepat berlalu......

Pasangan Hidup Cik Putera Kodok

Assalamualaikum wbt..

Sebenarnya banyak yang che nak post ke dalam blog nie...Sudah menjadi kebiasaan bagi seorang Cik Putera Kodok, bila masuk tahun baru, akan mengabadikan memori sepanjang tahun lepasnya( tahun 2017 ) dalam blog ni...Ingat nak buat hari ni lepas kemas barang..kemas punya kemas, terlajak laa pula...Mata pon Zzzz suda..ahaha

Salah satu azam Che di tahun 2018,
Aktifkan blog ni even tiada followers pon..ahahaha....Jadi, post untuk malam ni adalah mengenai pasangan hidup yang aku impikan...( Post ni memang Che dah save dalam notes hp sebelum ni...Oleh sebab tak sempat mahu menaip, che ambil ni je la sebagai pembuka tirai blog Che di tahun 2018..kuikuikui)

My Prince idaman mestilah seorang yang.....

* Ada disaat aku susah dan senang
* Menerima keluargaku seadanya, dan keluarganya menerima aku jua seadanya
* Seorang yang memberi aku kekuatan dan semangat dalam meniti kehidupan..
* Melihat dirinya buat aku rasa SELAMAT
* Lastly..Dia mampu menjadi seorang kawan, suami dan bapa yang baik untuk aku dan anak2...😊😊

Kahwin itu bukannya perkara mudah...Ia melibatkan banyak pihak dan tanggungjawab yang besar...
As for me, sebelum2 ni,Aku belum jumpa lagi sebab yang kukuh untuk aku kahwin..
Yang aku tahu, andai tiba-tiba aku tergerak mahu kahwin tu pun sebab ANAK...Kalau lambat kahwin mesti kecian anak2ku nanti..aku sudah tua, dorang masih kecil..dan Inilah yang selalu bermain difikiran when people talking about marriage...haha
Dan kalau tanya pasal reason aku belum kahwin, ahaha.....JAWAPANNYA BANYAK !!!

Jadi, bila Cik PK mahu kahwin??
InshaAllah, bila ALLAH Swt mengkhendakinya, kahwin juga che tu even reason setinggi gunung sekalipun..😊
Im just need to make an improvement for my self in year 2018..So, Dont worry, be heppy 😊😊

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Ana.^^

My photo
Bumi Sabah Tercinta, Rahsia, Malaysia
I'm a simple person...Bercita-cita nak jadi TUDM malangnya aku rabun..wahaha..Nak jadi cikgu pula garang macam singa...Cian kang adik-adik...so jadila laa aku Penulis Bebas...Aku kan banyak masa akmaklumlah masih tanam anggur..haha..Aku nie pelik gak..Kadang2 tu suka hidup dalam alam fantasi..konon laa...pengaruh kartun sangat...hehehe.. "Plezz Call me Cik Putera Kodok"...

FOREVER IN HEART CIK PUTERA KODOK