carian

Polisi Endowmen

Assalamualaikum...
Hai semua..Hari ini nak share pasal Insurans...hehe ( Assignment  Che dulu. Kut2 ni boleh membantu korang kan? ahahah

Apakah Polisi Endowment Policy (Polisi Endowmen) itu?

Polisi ini menggabungkan perlindungan dan tabungan. Wang manfaatnya akan dibayar pada akhir tempoh yang ditetapkan berikutan kematian atau jika anda mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal. Sekiranya anda masih hidup apabila polisi matang, anda akan mendapat wang berkenaan; jika sebaliknya, wang itu akan diberi kepada penama anda. Dan polisi ini membenarkan kita mengeluarkan sebahagian wang simpanan yang ada di dalam tempoh polisi berjalan. Antara polisi yang ada atau dibawah naungan polisi endowmen ini ialah Perlindungan Tabung Pendidikan (Education Fund Policy) Perlindungan Tabung Persaraan ( Retirement FundPolicy), Perlindungan Takaful Keluarga (Family Protection Family) dan sebagainya.

Perlindungan ini untuk 4 perkara:

a)Kematian biasa - antaranya kerana penyakit atau secara biasa.
 b)Kematian kemalangan
c)Hilang upaya biasa - contohnya strok, angin ahmar atau kerana penyakit
d)Hilang upaya kemalangan - contohnya akibat kemalangan, kehilangan anggota badan yang menyebabkan kita tak mampu untuk bekerja lagi.
Polisi  hayat seumur hidup dan  polisi endowmen mempunyai elemen pelaburan dan oleh itu, dianggap sebagai aset modal syarikat. Kedua-kedua polisi tersebut mempunyai nilai tunai yang boleh ditebuskan selepas berkuatkuasa selama beberapa tahun. Bagi polisi endowmen, suatu jumlah wang boleh dibayar apabila polisi itu  matang.  Premium yang dibayar atas polisi hayat seumur hidup atau polisi endowmen tidak boleh dibenarkan dalam pengiraan pendapatan larasan perniagaan syarikat.

Prosedur Tuntutan Kematangan Insurans Hayat Endowmen

Syarikat insurans lazimnya akan menghubungi pemegang polisi tentang polisi endowmennya yang akan matang, dan meminta pemegang polisi mengikut prosedur berikut:
1)   Syarikat insurans akan menghantar borang pengenalan, borang mandiri (survival) dan borang pelepasan kepada pemegang polisi untuk dilengkapkan. Borang-borang ini hendaklah dikembalikan kepada syarikat insurans bersama dengan kontrak polisi.
2)   Jika pemegang polisi adalah orang yang diinsuranskan, beliau hendaklah memberikan bukti umur, bukti masih hidup, baucar pelepasan yang lengkap dan menyerahkan semua ini bersama dengan dokumen polisi.
3)   Jikalau pemegang polisi bukan orang yang diinsuranskan, beliau hendaklah menyerahkan surat serah hak atau dokumen hak milik yang lain dan kenyataan ringkas yang menyatakan bahawa orang yang diinsuranskan masih hidup tetapi tidak dapat menandatangani sijil mandiri (survival). Polisi insurans hayat endowmen lazimnya memberikan beberapa pilihan penyelesaian yang boleh dilaksanakan oleh pemegang polisi apabila polisi mereka matang.

Biasanya terdapat empat pilihan:

a)   Perolehan kematangan tunai.
b)   Menukarkan perolehan kematangan kepada anuiti, sama ada anuiti pasti atau anuiti hayat.
c)   Membiarkan perolehan kematangan sebagai deposit dengan syarikat insurans mengikut terma-terma yang dipersetujui.
d)   Mengeluarkan perolehan kematangan secara beransuran bagi tempoh beberapa tahun. Faedah akan dikreditkan ke atas baki dalam akaun.

Terma dan syarat

Insurans endowmen, polisinya ialah untuk jangka waktu tertentu. Pemegang polisi akan menerima jumlah yang diinsuranskan pada akhir tempoh yang ditetapkan.
Walau bagaimanapun, sekiranya pemegang polisi meninggal dunia sebelum tempoh yang ditetapkan, keluarganya berhak menerima bayaran daripada polisi tersebut. Bagi polisi insurans nyawa seumur hidup, pemegang polisi membayar premium untuk seumur hidup. Apabila pernegang polisi meninggal dunia, keluarga beliau akan menerima kesemua jumlah wang yang diinsuranskan. Jika pemegang polisi menyerahkan polisi beliau selepas 20 atau 30 tahun, sebelum kematiannya seperti yang dinyatakan di dalam polisi, beliau akan mendapat balik sejumlah wang yang tertentu – iaitu jumlah yang beliau telah bayar campur dengan sebahagian dari keuntungan pelaburan kumpulan wang insurans berkenaan.
Jenis insurans yang akan memberi faedah adalah satu polisi yang dapat memberi perlindungan maksimum dengan kos yang minimum.

Contoh terma dan syarat

TWIN SPECIAL

Adalah produk endowmen berserta manfaat Pembayaran Tunai Terjamin setiap tiga tahun dan perlindungan kematian dan KUPK. Twins Special menyertai keuntungan Etiqa dengan Bonus Balikan dan Bonus Terminal.
Anda boleh memilih tempoh polisi yang luas: 15, 18, 21 dan 24 tahun. Jumlah Pembayaran Tunai Terjamin adalah bergantung kepada jumlah diinsuranskan dan tempoh pelan yang anda pilih. Setiap tiga tahun sepanjang tempoh polisi berkuatkuasa, anda akan menerima pembayaran tunai sebanyak 12.5% dari jumlah diinsuranskan.
Apabila pelan ini mencapai tempoh matang, sekiranya tiada tuntutan dibuat, anda akan menerima amaun yang bersamaan dengan jumlah diinsuranskan (setelah ditolak Pembayaran Tunai Terjamin yang telah dibuat) serta semua bonus yang dimasukkan.

Contoh 2

Sebuah syarikat membeli polisi endowmen “key-man” atas nyawa pengarah  urusannya dengan syarikat  sebagai waris. Premium tahunan ialah RM20,000 dan amaun terjamin ialah RM500,000. Di bawah pimpinan pengarah urusan tersebut, keuntungan syarikat telah tambah 20% setiap tahun bagi lima tahun yang lepas.  Walaupun syarikat ialah waris polisi  insurans  dan  pengarah  urusan ialah “orang utama” dalam syarikat, premium tahunan yang dibayar tidak dibenarkan sebagai potongan kerana syarikat telah memperolehi sesuatu aset. Apabila polisi itu  matang, syarikat akan menerima RM500,000 serta bonus yang diistiharkan oleh syarikat insurans. Bagi polisi insurans hayat endowmen, syarikat insurans akan membayar jumlah yang diinsuranskan apabila polisi matang jika pemegang polisi masih hidup pada penghujung tempoh kontrak.

1 comment:

Nurul said...

Berapa jumlah keseluruhan kematangan insuran tsp18 yqng kita dapat tselepas matang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Ana.^^

My photo
Bumi Sabah Tercinta, Rahsia, Malaysia
I'm a simple person...Bercita-cita nak jadi TUDM malangnya aku rabun..wahaha..Nak jadi cikgu pula garang macam singa...Cian kang adik-adik...so jadila laa aku Penulis Bebas...Aku kan banyak masa akmaklumlah masih tanam anggur..haha..Aku nie pelik gak..Kadang2 tu suka hidup dalam alam fantasi..konon laa...pengaruh kartun sangat...hehehe.. "Plezz Call me Cik Putera Kodok"...

FOREVER IN HEART CIK PUTERA KODOK