carian

Kerja Oh Kerja....


Tahun 2014....tak terasa pantas sungguh masa itu berlalu...Menjejakkan diri ke tahun nie bermakna hampir 2 tahun sudah Che menamatkan pengajian sebagai student Diploma..hohoho..Apa perancangan sebelum nie pun belum ada yang terlaksana...aiyaa......Apa nak jadi oo.....


My Plan...

Actually, andai ditanya hati Che yang paling terdalam, apa yang sebenarnya Che nak lakukan, AKU MAHU KERJA oo!!! but the problem is no one want to hire me...Aku pun tak apa sebabnya..Mau cakap resume tak mantap, mantopp sudah..mahu cakap aku memilih kerja dok jugaa....But tawakal jaa laa belum rezeki Che Lagii noo...yang Che tak tahan kadang2 ni pandangan orang sekeliling..Ada baiknya lah durang tu menolong ke apa ni dok..siapa gosip sini gosip sana, kerepek sini kerepek sana....Aiyoyo, buat stress...Macam nak jerit kat satu dunia nie korang ingat aku duk goyang kaki jaa laa tiada usaha!!!! D.U.N.I.A oh dunia penuh tipu daya...

Sambung study...patutkah Che sambung study?? entahlaaa....Che tak terasa pun nak study skrang..nak ambik PJJ jaa nnti..apapun Che akan pastikan Master mesti ada dalam gengaman..Oleh itu, Kerja oh kerja datang laa mu kepadaku...hohoho

Kahwin...need to wait 3 years more...Kalau dah Jodoh tak kemana kan...Teringat lagu ustaz Kasim Elias, kalau dah jodoh tak kemana adinda idaman kanda...ewah....Cepat atau lambat akan datang jua tu....InshaAllah...So, kerja please be nice to me ok...bfore that time come i need to prepare myself well...My family....my parents...Ya Allah semoga dpmudahkan segala urusan kami....aamiin...

Petua Untuk Awet Muda Cara Islam


Alhamdulillah...Hari nie Che nak share satu petua yang Che tahu melalui FB..hoho...Che copy paste jaa nie...Sharing is caring kan??hohoho..Jum kita sama-sama amalkannya...Biiznillah, InshaAllah anda akan lihat perbezaannya..Chewah...


Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.

Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.


Note : Kepada pemberi petua nie..Che copy ya..Minta halalkan..hoho

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Ana.^^

My photo
Bumi Sabah Tercinta, Rahsia, Malaysia
I'm a simple person...Bercita-cita nak jadi TUDM malangnya aku rabun..wahaha..Nak jadi cikgu pula garang macam singa...Cian kang adik-adik...so jadila laa aku Penulis Bebas...Aku kan banyak masa akmaklumlah masih tanam anggur..haha..Aku nie pelik gak..Kadang2 tu suka hidup dalam alam fantasi..konon laa...pengaruh kartun sangat...hehehe.. "Plezz Call me Cik Putera Kodok"...

FOREVER IN HEART CIK PUTERA KODOK