carian

REPORT LATIHAN INDUSTRI TMPOINT PART 2

Assalamualaikum...Hai semua..hari ini Che nak share report LI che untuk bab 4 and seterusnya memandangkan ada insan yang requestnya..Kepada insan itu, maaf ya baru baca Email awak..hehe..
Dan terima kasih kerana sudi menjadikan report kita sebagai rujukan ! Ilmu itu harus di kongsi..ohoho..sebagai balasan yg copy tu, jangan lupa doakan saya berjaya di dunia dan akhirat ar..itu aje..Hehehe


BAB 4 : PRODUK DAN PERKHIDMATAN 

4.1       PENGENALAN

Produk merupakan apa sahaja yang ditawarkan kepada pengguna untuk perhatian, milikan atau kegunaan yang akan memenuhi sesuatu keperluan atau kehendak.  Konsep produk tidak terhad kepada objek fizikal tetapi apa sahaja yang berupaya memuaskan keperluan boleh dipanggil produk.  Produk juga termasuklah perkhidmatan.  Perkhidmatan merupakan aktiviti atau faedah yang ditawarkan untuk jualan yang bukan ketara dan tidak mendatangkan pemilikan kepada sesuatu.  Secara umumnya produk termasuklah entiti lain seperti orang, tempat, organisasi dan aktiviti.
Sebagai saluran utama bagi memberikan perkhidmatan-perkhidmatan TM, Tmpoint menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang dapat diklasifikasikan kepada 3 kategori iaitu perkhidmatan suara, data dan kad.  Selain itu juga, TMpoint Sandakan juga turut menawarkan perkhidmatan jalur lebar iaitu Streamyx dan Business broadband di samping menyediakan perkhidmatan Kaunter Mesra Pelanggan. 

4.2 PERKHIDMATAN SUARA

4.2.1 Talian Tetap Tm

a)      Pemasangan Talian Tetap TM ( rajah telefon )
Bagi pemasangan baru talian tetap TM, pelanggan perlu menyediakan wang cagaran sebanyak RM75.00 dan stem sebanyak RM10.00.  Bayaran tersebut akan dimasukkan kedalam bil.  RM50 untuk pendawaian 5 meter pertama telefon dan tambahan RM5 semeter jika inginkan pendawaian lebih dari 5 meter ( bayar cash pada kontraktor).


Kadar yuran langganan adalah seperti berikut : Bagi ibusawat yang kapasiti melebihi 1000 talian, sewa bulanan adalah RM25.00.  Bagi ibusawat yang kapasiti kurang dari 1000 talian, sewa bulanan adalah RM13.00.  Kadar caj panggilan adalah antara 4 sen - 8 sen seminit.   Walaubagaimana pun, kadar sewa bulanan dan juga caj panggilan adalah percuma dan tanpa had bagi mereka yang melanggan perkhidmatan ‘Streamyx Block Buster Deals’. 

b)      Pakej panggilan

 i.            ‘VOICE DEALS’

Ciri-ciri utama ‘Voice Deal’  termasuklah tiada caj untuk sewa TM Homeline, panggilan percuma di antara pelanggan Talian Tetap TM, caj panggilan yang rendah ke talian mudah alih dan rangkaian talian tetap yang lain dan telefon DECT percuma dengan tempoh jaminan selama 12 bulan. 

Pakej Voice Deal
Yuran Bulanan
Sewa
Panggilan Tempatan dan Nasional (rangkaian TM)
No.Mudah
Ahli dan rangkaian Lain
Telefon
Dect
Voice Deal RM 38
RM 38
Dikecualikan
Percuma
15 Sen
Percuma
Voice Deal RM 48
Rm 48
Dikecualikan
Percuma
Percuma 60mins.Panggilan Tambahan12sen/min
Percuma
Voice Deal RM 60
Rm 60
Dikecualikan
Percuma
Percuma 120mins. Panggilan Tambahan10sen/min
Percuma

            Jadual 4.1 : Butiran Pakej Panggilan Voice Deals

  l i.            Pakej RM10.
Merupakan Pelan panggilan untuk pengguna Streamyx.  Ciri-ciri pakej ini adalah tiada sewa bulanan talian, percuma Panggilan Tempatan dan Nasional ( untuk 5000 minit sebulan ) dan RM0.25 Sen Seminit untuk panggilan ke telefon bimbit.

4.2.2        CDMA  (Code Division Multiple Access)
CDMA ialah perkhidmatan telefon tetap tanpa wayar ( Fixed WirelessTelephone Service) yang menggunakan teknologi radio bagi membolehkan pelanggan membuat dan menerima panggilan serta menikmati perkhidmatan data.  Dengan penggunaan telefon CDMA ini, pengguna dapat menikmati Kualiti Suara, Faksimili, Internet/Data, Perkhidmatan Nilai Tambah (Call Waiting, Call Forwading, Call Forwading No Reply/On Busy ), Perkhidmatan TM Wartel, Perkhidmatan TM Payphone dan Perkhidmatan SMS (Short Message Service)  pada tahap yang baik.

a)      Perkhidmatan Internet CDMA

Perkhidmatan CDMA Internet akan diberikan kepada pelanggan yang memerlukan aplikasi internet seperti melayari laman web, emel, dan sebagainya.  Pelanggan memerlukan kabel data RS-232 untuk menghubungkan komputer dengan terminal FWT.  Kabel ini boleh didapati di semua TMpoint atau kedai komputer yang ada menyediakan kabel data.  Walaubagaimanapun, TM akan menyediakan Manual Konfigurasi Perkhidmatan CDMA Internet untuk pelanggan.  Perkhidmatan ini tidak akan dikenakan sebarang bayaran bulanan tetapi hanya caj penggunaan sahaja.  Pelanggan hanya akan dikenakan bayaran untuk yuran pendaftaran dan tahunan untuk mendapatkan akaun internet. 

Pelanggan perlu mendaftar atau mempunyai AkaunTmnet Dial-Up (1515/1525)  untuk menikmati perkhidmatan CDMA Internet 1525 ini. Selain itu juga, pelanggan prabayar Tmnet boleh menggunakan perkhidmatan CDMA Internet 1525/1515 ini.  Perkhidmatan CDMA Internet 1525 ini akan menggunakan akses rangkaian CDMA dimana pelanggan akan menikmati kemudahan melayari internet pada kelajuan 144kbps iaitu purata kelajuan akses 80 – 90kbps.

b)      Perkhidmatan Faksimili CDMA

 Perkhidmatan ini boleh diberikan melalui dua jenis terminal FWT iaitu HWP –120 untuk aplikasi PC Fax dan HWT – 120 untuk aplikasi Analog Fax.  Pada amnya, sasaran pelanggan untuk perkhidmatan ini adalah pelanggan perniagaan dan korporat yang memerlukan aplikasi faksimili.  Pelanggan akan diberikan nombor perkhidmatan CDMA yang kedua (Dummy Number ) yang tidak akan dikenakan sebarang bayaran.  Nombor perkhidmatan kedua ini hanya digunakan untuk tujuan penerimaan pesanan faksimili sahaja.  Sebarang panggilan masuk atau keluar melalui nombor ini tidak akan berjaya dan ini bermakna apabila pelanggan CDMA mahu menerima pesanan faksimili dari pihak lain, pihak tersebut perlulah menggunakan nombor perkhidmatan kedua tersebut.


4.3      PERKHIDMATAN KAD

4.3.1        iTalk

Kad panggilan prabayar yang membolehkan pengguna membuat Panggilan Antarabangsa dan Tempatan pada kadar yang kompetitif.  Diantara keutamaan iTalk ialah :

a)      Boleh digunakan dengan telefon talian tetap atau telefon bimbit.
b)      Boleh didapati pada nilai RM10, RM20, RM30 dan RM50.  Ini membolehkan pengguna memilih mengikut keperluannya.
c)      Mudah diperolehi di merata tempat, termasuk di TMPoint, rangkaian telefon mudah alih terpilih, kedai-kedai buku, stesyen minyak, mesin runcitan Quickload terpilih dan rangkaian-rangkaian yang memaparkan tanda iTalk, Whoops! atau e-pay.
d)     Membolehkan berbual panjang dengan sesiapa diseluruh dunia, dengan  kos rendah.  Dengan iTalk, pengguna boleh menikmati kadar panggilan ke seluruh negara dari serendah 15 sen seminit untuk panggilan dari talian tetap ke talian tetap dan juga kadar yang amat kompetitif untuk panggilan antarabangsa. iTalk menawarkan penjimatan hebat melalui ciri istimewanya iaitu ‘home country call’ di mana pengguna boleh membuat panggilan dari luar negara ke Malaysia dan caj panggilan akan dikira dalam Ringgit Malaysia (RM). 

4.3.2        Kad Prabayar Ring-Ring    
           
Kad panggilan prabayar dari TM untuk membuat Panggilan Tempatan, Nasional, Panggilan Antarabangsa dan nombor talian info 600.  Ciri-ciri :

a)      Boleh digunakan untuk melayari internet melalui TM Net 1515.
b)      Boleh digunakan semasa berada diluar negara untuk memudahkan panggilan melalui perkhidmatan terus ke Malaysia.
c)      Menawarkan kualiti suara yang premium dan boleh digunakan melalui mana-mana TM touch-tone dan telefon talian tetap.


4.4      PERKHIDMATAN DATA ( MAKLUMAT )

4.4.1        ISDN (Integrated Service Network)

Dikenali sebagai perkhidmatan rangkaian digital bersepadu.  Merupakan suatu sistem dan juga berbentuk aplikasi dengan kelajuan yang tinggi iaitu 64 kbits.  Dengan adanya sistem ISDN ini, ianya membolehkan audio, di mana ia menggunakan jarak yang sesuai.  Di samping itu juga ianya dapat disambungkan kepada telefon, komputer, mesin faksimili dan video ‘conference’.

4.4.2        ADSL & SDS

SDSL bermaksud "symmetric digital subscriber line" dan boleh menampung kelajuan sehingga 3 Mb sesaat dalam kedua-dua arah (menerima dan menghantar data).  Talian yang menggunakan SDSL tidak boleh digunakan untuk membuat panggilan telefon biasa.  ADSL pula bermaksud "asymmetric digital subscriber line".  Teknologi ADSL membolehkan kadar menerima data sehingga 9 juta bit sesaat, tapi kadar menghantar data terhad kepada 640 Kb sesaat.  Talian yang menggunakan ADSL boleh digunakan untuk membuat panggilan telefon biasa.


4.5      PERKHIDMATAN JALUR LEBAR

4.5.1        Streamyx

Streamyx ialah khidmat capaian internet dengan kelajuan sehingga 100 kali lebih laju daripada kelajuan modem biasa, dengan menggunakan talian telefon yang biasa.  Ia sesuai digunakan untuk melayari laman web, streaming video, pembelajaran jarak jauh dan sebagainya. Caj langganan rendah yang dikenakan keatas pelanggan membolehkan pelanggan melayari internet pada bila-bila masa dengan kadar bayaran bulanan yang tetap dan murah.  Selain itu, pelanggan boleh menggunakan telefon dan melayari internet pada masa yang sama dengan menggunakan talian telefon yang sama.

4.5.2 Streamyx untuk Rumah Kediaman

Ada beberapa pilihan produk Streamyx untuk penggunaan di rumah. Perbezaannya ialah pada kelajuan capaian internet, dari segi kelajuan muat turun dan muat naik data, grafik dan video.  Satu lagi perbezaan ialah sama ada modem dibekalkan oleh TM Net atau perlu dibekalkan sendiri oleh pelanggan.

a)      Pakej Streamyx Basic tanpa had penggunaan

                                                        i.            Streamyx Basic 512 Kbps  [ RM66 ]  tanpa  modem.
                                                      ii.            Streamyx Basic 512 Kbps  [ RM77 ]  dengan  modem.
                                                    iii.            Streamyx Basic 512 Kbps  [ RM77 ]  dengan  modem   ( Streamyx In A Box ).
                                                    iv.            Streamyx Basic 1 Mbps   [ RM88 ] tanpa modem.
                                                      v.            Streamyx Basic 1 Mbps   [RM99]  dengan modem.
                                                    vi.            Streamyx Basic 2 Mbps   [RM188 ]  dengan modem.
                                                  vii.            Streamyx Basic 4 Mbps  [ RM268 ]  dengan  modem.

b)      Pakej Streamyx Basic Dengan Had Penggunaan.
                                          i.            Streamyx Basic 384Kbps  [ RM20 ]  dengan sewaan modem – 10 Jam Penggunaan Sebulan.
                                           ii.            Streamyx Basic 384Kbps  [ RM20 ]  dengan sewaan modem  (Streamyx In A Box ) – 10 Jam Penggunaan Sebulan.
                                       iii.            Streamyx Basic 384Kbps  [ RM20 ]  tanpa  modem – 10 Jam Penggunaan Sebulan.
                iv.Streamyx Basic 512Kbps  [ RM44 ]  dengan sewaan   modem – 60 Jam Penggunaan Sebulan.
                                         v.            Streamyx Basic 512Kbps  [ RM44 ]  tanpa  modem – 60 Jam Penggunaan Sebulan.
                               vii..            Streamyx Basic 512Kbps  [ RM44 ]  dengan sewaan   modem – 60 Jam Penggunaan Sebulan ( Streamyx In A Box ).
                                    vii.            Tempoh penggunaan hanya terhad kepada 10 jam sebulan dan penggunaan selepas 10 jam akan di caj sebanyak 5 sen seminit.
c)      Streamyx Blockbuster Deals
Merupakan Broadband streamyx yang menggabungkan perkhidmatan jalur lebar dan talian tetap dalam satu pakej.  Ciri-ciri utama Blockbuster Deals termasuk : 
                                                        i.            Tawaran jalur lebar 24 x 7
                                                      ii.            Tiada caj untuk sewa TM Homeline
                                                    iii.            Panggilan PERCUMA diantara pelanggan Talian Tetap TM
                                                    iv.            Kadar panggilan rendah ke rangkaian wayarles dan rangkaian talian tetap yang lain
                                                      v.            Modem wayarles PERCUMA dengan tempoh jaminan selama 12 bulan
                                                    vi.            Telefon DECT percuma dengan tempoh jaminan selama 12 bulan.

PAKEJ
YURAN BULANAN
YURAN BLOCK BUSTER DEALS


TALIAN TETAP KE TALIAN TETAP (F2F)
TALIAN TETAP KE TALIAN MUDAH ALIH (F2M )
512Kbps
RM90

PERCUMA
10sen
1Mbps
RM110
10 sen
2Mbps
RM130
10 sen
4Mbps
RM140
10 sen
Jadual 4.2 : Butiran Streamyx Block Buster Deals

Pengguna jalur lebar yang baru akan menikmati pengecualian untuk caj berikut sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

                                                                    i.            Yuran pemasangan Streamyx – RM88
                                                                  ii.            Yuran pengaktifan Streamyx – RM75

Untuk pelanggan TM Homeline yang baru, mereka boleh menikmati pengecualian yuran Penyambungan berjumlah RM50 dan caj tambahan untuk : 

                                                                    i.            Cagaran sekali sepanjang langganan – RM75.
                                  ii.  Caj pemasangan wayar untuk perkhidmatan TM Homeline – RM30 – RM50.

d)      Streamyx Untuk Pengguna Home Prepaid
Jika sebelum ini, pengguna Home Prepaid terpaksa menukar talian prepaid kepada talian tetap TM untuk menggunakan streamyx namun usaha untuk menjadikan jalur lebar lebih terbuka dan meluas, maka TM memberi peluang pengguna Home Prepaid untuk masih boleh mengekalkan talian Home Prepaid mereka walaupun menggunakan streamyx.  Jadi pengguna Home Prepaid dapatlah merasa menggunakan streamyx tanpa perlu risau akan penggunaan telefon mereka yang mereka kawal.  Pakej ini meliputi beberapa kelajuan di mana kelajuan yang ditawarkan adalah :

                                                                                i.            384kbps [ Rm38 ] Dengan Sewaan Modem – 10jam Penggunaan.
                                       ii.      384kbps [ Rm38 ] Tanpa Sewaan Modem – 10 Jam Penggunaan.

                                                                           iii.            384kbps [ Rm38 ] Dengan Sewaan Modem ( Streamyx In A Box ) – 10 Jam Penggunaan.
                                                                             iv.            1mbps [ Rm117 ] Dengan  Modem.
                                                                           v.            1mbps [ Rm106 ] Tanpa Modem.
                                                                          vi.            1mbps [ Rm117 ] Dengan  Modem ( Streamyx In A Box )
                                                                              vii.            512kbps [ Rm62 ] Dengan Sewaan Modem – 60 Jam Penggunaan.
                                                           viii.            512kbps [ Rm62 ] Dengan Sewaan Modem – 60 Jam Penggunaan ( Streamyx In A Box ).
                                                                          ix.            512kbps [ Rm62 ] Tanpa Modem – 60 Jam Penggunaan.
                                                                       x.            512kbps [ Rm84 ] Tanpa Modem
                                     xi.       512kbps [ Rm95 ] Dengan Modem.

4.5.3        Streamyx untuk Perniagaan

a)      Business Broadband SOHO ADSL 4.0Mb, 2Mb, & 1Mb.
SOHO adalah SMALL OFFICE/HOME OFFICE yang mana ia menjadi istilah popular kepada mereka yang menjalankan perniagaan secara ONLINE hanya dari rumah.  Pakej ini mengandungi :
                                                                                i.            1 Email Custom Percuma
                                                                              ii.            1 Streamyx Hotspot ID
                                      iii.       Penggunaan Tiada Had
                                                                                v.            Modem percuma
                                                                              vi.            Dynamic IP
                                                                            vii.            Tempoh minimum langganan adalah 12 bulan.
                                                                           viii..            Yuran pemasangan ( RM88 ) dan Yuran Pengaktifan ( RM75 ) akan dikenakan pada bil pertama pelanggan.
b)      Streamyx Office In Box
Ciri-ciri pakej OIB ialah:
                                                                        i.            Modem Wireless ( WiFi ) percuma dengan jaminan sepanjang langganan ( lifetime warranty).
                                                                              ii.            Nilai panggilan sebanyak Rm88
                                                                            iii.            Sewa telefon percuma
                                                                            iv.            Percuma telefon Cordless.
                                                                              v.            Email address percuma.
                                                                            vi.            1 Streamyx Zone ID
                                      vii      1 GB e-storage 

c)      Pakej Streamyx In A Box Plus
Pakej ini pula adalah pakej yang lebih menarik dan berbaloi untuk dimiliki bagi sebuah perniagaan yang mana ia disediakan dalam 3 kelajuan yang berbeza iaitu 1 Mbps(RM248), 2 Mbps (RM308), dan 4 Mbps (RM318) sebulan.  Pakej Office In A Box Plus ini mengandungi :
                                                                    i.            Percuma modem wireless ( WiFi ) dengan jaminan sepanjang langganan ( lifetime waranty )
                                                                  ii.            2 akaun BB Phone
                                                                iii.            Sewa telefon percuma
                                                                iv.            Percuma Analog Telephone Adapter (ATA) untuk Bbphone
                                                                  v.            Email adress
                                 vi.      2 Streamyx Zone ID

                                                                 vii.            10 GB e-storage
                                                                viii.            Percuma Infoblast ( 100 SMS)
                                                              ix.            Terhad kepada beberapa kawasan saja
                                                                x.            Caj Pemasangan akan dikenakan sebanyak RM 88 dan RM 75 Untuk Yuran Pengaktifan  [ Sekali Sahaja ].

4.5.4 Pakej Streamyx untuk pelajar
a)          Gradpack Rm100, Rm120, Rm130
 Keistimewaan pakej ini adalah :

                                                                                i.            Modem WiFi (Wireless)
                                                                              ii.            Percuma yuran pemasangan ( Jimat RM88)
                                                                            iii.            Percuma yuran pengaktifan ( jimat RM75)
                                                                            iv.            1 ID Streamyx Zone

   Terma & syarat :

                                                                 i.            Pakej ini adalah untuk pelajar kolej / universiti dan untuk permohonan baru sahaja.
                                                                   ii.            Kelajuan perkhidmatan yang diberikan berdasar kepada ‘kelajuan terbaik’.
                                                          iii.            Free Streamyx zone ID boleh digunakan sepanjang pelanggan melanggan pakej ini.
                                iv.       Terma dan syarat Streamyx / iTalkphone / homeprepaid   /TM homeline di ambil kira. 

b)   Streamyx Gradpack RM50
Percuma :
                                                                                i.            Wired Modem ( Modem Tanpa Wireless)
                                                                              ii.            Yuran Pemasangan  (Jimat RM88)
                                                                            iii.            Yuran Pengaktifan ( Jimat RM75)
                                      iv.      Streamyx Zone ID
Pakej ini dibuka khas untuk pelanggan :
                                                                                i.            Homeline
                                                                              ii.            iTalk Phone
                                                                            iii.            Home Prepaid

4.6      PERKHIDMATAN KAUNTER MESRA PELANGGAN
4.6.1    Kemudahan Yang Disediakan Untuk  Pelanggan Di TMpoint.

a)      Menyediakan ruang kaunter yang luas dan bilangan kaunter yang mencukupi
                                                                                i.            Rekabentuk dalaman yang mesra pelanggan, unik dan menarik. 
                                                                              ii.            Terdiri daripada 10 Kaunter iaitu :
·         1 Kaunter Pertanyaan
o.   4 Kaunter Bayaran
·         4 Kaunter Kegunaan Pelbagai( Termasuk kaunter Khas)
o.   1 Kaunter Jualan

b)  Menyediakan  kaunter khas ( kaunter 5 ) untuk memberi perkhidmatan kepada golongan kurang upaya.
c)      Membuka kaunter pada waktu rehat iaitu dibuka pada waktu rehat tengahari dari jam 1.00 hingga 2.00 petang.  Selain dari masa perkhidmatan biasa mulai jam :
·         8.30 Pagi – 5.30 Petang (Isnin – Khamis)
·         8.30 pagi – 12.15 tengahari (Jumaat)
·          2.00 petang hingga 5.30 petang (Jumaat)

Langkah ini adalah untuk memudahkan orang ramai yang bekerja berurusan pada waktu tersebut.

d)      Menyediakan kemudahan komunikasi pelanggan di kaunter
                                                                                i.            Maklumbalas pelanggan melalui :
·         Borang penilaian pelanggan
·         Borang cadangan
·         Borang aduan awam
·         Peti cadangan
                                                                              ii.            Bahan-bahan bacaan/rujukan seperti :
                                          o.   Risalah-risalah produk dan perkhidmatan TMpoint.
e)      Pembayaran secara elektronik iaitu kemudahan pembayaran bil secara kad kredit dan debit di kaunter.

4.6.2        FUNGSI SETIAP BAHAGIAN KAUNTER

a)      Kaunter Pertanyaan
                                                        i.           Menyediakan pelanggan dengan borang-borang, panduan- panduan dan risalah-risalah mengenai perkhidmatan TMpoint.
                                              ii.          Memudahkan orang ramai mendapatkan penjelasan tanpa perlu berbaris di kaunter perkhidmatan.
                                                    iii.          Menjimatkan masa menunggu pelanggan dan juga masa staf yang bertugas di kaunter.  Ini adalah kerana pelanggan boleh mendapatkan penerangan terlebih dahulu di Kaunter Pertanyaan sebelum pergi ke kaunter untuk mendapatkan perkhidmatan.
                                                    iv.            Mengurangkan jumlah pelanggan dalam barisan dengan mengasingkan pelanggan yang benar-benar bersedia untuk mendapatkan perkhidmatan dengan pelanggan yang kurang pasti di mana dan bagaimana mereka boleh mendapatkan perkhidmatan yang diperlukan.
b)      Kaunter Kegunaan Pelbagai
                        Kaunter ini turut dikenali sebagai kaunter MSOS yang berperanan dalam memproses  :

                                                                    i.            Permohonan Baru Pelanggan : TM Homeline, tmnet streamyx, Perkhidmatan Nilai Tambah (Panggilan menunggu, Pemindahan panggilan, IDD).
                                                                  ii.            Pengurusan Akaun: pertukaran alamat, pertukaran nombor perhubungan, pertukaran maklumat dan penyambungan semula talian pelanggan.
                                                                iii.            Mengendalikan Aduan pelanggan :  Aduan berkenaan bil, kerosakkan dan pemasangan lambat.

c)      Kaunter Pembayaran ( Hasil )
Kaunter pembayaran TMpoint turut dikenali sebagai kaunter NPCS yang berfungsi untuk memproses segala pembayaran bil yang dilakukan oleh pelanggan TMpoint.  Pembayaran lakukan di TMpoint termasuklah bayaran bil TM, TM Net, Astro dan Celcom.

d)      Kaunter Jualan ( CPE )

Menawarkan pelbagai produk dan peralatan kepada pelanggan seperti Telefon Berciri Khas (CLIP, SMS Phone, CDMA), Kad-kad panggilan prabayar (Kad Ring Ring, iTalk). 

 4.7      KOMEN DAN CADANGAN

Sebagaimana yang diketahui, TMpoint Sandakan menawarkan pelanggan dengan pelbagai produk dan perkhidmatan yang bertujuan untuk memudahkan dan memuaskan hati pelanggan mereka dengan layanan yang diberikan.  Namun begitu, TMpoint Sandakan masih kekurangan dalam pengguna mesin yang berteknologi tinggi.  Oleh itu,  TMpoint Sandakan seharusnya memiliki sebuah Mesin E-Kiosk.  Ini kerana penggunaan mesin ini sangatlah membantu dalam perkhidmatan TMpoint yang berorientasikan khidmat pelanggan.
Selain itu,  TMpoint Sandakan perlu menyediakan khidmat kemudahan bayaran lain contohnya pembayaran air dan elektrik bagi memudahkan urusan pelanggan .  Dengan ini, barulah Visi dan Misi TMpoint dikecapi.


 4.8      KESIMPULAN

     TSSSB sentiasa berusaha di dalam memastikan tahap perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada semua para pelanggan Kumpulan TM, dan pada masa yang sama menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan terkini yang berteraskan informasi, komunikasi dan teknologi.  Dalam usaha untuk mencapai matlamat yang diinginkan oleh kerajaan, TMpoint telah berazam untuk menyediakan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan menawarkan kompetetif produk – produk ICT dan perkhidmatan yang terbaik bagi tahun akan datang.

BAB 5 : OPERASI KUTIPAN HASIL
Banyak sangat detailnya...ahaha..ni korang cari sendiri laa..tak pun email nanti kalau nak info..:)
BAB 6 : SISTEM CASS
Yang ini banyak gambar pulak..Carilaa sendiri jugak..kikiki
BAB 7 DAN BAB 8 : KESIMPULAN, SARANAN DAN CADANGAN


















No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Ana.^^

My photo
Bumi Sabah Tercinta, Rahsia, Malaysia
I'm a simple person...Bercita-cita nak jadi TUDM malangnya aku rabun..wahaha..Nak jadi cikgu pula garang macam singa...Cian kang adik-adik...so jadila laa aku Penulis Bebas...Aku kan banyak masa akmaklumlah masih tanam anggur..haha..Aku nie pelik gak..Kadang2 tu suka hidup dalam alam fantasi..konon laa...pengaruh kartun sangat...hehehe.. "Plezz Call me Cik Putera Kodok"...

FOREVER IN HEART CIK PUTERA KODOK