carian

"My Story around Dis Past 2 Months"


Assalamualaikum blog yang dirindui...ciannya dah 2 bulan Che tak update blog nie..hehehe..sepanjang 2 bulan ni Che busy ssgat dan banyak benda yang dah berlaku....First, Alhamdulillah, Che dah dapat kerja...Walaupun kerja ni tsasar sikit dari bidang pgajian Che d Poli dulu, Che bsyukur sesangat...Che rasa memang kerja ni laa yang Che minat dan sesuai dengan Che..." Cikgu Taska " huhuhu...walaupun gaji tak seberapa, bagi Che itu adalah soal kedua. Dan buat pertama kalinya juga Che terpaksa berpisah jauh daripada keluarga...Ya Allah, betapa rindunya Che dengan family time ni...sob..sob..

Second, baru-baru ni gak Che dah meluahkan isi hati kat Mr Angiin..Che dah tekad tempoh hari nak simpan je perasaan ni hingga saat yang sesuai..tapi entah dari mana datangnya kekuatan, Che dengan beraninya pergi meluah perasaan kat Mr Angiin..hahaha...Well, sbenarnya Che da agak apa yang Mr Angiin akan katakan tapi satu je ayat dia ni yang buat Che sentap sikit " dis is Something I never Expected " Ya Allah, rupanya selama ni Che hanya perasaan sendiri walhal dia langsung tak detect yang Che suka dia walaupun 0.0000001%..Arghh...memang Che tak paham dia...sungguh2 tak faham!!! wakakaka...Ironinya, walaupun Che da kena tolak bulat-bulat tapi ahasal ek Che tak rasa sedih..sentap tu adalah...swear tak tipu! mungkin betullah apa yang dia kata kut Che ni cuma nak uji dia..entahlaa labu..hehehe..What is my action next?? hurmm..apa lagi move forward laa...takkan nak jadi orang yang terhegeh2 pula..ahaha...syukurlaa Che meluah skrang..Bayangkanlah kalau 5 tahun akan datang baru Che dapat jawapan ni, tak ke merana jiwa..kehkehkeh...Che hanya mampu berdoa agar perasaan ni terhapus seiring waktu dan someone who really are my destiny will come after me..aamiin.Hurmm...maybe my jiran kat sini kut..upss! " Jodohku, jiran hadapan rumahku" hahaha ( kerek tol gugurl jiwang ni bha..hehehe )

Third, spanjang da kerja ni Che rasa penat ssangat...fizikal dan emosi..Sungguh, nak jaga budak2 ni bukanlah kerja yang senang..pelbagai ragam dan p'eelnya...merekalah racun dan merekalah juga penawarnya.ditambah pula, sabtu dan ahad Che kena menghadiri kursus asuhan kanak-kanak selama 3 bulan..sungguh meletihkan..walaupun penat, Che rasa gembira..sekurang-kurangnya kehidupan Che da terisi..dan bersyukur ssgt Che dikurniakan majikan dan rakan skerja yang baik dan memahami..apapun, Che berdoa semoga kehidupan Che dan family diberkati didunia dan akhirat...aamiin


Doakan Che ek..tatatititutu..jumpa lagi..byebye..wassalam.

My Memorable Picture...

Cari punya cari jumpa gak..My favourite picture. hehehe..Kenapa Che suka pic ni cos in this pic :

There is Me..( I'm the simple One, paling comot, paling tak kiut..ahaha )
There is My Best Friend..Hope our friendship will lasting forever Until Jannah..
There is My Family..How I miss them so much. "Walau tak berhubung ingatan itu akan kekal untuk selamanya"
There is My Soulmate..Walaupun dia tak berapa nak suka, ada ku kesah!..I have my own reason why I calling you such like that..So, terima je la hakikat...ahaha
There is My Secret Admire..When he saying he likes me, I'm blurr..In my mind "what suppose I do? " Sorry, but i Have someone I like..ahahaha..Now, i'm happy..coz He had meet his life partner..Congrate!
There is My Brother..Yup, i love dis bro so much..Thanks bro always take care of me..cheer me up, spend time with me a lot..huhu..Hope you meet your lover soon..aamiin
and There is Him..Someone who has stolen my heart..There is no reason to love someone and then Mencintai tak bermakna perlu memiliki kan awak? as you know, 

A girl that is just naturally a shy type will express her like for you by trying to ignore you, hardly speaking to you but you will notice her stare (give you glances) and you may notice her try to look away quickly so that you don't catch her, you may even catch her smile at you at times> It will seem very obvious by the way she tries to avoid you. You'll just notice"


"Teman itu seperti bintang..Tak selalu nampak Tapi selalu ada dihati, Sahabat akan selalu menghampiri ketika seluruh dunia menjauh..Karena persahabatan itu seperti tangan dengan mata..Saat tangan terluka, mata menangis..Saat mata menangis, tangan menghapusnya"

Jodoh Pasti Bertemu


Bicara soal jodoh...


"Cinta mungkin akan datang bila kita sunyi dan sendiri namun Jodoh akan Tiba bila kita dah sedia dan ready"


Ingatlah Ada hikmah mengapa Allah rahsiakan jodoh kita..Kadangkala kita terlalu sibuk mencari sehingga kita tak sedar, jodoh kita sebenarnya ada di depan mata je..hehehe..

Anyway, Jum hayati bait - bait lagu daripada Afgan ni.."Jodoh pasti bertemu"...sedapp je lagu nie..nasib bek tak boleh makan..haha
( ensem kan c Afgan ni?..tapi Che suka lagi dia waktu tomeii2 dulu..haha )




 "Jodoh Pasti Bertemu"

andai engkau tau betapa ku mencinta
selalu menjadikanmu isi dalam doaku
ku tahu tak mudah menjadi yang kau minta
ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya


jika aku bukan jalanmu
ku berhenti mengharapkanmu
jika aku memang tercipta untukmu
ku kan memilikimu
jodoh pasti bertemu

andai engkau tahu betapa ku mencinta
ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya


(ku tuliskan dinadiku, kau yang tercipta untukku, akan memilikimu)

jika aku bukan jalanmu
ku berhenti mengharapkanmu
jika aku memang tercipta untukmu
ku kan memilikimu 
(jika aku bukan jalanmu)
ku berhenti mengharapkanmu
jika aku memang tercipta untukmu
ku kan memilikimu
jodoh pasti bertemu...





Dilema..aku Dilema..




Ku tatap langit membiru.
Mencari sedikit ketenangan di situ.
Aku buntu.
Sungguh aku buntu
Tika ini..
  
Jalan mana harus aku pilih
Kiri atau kanan???
Sampai saat ni,
Pilihanku masih samar-samar..


Aku takut...
Takut apa??
Takut kepada kegagalan??
Ya! Takut andai aku tersalah buat pilihan..


Wahai tuhan...
Tunjuki aku jalan.
Bantulah aku..
Ku harap pilihan ni
Adalah pilihan yang tepat untukku...
Hanya padaMu aku berserah..

Bisikan Hati Kecilku...

Huh..Lega ! Nasib baik dapat kawal diri.  Entah sejak dua menjak ni, bisikan –bisikan menyuruh Che tuk berterus terang je kat Mr Angin kuat sangat.  Kenapa ye? Jangan-jangan dia nak kahwin nie?? Haha..tak mungkin laa..Siang tadi, hampir-hampir je Che nak meluah kat dia.  Dah siap da ayat jiwang berjela-jela.  Mujurlah disaat nak menekan butang ‘send’ akal waras Che kembali.Ahaha, pantas ayat tu Che delete dan alihkan fon jauh dari sisi..Takut fikiran berubah pula..wakaka..Betul laa, akal kaum pompuan ni senipis sehelai rambut. Suka sangat bertindak ikut emosi tanpa berfikir panjang…

Dan beberapa minit kemudian, muncul satu suara kecik berbisik kepada Che..”Che P.K ahasal kau perlu berterus kat mamat tu pula? Kan baik kau suka dia diam-diam je..Andai kata laa, kau berterus terang then dia bagitau dia hanya anggap kau sebagai kawan biasa je  dan dah pun ada pilihan hati, so apa yang akan terjadi seterusnya??? Keadaan sebelum dan selepas pasti takkan sama..Pertama; kau akan rasa kekok plus kecewa. Kedua; tiada dah rasa excited nak skoding Fb, insta, blog dia kan? Ketiga; automatik bila kau kena rejek, perasaan indah menyayangi, merindui seseorang  akan hilang kan? Malah mungkin akan bertukar menjadi benci..sama ada kau benci dia atau dia benci kau..Kau nak? Taknak kan??? Sekurang-kurangnya sekarang even dia tak tahu kau suka dia, atleast bila kau teringat dia kau akan rasa bahagia..Sepanjang satu hari tu kau akan rasa heppi sesangat kan???

Dan misal kata la Mr Angin tu terima kau, apa pula yang akan terjadi seterusnya??? Kalau dia bersedia nak memperisterikan kau, ok juga..Tapi melihat keadaan dia sekarang tak kut..Banyak lagi impian yang ingin dikejarnya..Tak pun, korang berjanji tuk saling tunggu menunggu sehingga korang ready. The problem is, yakinkah dirimu takkan terjerumus dalam Couple Haram??? Tak kan? Sedang belum ada declaration kau selalu nak hubungi dia..sms, call la..inikan pula bila dah declare..kompom punya kau kan ajak dia bergayut, sms macam pasangan couple lain kan?? Kan?? Lagi satu, walaupun korang dua dah berjanji tuk saling tunggu menunggu dan tidak berhubung langsung sehingga la korang betul2 ready, kau kena ingat hati manusia ni senang berubah.  Sekuat mana kesetiaanmu, kesetiaannya? Sedangkan mereka yang dah ada ikatan halal pun boleh berpaling arah inikan pula korang…ahaha

So Che P.K..apa yang perlu kau lakukan sekarang ialah pertama sabar.  Walaupun terasa berat nak menyimpan perasaan tu,  kuatkan diri..Tunggu saat yang sesuai. Saat dimana kau bersedia dan dia juga bersedia..Waktu itu, go ahead.. berterus terang laa kat dia.  Dan bilamana sebelum atau ketika kau dah bersedia tuk meluah perasaan yang terbuku di hati, dia dah berpunya, kau harus Pasrah.Redha bukan jodoh diantara kamu berdua..Pasti ada yang lain yang terbaik buatmu..Kedua; Perbaiki diri, Dekatkan diri kepada Allah SWT..CintaNya cinta abadi..Banyakkan berdoa, minta hatimu dan hatinya disatukan walau jauh manapun korang berdua.  Ketiga; bersedia untuk menghadapi segala apa yang mungkin terjadi, andai dia dah ada pilihan, nanti taklah kau kecewa sangat kan???  #4rom Bisikan hati kecilmu…

Dan Kiranya waktu ini, Che rasa ada baiknya Che menyukai dia dalam diam.  Bak kata pengacara The Perfect Match, ‘’menyukai dalam diam adakalanya lebih baik’’..so, I Let time to decide it..he.he.he..



Note to Mr Angin : andai..andai laa kau baca post ni, jangan gelakkan aku..siap kau..!!!


..Ku lepaskan kau pergi..


Petang yang mendamaikan.
Angin senja yang bertiup mengusap lembut wajahku..
Ku pandang ke Langit Biru..Lama.
Tenang! Ya, aku rasa sungguh tenang tika ini!!!


Terngiang-ngiang satu pesanan yang pernah aku terima sebelum ini..


"Awak...
Mencintai, Tak bermakna kita harus memiliki.." 


Ya, kini aku akui kebenaran kata-kata itu.
Aku Pasrah.
Aku Bukan Tercipta untuknya..


Duhai angin, 
Sampaikan padanya..
Aku disini,
Turut bahagia melihat
Dia bahagia..:)


"You will find that it is necessary to let things go; simply for the reason that they are Heavy..So let them go, Let Go Of them..I Tie No Weights to My Ankle"

REPORT LATIHAN INDUSTRI TMPOINT PART 1

Dulu Che LI di Telekom Sales & Services Sdn Bhd ( TMpoint )..Hahaha..punyalah payah nak wat report..Kali ni Che nak share laporan Che..Daripada Che wat pekasam je kat dalam lappy  kan???huhu..Walaupun taklah mantap mana, harap dapat tolong korang sedikit sebanyak laa...


BAB 1 : PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG SYARIKAT

1.1              PENGENALAN


1.1.1        Pendahuluan


Latihan Industri merupakan antara syarat-syarat yang telah diperuntukkan ke atas setiap pelajar di seluruh politeknik di Malaysia khususnya di Politeknik ( korang punya IPTA ). Pelajar akan menjalani Latihan Industri sama ada di sektor awam ataupun swasta pada semester yang ke-empat iaitu selama 22 minggu bagi pelajar yang mengambil kursus diploma.  Tujuannya bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar politeknik untuk mendapatkan pendedahan awal dan membiasakan diri dengan dunia pekerjaan yang sebenar.  Sepanjang pelajar menjalani latihan industri, pelajar berada di bawah pengawasan penyelia yang telah dilantik oleh pihak Telekom Sales & Services Sdn.Bhd.



Pelajar diberi pendedahan mengenai situasi sebenar dalam alam pekerjaan yang berkaitan dengan kerja-kerja yang berkaitan dengan bidang yang diceburi.  Dengan pengalaman yang telah diberikan, pelajar dapat mempelajari lebih dekat lagi secara praktikal dan efektif selaras dengan pengetahuan mereka di sepanjang pembelajaran mereka di tempat pengajian.  Hasil daripada latihan industri ini, Politeknik Kota Kinabalu ( PKK ) kelak dapat melahirkan para graduan yang berkualiti bagi melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi atau terus melangkah ke alam pekerjaan seiring dengan matlamat kerajaan untuk menghasilkan anak didik yang lebih bermutu dan berkualiti di samping melahirkan tenaga kerja separuh mahir yang amat diperlukan oleh kakitangan pekerjaan di sektor awam mahupun swasta.


1.1.2        Objektif Latihan Industri


Latihan Industri ini adalah bertujuan bagi membolehkan para pelajar mempraktikkan apa telah dipelajarinya secara teori mahupun praktikal sepanjang berada di Politeknik dan mengaplikasikan secara praktikal semasa menjalani Latihan Industri.  Objektif Latihan Industri ini adalah bertujuan :


a)    Membiasakan diri pelajar kepada suasana alam pekerjaan yang sebenar.
b)  Menambahkan pengalaman dan pengetahuan para pelajar semasa menjalani Latihan Industri.
c) Membina sifat-sifat berketerampilan di samping bertanggungjawab dan   membentuk   keyakinan diri.
d)  Sebagai persediaan awal bagi menghadapi alam pekerjaan sebenar yang lebih mencabar kelak.
e) Menambahkan ilmu pengetahuan yang tidak mungkin para pelajar akan memperolehinya sepanjang berada di Politeknik. 
f)    Menyediakan laporan latihan industri atau sebarang tugasan yang diarahkan oleh Politeknik atau majikan.


1.1.3        Objektif Laporan Latihan Industri


a)      Mendokumentasikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pelatih sepanjang tempoh latihan berjalan.
b)      Untuk dijadikan sebagai rujukan kepada pelatih itu sendiri dan pelajar-pelajar yang lain.
c)      Melatih pelatih supaya mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan semasa membuat laporan.
d)     Merupakan salah satu syarat wajib yang dikenakan kepada pelatih yang telah menjalani latihan industri.


1.1.4    Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar


a)      Mendedahkan pelatih kepada dunia pekerjaan.
b) Memberikan peluang untuk menguji dan secara tidak langsung akan  mempertingkatkan lagi mutu kemahiran mereka.
c)      Pelatih juga akan dapat menggunakan ilmu yang telah dipelajarinya secara teori di dalam kelas dengan pekerjaan yang dilakukan semasa latihan industri.
d)  Latihan industri juga akan mengukuhkan lagi minat pelatih terhadap dunia pekerjaan yang diceburinya kerana mereka telah memperolehi pengalaman dan tunjuk ajar sepanjang tempoh latihan tersebut berjalan, antaranya adalah kebolehan berkomunikasi dengan dunia luar dan ini merupakan satu kelebihan yang amat berguna kepada pelajar itu sendiri pada masa hadapan.
e)    Selain itu, pelatih akan dapat membuat penilaian tentang pekerjaan mereka pada masa kelak kerana pada masa itu, mereka dianggap akan lebih matang dalam mencari peluang pekerjaan setelah tamat pengajiaan nanti.


1.1.5    Cara Laporan Disusun

Cara yang mudah untuk saya menyusun laporan ini agar nampak lebih kemas supaya dapat mencapai objektif yang sebenar adalah seperti berikut :
DISEMBER
Mempelajari serta memahami beberapa perkara yang berkaitan dengan segala hal-hal syarikat.
JANUARI
Mula mencari maklumat-maklumat yang di perlukan untuk memuatkan ke dalam Buku Laporan Industri seperti latar belakang syarikat, keluaran syarikat, pelanggan dan sebagainya.
FEBRUARI
Mencari maklumat yang perlu di tambah untuk dimasukkan ke dalam  Buku Laporan Industri iaitu tentang syarikat dan mula merangka isi-isi yang perlu di taip untuk laporan ini.
MAC
Menaip sedikit sebanyak maklumat yang diperolehi dan di samping itu juga mencari maklumat tambahan yang diperlukan untuk dimuatkan di dalam laporan ini.
APRIL
Meneruskan menaip segala maklumat-maklumat yang diperolehi agar mudah untuk disusun dan dijadikan buku laporan yang lengkap.  Kemudian, menyiapkan isi laporan kandungan serta lampiran yang perlu dimuatkan.
MEI
Seterusnya me nyusun segala maklumat yang telah siap ditaip agar menjadi sebuah buku laporan sebelum ia dijilid.


1.1.6    Jadual Latihan Industri


Semasa saya menjalani Latihan Industri di syarikat ini mereka tidak menyediakan  jadual Latihan Industri yang tetap bagi setiap pelatih.  Oleh itu, ini terpulang kepada daya usaha oleh seseorang pelatih itu untuk melakukan kerja-kerja yang telah disediakan dan kerja-kerja sampingan yang diberikan oleh kakitangan mereka.  Pada kebiasaannya, kerja-kerja yang diberikan oleh penyelia turut diberi juga oleh kakitangan yang lain kerana mereka memerlukan bantuan para pelajar.  Antara kerja-kerja yang biasa saya lakukan ialah melayan pelanggan, merekod aduan pelanggan, memfotostat borang permohonan, menjual telefon dan mendaftarkan nombor telefon pelanggan.


1.2       LATAR BELAKANG SYARIKAT
                 

1.2.1    Latar belakang Telekom Malaysia Berhad


Telekom Malaysia Berhad (TM), sebuah syarikat maklumat dan komunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh dalam bentuk jalur lebar, data dan talian tetap.  Sebagai peneraju pasaran dalam perniagaan jalur lebar dan talian tetap, TM sentiasa bergerak ke arah memberikan nilai terbaik untuk pemegang kepentingannya dalam persekitaran yang kompetitif. 


Kumpulan juga sentiasa memberi tumpuan kepada usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggannya.  Dengan rangkaian globalnya yang meluas, TM mampu untuk meletakkan Malaysia sebagai hab Internet serantau dan gerbang digital bagi Asia Tenggara.  Sejajar dengan itu, TM kini sedang bergerak maju ke arah menjadi pembekal perkhidmatan Rangkaian Generasi Akan Datang dan membolehkan Kumpulan meningkatkan kecekapan dan produktiviti sambil menawarkan produk dan perkhidmatan yang diperkaya. Dari segi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Kumpulan sering menjadi penyumbang korporat utama ke arah aktiviti-aktiviti bermanfaat dengan berpen dirian bahawa amalan sedemikian merupakan rukun asas kepada urus tadbir korporat yang baik.  Kumpulan menyokong 3 platform utama iaitu pendidikan, pembangunan sukan dan pembinaan masyarakat/negara.



1.2.2    Latar Belakng Telekom Sales & Services  Sdn.Bhd (TSSSB)

Telekom Sales & Services Sdn.Bhd. (TSSSB) adalah organisasi perkhidmatan pelanggan yang memberi fokus kepada satu tempat penyelesaian masalah perkhidmatan dan produk Telekom.  Dengan mempunyai 93 cawangan TMpoint, TSSSB bertindak sebagai saluran utama untuk memasarkan produk Telekom kepada pelanggan-pelanggan biasa atau syarikat di dalam dan luar Malaysia.  Untuk mengimbangkan fungsi perkhidmatan pelanggan itu sendiri, TSSSB juga membekalkan produk Teknologi Komunikasi dan menyediakan kaunter jualan kepada pelanggannya sendiri melalui cawangan-cawangan Tmpoint, Bahagian Jualan Korporat dan Agen-agen Jualan di Malaysia. 
TSSSB juga bekerjasama dengan Bahagian Pemasaran Produk, TM Multimedia, pembekal luar, kontraktor, kilang dan rakan kongsi dalam membekalkan produk dan perkhidmatan tertentu seperti Kad Telefon Pra-bayar, TM Rented Payphone, Perkhidmatan Tmnet, Promosi ISDN kepada pelanggan  sama ada pelanggan secara individu atau  perniagaan.  Untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan, 25 cawangan TMpoint  telah mendapat pengiktirafan daripada ISO pada OGOS 2001.  Untuk menonjolkan TMpoint yang premium dan  berkualiti, 75 cawangan TMpoint lagi akan mengikuti pengiktirafan ISO.


1.2.3    Latar Belakang TMpoint


TMpoint yang dahulunya dikenali sebagai Kedai Telekom Malaysia merupakan pusat khidmat pelanggan TM yang dikendali dan diuruskan oleh Telekom Sales & Services Sdn. Bhd (TSSSB), anak syarikat milik penuh TM.  Pada april 2005, ditukarkan nama kepada TMpoint bagi menampilkan imej baru dan orientasi terhadap khidmat pelanggan, perubahan ini juga merangkumi perubahan kepada proses dan sistem  serta peningkatan kemahiran kakitangan  TMpoint.  Ini adalah bagi memastikan mereka memberikan khidmat pelanggan dengan efektif dan cekap kepada semua pelanggan TM.  Setakat ini, terdapat 104 premis di seluruh Negara.

Kini TMpoint merupakan sebuah organisasi khidmat pelanggan yang menyediakan pusat penyelesaian setempat untuk mengenali produk dan perkhidmatan kumpulan TM.  Dengan visi “ untuk menjadi Pusat Hentian Setempat untuk produk dan perkhidmatan kumpulan TM” dan sebagai sebuah anak syarikat milik penuh TM.  Kini TMpoint berusaha memberikan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan kumpulan TM dan menawarkan produk dan perkhidmatan ICT.

Pada masa kini, TMpoint sudah mempunyai 100 kedai di seluruh Malaysia termasuk Semenajung Malaysia.  Dengan adanya 100 kedai di seluruh Malaysia TM menyediakan  khidmat  saluran – saluran seperti membayar bil, membuat  pemohonan talian tetap, produk multimedia dan lain – lain yang berkaitan dengan  telekomunikasi.  Untuk memastikan perniagaan mencapai matlamat yang di inginkan oleh TM, TMpoint ada caranya dengan memperluaskan lagi produk telekomunikasi mereka serta produk – produk yang berkaitan dengan IT dan memberikan aksesori kepada pelanggan yang memohon.  TM juga menjaga hubungan rapat dengan vendor, pembekal, persaingan dan menyediakan  produk yang berkualiti tinggi kepada pelanggan.  Dalam usaha untuk mencapai matlamat yang diinginkan oleh kerajaan, TMpoint telah berazam untuk menyediakan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan menawarkan kompetetif produk – produk ICT dan perkhidmatan yang terbaik bagi tahun akan datang.

1.2.4    Penubuhan TMpoint Tempat Korang Li : CARILAH SENDIRI

Rajah 1.2.4 : Bangunan TMpoint kORANG LI


1.2.5    Logo TMpoint

Rajah 1.2.5 : Logo TMpoint


Logo ini melambangkan identiti Kumpulan yang  terdiri daripada tiga warna yang bersemangat dan jelas iaitu Oren, Biru dan Merah. 


a)      Warna Oren
      Melambangkan semangat ceria anak syarikat multimedia TSSSB, TMNet.
b)      Warna Merah
Menggambarkan kebebasan, iaitu identiti Celcom, Syarikat Selular  TM.
c)      Huruf "TM" dan Warna Biru
Menggambarkan imej baru TM sebagai sebuah organisasi yang tegas, berani, bersemangat dan bertenaga.

Pengubahsuaian ini bukan sahaja menggambarkan perubahan luaran sahaja kepada nama dan logo tetapi perubahan kali ini juga menekankan pendekatan dasar ke arah menyemai budaya berorientasikan khidmat pelanggan di kalangan anggota TM.

ELLY DAN AIZUL

Di suatu petang, Elly duduk menghadap skrin kaca televisyen.   Keadaan library ketika itu sangat lenggang memandangkan setengah jam lagi library bakal ditutup.  Sedang asyik menyaksikan rancangan yang disiarkan di kaca tv, kelibat seseorang turut melabuhkan dirinya di sofa berhadapan Elly.  Berdegup pantas jantung Elly sebaik sahaja melihat wajah Aizul dihadapannya.

“Alahai hati, ahasal ada irama dup dap nie? Cool Elly..cool! “

Pandangan difokuskan kekaca tv.  Untuk memulakan perbualan dengan Aizul, Elly tak tahu nak mula dari mana.  Kelihatan Aizul juga tak ada ura-ura untuk bercakap dengannya.  Masing-masing diam membisu, fokus kepada rancangan yang tengah bersiaran di kaca tv.  Selang beberapa minit kemudian, Elly teringat sesuatu. Ada yang perlu ditanyakan kepada Aizul.  Kepalanya dipusingkan menghadap Aizul.

“A..aIzul…” sedikit bergetar suara Elly saat memanggil nama Aizul.
“Ermm..ya, kenapa? Aizul turut memalingkan mukanya menghadap Elly.  Untuk pertama kalinya, mata mereka berdua saling bertaut dan menyedari hal itu, Elly segera menundukkan pandangan memandang ke lantai yang  beralas tikar itu.

“Duhai hati..tenanglah dikau…

“ Aizul sebenarnya kan..Aku nak gitau kau sesuatu..” nafas ditarik sedalamnya mencari kekuatan sebelum memulakan bicara yang begitu susah untuk Elly ucapkan. Belum sempat Elly untuk meneruskan butir-butir bicaranya, kedengaran pengumuman dibuat melalui corong speaker yang dipasang di dalam library itu. 

“Assalamualaikum dan selamat sejahtera, sebentar lagi Library bakal ditutup.  Diharapkan anda dapat mninggalkan library ini dalam keadaan kemas dan teratur. Harap maklum. Kerjasama anda amat dihargai. Sekian.

Selesai saja pengumuman dibuat, Aizul memandang Elly.  Menanti Elly untuk meneruskan kata-katanya yang terhenti sebentar tadi.

“ Ermm..tak jadi laa Aizul. Abaikan je la. Tak penting pun..he..he..he..Jomlah kemas Library.” Pantas Elly bangun meninggalkan Aizul sendiri terpingga-pingga di sofa itu.

“Iskk, kau ni Elly buat malu je. Nasib baik tak jadi.” Elly mengutuk dirinya sendiri......

Che Kahwin dengan Putera Raja..Hoorey!!!


Assalamualaikum dan hai semua….

Hari ni Che nak share satu stori mori kat korang pasal mimpi Che..Che ni  jarang mimpi tau tapi kalau udah mimpi tu macam da boleh buat satu cerpen da…Hiperbola sangat..wakaka..Korang tahu, Che pernah termimpi Kahwin dengan seseorang mamat ni…..Dia bukanlah Putera Raja…saja je bagi title cam tu…ehehe…Mamat ni memang bukanlah Putera Raja tetapi Putera Idaman gadis-gadis kat tempat pengajian Che…Majoriti kekawan Che kata dia nie ensem…Entahlaa..Che tengok biasa2 je..Hahaha…Tahu ajelah Definisi Che pasal kekacakan nie lain dari yang lain….Kalau daa ramai yang kata ensem, ensem laa tu kut..hahaha..

Ok dipendekkan cerita, Mimpi ni Che alami waktu semester satu di Politeknik...Beberapa minggu selepas minggu Orientasi ..huhu..Apa yang peliknya disini, kenapa Che boleh mimpi kahwin dengan c A.K walhal Che langsung tak pernah fikir pasal dia…Yang Che tahu Che kenal dia ni pun sebab dia penghulu kitaorang waktu minggu suai kenal( MSK )…namanya selalu menjadi topik perbualan sepanjang minggu suai kenal tu..Habis je MSK, Che langsung tak ambil port sal dia ni..ngat dia lagilah langsung takde!!…Tup-tup boleh pula Che termimpi kahwin dengan dia..apa kes??? siap mimpi tunang  hingga kahwin yang ada pelamin lagi tu, kau ada..takde kan..???ahaha…

Kini setelah beberapa tahun berlalu, baru Che tahu makna tersirat dari mimpi Che tu..Ahaks..Bila diingatkan kembali lucu pula….dengan izin Allah, kami berdua ditakdirkan menjadi sahabat walaupun berlainan cos..huhu..sepanjang mengenali dia, Che dapati dia ni seorang lelaki yang baik, peramah..hormat orang lain dan sesuai sangat dijadikan calon suami untuk girl2 diluar sana tapi bukan untuk Che laa…Che langsung takde feeling kat dia..swear!!! haha..Dan dengan izin  Allah gak, Che dipilih oleh seorang hamba Allah ni untuk menjadi orang tengah antara dia dan si A.K…ahahaha…SubhanaAllah, rupa-rupanya ni maksud mimpi kahwin Che tu…hehehe…Che hanya mampu berdoa untuk kebahagiaan mereka brdua…aamiin…

Note: pasal mimpi ni hanya Miss Haha je yang tahu…Itu pun kalau dia ingat laa…hehehe..Bagi Che Mimpi hanya mainan tidur..andai mimpi itu betul betul terjadi itu semua adalah Kekuasaan Allah…MashaAllah…


Ciri-ciri Lelaki yang perempuan suka

Hari ini Che nak kongsi kat korang ciri-ciri lelaki yang perempuan suka. Noted : Ini Cuma pandangan peribadi Che jak, klu korang setuju tak setuju, ups to you all laa.wuawua..

Some of cool Guys

Ciri 1 : Lelaki yang berpenampilan Kemas
Urmm..selalu budak lelaki kata orang perempuan ni suka lelaki hensem-hensem ja..Well, itu sejujurnya tak dinafikan..ehehe. Tapi istilah kekacakan dalam pandangan girl tu bukan setakat melihat kepada paras rupa je ok tapi mengambil kira pelbagai aspek..Kalau harap je muka ensem tapi perangai lelaki tu tak semena-mena,berpenampilan selekeh, pandang sekali oklah, pandang dua kali ahaha lain sudah ceritanya tu..Perempuan ni suka lelaki yang menjaga penampilan diri, kemas…maskulin gitu larh..Tapi kalau terlebih maskulinnya, berhias mengalahkan perempuan..itu Ter-over sudah tu…kadang-kadang naik menyampah perempuan dibuatnya..hahaha

Ciri 2 : Lelaki yang cool dan sentiasa kelihatan tenang
Ah..nie mostly girl suka. Mana ada girl suka lelaki yang panas baran. Ada meh?? Kalau ada, pasti something wrong laa tu..Percayalah antara lelaki yang memiliki rupa paras yang ensem but agak hot temper and kepoh gitu vs Lelaki yang tak berapa kacak tapi tingkahlakunya dalam melakukan sesuatu sentiasa tenang dan cool,ofcos laa the 2nd one menjadi pilihan bagi si gadis…hohoho

Ciri 3 : Lelaki yang protective and caring
Ah, ni pun ciri lalaki wanita suka..Mostly girl suka kat lelaki yang bilamana dia bersama lelaki tu, dia rasa selamat, dilindungi dan disayangi..Perempuan tak suka kat lelaki yang mengada-gada..Contohnya manja mengalahkan perempuan..Patutnya sifat manja ni khas tuk perempuan, dia pula yang terlebih..Tak cool ok. Perempuan gak suka kat lelaki yang hormat orang tua,  sayang kat budak-budak..Boleh cair hati dibuatnya..hehe..Dan perempuan paling Anti kat lelaki yang terlebih over protecting dan cemburunya…mula-mula bolehlah terima lama-lama naik rimas dibuatnya!!!

Ciri 4 : Lelaki yang TAK MEROKOK
Trust me, majoriti perempuan tak suka kat lelaki yang merokok..Kalau lelaki yang merokok ni kata dorang macho dengan merokok, bagi perempuan lelaki yang tak merokok tu la superb Macho..
Jadi ahasal perempuan diluar sana tu banyak brcinta dengan lelaki yang merokok??? Well, itu sebab waktu lelaki tu pikat permpuan tu, dia tak merokok depan2 perempuan..Cuba peremuan tu tahu awal2 kompom tidak dipandang punyaa..Kalau dah terlanjur suka tu, percayala pasti perempuan tu akan menasihati lelaki yang disukainya tu untuk berhenti daripada merokok berulang2 kali..ahaha…Pelik Che. kenapala korang boleh tahan dengan bau rokok, punyala busuk!!!

Ciri 5 : Lelaki yang beriman dan baik hati
Ok..yang ni sudah tentu..tak kira la lelaki atau perempuan tentu suka kat orang –orang yang baik ja kan??? Takkan la nak suka kat orang yang jahat macam pembunuh, perompak gitu..isk apa kan peliknya kalau ada..wahaaha..Kalau lelaki yang kelihatan jahat, bengis gitu walhal sebenarnya dia baik, dalam hati ada taman gitu, ah..ciri gini perempuan suka..Dalam pandangan perempuan, lelaki yang camni adalah lelaki yang setia, yang bilamana dia sayang sorang perempuan dia akan sayang betul2…wuawua

Ciri 6 : Merangkumi lelaki yang ;
  •         i.     Hardworkng dan mesra kat orang
  •       ii.      Berkaliber & Berkepimpinan
  •     iii.       Aktif dalam sukan and aktiviti luar

Bercakap sal hal nie, dari Che sekolah rendah hinggalaa masuk IPT, Che perhatikan lelaki yang aktif bersukan dan banyak terlibat dalam aktiviti berpersatuan pasti ramai perempuan yang suka eventhough muka dorang tak la kacak mana..ahasal ek??wahaha
  •     iv.      Ego, sedikit jual mahal dan Tegas!

Ups..Jangan heran..ada juga sesetengah perempuan suka lelaki camni..Contoh yang jelas Che laa..miahaha…


Hehehe, Oklah…ni je ciri-ciri yang mampu Che beri…Sebenarnya banyak lagi ciri-ciri lain tapi itu korang analisis laa sendiri…miahahaha..

Perfect Two...If i have someone special, I will deducate dis song for him..

"Perfect Two"

Oh, oh.
Yeah, yeah,

You can be the peanut butter to my jelly
You can be the butterflies I feel in my belly
You can be the captain and I can be your first mate
You can be the chills that I feel on our first date

You can be the hero and I can be your side kick
You can be the tear that I cry if we ever split
You can be the rain from the cloud when it's stormin'
Or you can be the sun when it shines in the mornin'

Don't know if I could ever be
Without you 'cause boy you complete me
And in time I know that we'll both see
That we're all we need

'Cause you're the apple to my pie (pie)
You're the straw to my berry (berry)
You're the smoke to my high (high)
And you're the one I wanna marry (marry)

'Cause you're the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two

We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two

You can be the prince and I can be your princess
You can be the sweet tooth I can be the dentist
You can be the shoes and I can be the laces
You can be the heart that I spill on the pages

You can be the vodka and I can be the chaser
You can be the pencil and I can be the paper
You can be as cold as the winter weather
But I don't care as long as we're together

Don't know if I could ever be
Without you 'cause boy you complete me
And in time I know that we'll both see
That we're all we need

'Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
'Cause you're the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two

We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two

You know that I'll never doubt ya
And you know that I think about ya
And you know I can't live without ya

I love the way that you smile
And maybe in just a while
I can see me walk down the aisle

'Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry

'Cause you're the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two

We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two

Argentina menumpaskan Belanda...Saingan yang cukup mendebarkan!!!



Hebat dan Fantastik!!! Ternyata kedua-dua pasukan Argentina dan Belanda masing-masing sama-sama kuat.  Perlawanan awal subuh tadi buat aku tak senang duduk.  Adakala aku terjerit baik ketika Argentina menyerang atau diserang oleh Belanda.  Sungguh bila sahaja kubu pasukan Argentina diserang tak sanggup tuk aku melihatnya. Kecut perut genk.  Apabila aku melihat penyerang Belanda semakin hampir dengan gawang gol Argentina, dengan automatiknya muka akan aku tutup dengan kedua belah tapak tangan. Tak berani melihat andainya gawang Argentina berjaya ditembusi.haha.  Melihat keadaan aku yang melucukan itu, Adik dan sepupu aku buat pakataan mengenakan aku.  Ketika aku berkelakuan begitu, mereka pasti akan menjerit “Gol !!! walhal pasukan Belanda tak pun berjaya menjaringkan gol.  Cis!, kurang asam sungguh mereka ini.  Bagi lemah semangat je.
 
Pada kebiasaanya, asal je Si Lionel Messi dapat bola mesti adalah tu sebanyak 2 - 3 orang pemain lawan mengapitnya.  Geram deh dibuatnya.  Ini menyebabkan kelibat Messi sedikit tenggelam dalam perlawanan tadi.  Hurmm..

Tak dinafikan Pasukan Belanda pun tak kurang hebatnya.  Serangan yang dilancarkan oleh mereka buat hati aku dup dap dup dap je.  Syukurlah, pasukan Argentina mempunyai kawalan pertahanan yang sangat kental .  Wa tabik sama mereka.haha.  45 minit permainan berlangsung, mereka terikat dengan keputusan 0-0.

 Separuh Masa kedua bemula.  Debaran dihati semakin kuat dan mencemaskan.  Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.  Namun acapkali serangan tersebut berjaya dipatahkan oleh kedua-dua pasukan.  Resultnya, keputusan masih lagi kekal 0-0 hingga wisel penamat dibunyikan.


Permainan diteruskan kepada masa tambahan 30minit.  Keadaan semakin mencemaskan.  Dalam waktu ini aku berharap sangat pasukan Argentina akan berjaya menjaringkan gol.  Tak nak aku perlawanan berlarutan ke penentuan penalti.  Malangnya, waktu ini pasukan Argentina pula yang menerima serangan demi serangan daripada pasukan Belanda. 

Ini yang buat aku semakin tak senang duduk dibuatnya. Silap-silap Argentina kalah di saat-saat akhir kalau berterusan camni. Mujurlah mereka mampu bertahan daripada  serangan tersebut.  Fuhh..lega!!! Itu yang aku rasa di saat wisel penamat ditiupkan oleh pengadil perlawanan.  Sekali lagi mereka terikat dengan kosong-kosong.  Huh..sengit!!! Ok, continue..Penalti pun penalti la.hahaha

Tangan digengam seeratnya ketika tendangan penalti bakal dimulai.  Bersiap sedia tuk menerima sebarang kemungkinan.  Setiap sepakan yang dilepaskan mengundang debaran dihati.  Akhirnya, Ternyata kemenangan berpihak kepada Pasukan Argentina.   
Mereka menang sepakan penalti dengan Agregat jaringan 4 untuk Argentina dan 2 untuk Belanda.  Keseronokan aku..Ya Allah, tak dapat digambarkan.  Sungguh aku heppy yang teramat sangat.  Seperti berada diawang-awangan.  Sampai saat ini, aku masih lagi meraikan kemenangan Argentina..hohoho


Anyway, diucapkan syabas kepada kedua-dua pasukan kerana telah mempamerkan satu perlawanan yang sungguh menerujakan dan berjaya memuaskan hati penonton yang menyaksikan perlawanan ini.

So next topic,  Germany or Argentina??? Pasukan mana yang akan dinobatkan sebgai juara Piala Dunia 2014??? Sama-samalah kita saksikannya. 

Noted : I like both of dis team but I’ll choose Argentina as the Winner..so, What about you??? hehehe


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Ana.^^

My photo
Bumi Sabah Tercinta, Rahsia, Malaysia
I'm a simple person...Bercita-cita nak jadi TUDM malangnya aku rabun..wahaha..Nak jadi cikgu pula garang macam singa...Cian kang adik-adik...so jadila laa aku Penulis Bebas...Aku kan banyak masa akmaklumlah masih tanam anggur..haha..Aku nie pelik gak..Kadang2 tu suka hidup dalam alam fantasi..konon laa...pengaruh kartun sangat...hehehe.. "Plezz Call me Cik Putera Kodok"...

FOREVER IN HEART CIK PUTERA KODOK