carian

ELLY DAN AIZUL

Di suatu petang, Elly duduk menghadap skrin kaca televisyen.   Keadaan library ketika itu sangat lenggang memandangkan setengah jam lagi library bakal ditutup.  Sedang asyik menyaksikan rancangan yang disiarkan di kaca tv, kelibat seseorang turut melabuhkan dirinya di sofa berhadapan Elly.  Berdegup pantas jantung Elly sebaik sahaja melihat wajah Aizul dihadapannya.

“Alahai hati, ahasal ada irama dup dap nie? Cool Elly..cool! “

Pandangan difokuskan kekaca tv.  Untuk memulakan perbualan dengan Aizul, Elly tak tahu nak mula dari mana.  Kelihatan Aizul juga tak ada ura-ura untuk bercakap dengannya.  Masing-masing diam membisu, fokus kepada rancangan yang tengah bersiaran di kaca tv.  Selang beberapa minit kemudian, Elly teringat sesuatu. Ada yang perlu ditanyakan kepada Aizul.  Kepalanya dipusingkan menghadap Aizul.

“A..aIzul…” sedikit bergetar suara Elly saat memanggil nama Aizul.
“Ermm..ya, kenapa? Aizul turut memalingkan mukanya menghadap Elly.  Untuk pertama kalinya, mata mereka berdua saling bertaut dan menyedari hal itu, Elly segera menundukkan pandangan memandang ke lantai yang  beralas tikar itu.

“Duhai hati..tenanglah dikau…

“ Aizul sebenarnya kan..Aku nak gitau kau sesuatu..” nafas ditarik sedalamnya mencari kekuatan sebelum memulakan bicara yang begitu susah untuk Elly ucapkan. Belum sempat Elly untuk meneruskan butir-butir bicaranya, kedengaran pengumuman dibuat melalui corong speaker yang dipasang di dalam library itu. 

“Assalamualaikum dan selamat sejahtera, sebentar lagi Library bakal ditutup.  Diharapkan anda dapat mninggalkan library ini dalam keadaan kemas dan teratur. Harap maklum. Kerjasama anda amat dihargai. Sekian.

Selesai saja pengumuman dibuat, Aizul memandang Elly.  Menanti Elly untuk meneruskan kata-katanya yang terhenti sebentar tadi.

“ Ermm..tak jadi laa Aizul. Abaikan je la. Tak penting pun..he..he..he..Jomlah kemas Library.” Pantas Elly bangun meninggalkan Aizul sendiri terpingga-pingga di sofa itu.

“Iskk, kau ni Elly buat malu je. Nasib baik tak jadi.” Elly mengutuk dirinya sendiri......

Che Kahwin dengan Putera Raja..Hoorey!!!


Assalamualaikum dan hai semua….

Hari ni Che nak share satu stori mori kat korang pasal mimpi Che..Che ni  jarang mimpi tau tapi kalau udah mimpi tu macam da boleh buat satu cerpen da…Hiperbola sangat..wakaka..Korang tahu, Che pernah termimpi Kahwin dengan seseorang mamat ni…..Dia bukanlah Putera Raja…saja je bagi title cam tu…ehehe…Mamat ni memang bukanlah Putera Raja tetapi Putera Idaman gadis-gadis kat tempat pengajian Che…Majoriti kekawan Che kata dia nie ensem…Entahlaa..Che tengok biasa2 je..Hahaha…Tahu ajelah Definisi Che pasal kekacakan nie lain dari yang lain….Kalau daa ramai yang kata ensem, ensem laa tu kut..hahaha..

Ok dipendekkan cerita, Mimpi ni Che alami waktu semester satu di Politeknik...Beberapa minggu selepas minggu Orientasi ..huhu..Apa yang peliknya disini, kenapa Che boleh mimpi kahwin dengan c A.K walhal Che langsung tak pernah fikir pasal dia…Yang Che tahu Che kenal dia ni pun sebab dia penghulu kitaorang waktu minggu suai kenal( MSK )…namanya selalu menjadi topik perbualan sepanjang minggu suai kenal tu..Habis je MSK, Che langsung tak ambil port sal dia ni..ngat dia lagilah langsung takde!!…Tup-tup boleh pula Che termimpi kahwin dengan dia..apa kes??? siap mimpi tunang  hingga kahwin yang ada pelamin lagi tu, kau ada..takde kan..???ahaha…

Kini setelah beberapa tahun berlalu, baru Che tahu makna tersirat dari mimpi Che tu..Ahaks..Bila diingatkan kembali lucu pula….dengan izin Allah, kami berdua ditakdirkan menjadi sahabat walaupun berlainan cos..huhu..sepanjang mengenali dia, Che dapati dia ni seorang lelaki yang baik, peramah..hormat orang lain dan sesuai sangat dijadikan calon suami untuk girl2 diluar sana tapi bukan untuk Che laa…Che langsung takde feeling kat dia..swear!!! haha..Dan dengan izin  Allah gak, Che dipilih oleh seorang hamba Allah ni untuk menjadi orang tengah antara dia dan si A.K…ahahaha…SubhanaAllah, rupa-rupanya ni maksud mimpi kahwin Che tu…hehehe…Che hanya mampu berdoa untuk kebahagiaan mereka brdua…aamiin…

Note: pasal mimpi ni hanya Miss Haha je yang tahu…Itu pun kalau dia ingat laa…hehehe..Bagi Che Mimpi hanya mainan tidur..andai mimpi itu betul betul terjadi itu semua adalah Kekuasaan Allah…MashaAllah…


Ciri-ciri Lelaki yang perempuan suka

Hari ini Che nak kongsi kat korang ciri-ciri lelaki yang perempuan suka. Noted : Ini Cuma pandangan peribadi Che jak, klu korang setuju tak setuju, ups to you all laa.wuawua..

Some of cool Guys

Ciri 1 : Lelaki yang berpenampilan Kemas
Urmm..selalu budak lelaki kata orang perempuan ni suka lelaki hensem-hensem ja..Well, itu sejujurnya tak dinafikan..ehehe. Tapi istilah kekacakan dalam pandangan girl tu bukan setakat melihat kepada paras rupa je ok tapi mengambil kira pelbagai aspek..Kalau harap je muka ensem tapi perangai lelaki tu tak semena-mena,berpenampilan selekeh, pandang sekali oklah, pandang dua kali ahaha lain sudah ceritanya tu..Perempuan ni suka lelaki yang menjaga penampilan diri, kemas…maskulin gitu larh..Tapi kalau terlebih maskulinnya, berhias mengalahkan perempuan..itu Ter-over sudah tu…kadang-kadang naik menyampah perempuan dibuatnya..hahaha

Ciri 2 : Lelaki yang cool dan sentiasa kelihatan tenang
Ah..nie mostly girl suka. Mana ada girl suka lelaki yang panas baran. Ada meh?? Kalau ada, pasti something wrong laa tu..Percayalah antara lelaki yang memiliki rupa paras yang ensem but agak hot temper and kepoh gitu vs Lelaki yang tak berapa kacak tapi tingkahlakunya dalam melakukan sesuatu sentiasa tenang dan cool,ofcos laa the 2nd one menjadi pilihan bagi si gadis…hohoho

Ciri 3 : Lelaki yang protective and caring
Ah, ni pun ciri lalaki wanita suka..Mostly girl suka kat lelaki yang bilamana dia bersama lelaki tu, dia rasa selamat, dilindungi dan disayangi..Perempuan tak suka kat lelaki yang mengada-gada..Contohnya manja mengalahkan perempuan..Patutnya sifat manja ni khas tuk perempuan, dia pula yang terlebih..Tak cool ok. Perempuan gak suka kat lelaki yang hormat orang tua,  sayang kat budak-budak..Boleh cair hati dibuatnya..hehe..Dan perempuan paling Anti kat lelaki yang terlebih over protecting dan cemburunya…mula-mula bolehlah terima lama-lama naik rimas dibuatnya!!!

Ciri 4 : Lelaki yang TAK MEROKOK
Trust me, majoriti perempuan tak suka kat lelaki yang merokok..Kalau lelaki yang merokok ni kata dorang macho dengan merokok, bagi perempuan lelaki yang tak merokok tu la superb Macho..
Jadi ahasal perempuan diluar sana tu banyak brcinta dengan lelaki yang merokok??? Well, itu sebab waktu lelaki tu pikat permpuan tu, dia tak merokok depan2 perempuan..Cuba peremuan tu tahu awal2 kompom tidak dipandang punyaa..Kalau dah terlanjur suka tu, percayala pasti perempuan tu akan menasihati lelaki yang disukainya tu untuk berhenti daripada merokok berulang2 kali..ahaha…Pelik Che. kenapala korang boleh tahan dengan bau rokok, punyala busuk!!!

Ciri 5 : Lelaki yang beriman dan baik hati
Ok..yang ni sudah tentu..tak kira la lelaki atau perempuan tentu suka kat orang –orang yang baik ja kan??? Takkan la nak suka kat orang yang jahat macam pembunuh, perompak gitu..isk apa kan peliknya kalau ada..wahaaha..Kalau lelaki yang kelihatan jahat, bengis gitu walhal sebenarnya dia baik, dalam hati ada taman gitu, ah..ciri gini perempuan suka..Dalam pandangan perempuan, lelaki yang camni adalah lelaki yang setia, yang bilamana dia sayang sorang perempuan dia akan sayang betul2…wuawua

Ciri 6 : Merangkumi lelaki yang ;
  •         i.     Hardworkng dan mesra kat orang
  •       ii.      Berkaliber & Berkepimpinan
  •     iii.       Aktif dalam sukan and aktiviti luar

Bercakap sal hal nie, dari Che sekolah rendah hinggalaa masuk IPT, Che perhatikan lelaki yang aktif bersukan dan banyak terlibat dalam aktiviti berpersatuan pasti ramai perempuan yang suka eventhough muka dorang tak la kacak mana..ahasal ek??wahaha
  •     iv.      Ego, sedikit jual mahal dan Tegas!

Ups..Jangan heran..ada juga sesetengah perempuan suka lelaki camni..Contoh yang jelas Che laa..miahaha…


Hehehe, Oklah…ni je ciri-ciri yang mampu Che beri…Sebenarnya banyak lagi ciri-ciri lain tapi itu korang analisis laa sendiri…miahahaha..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Ana.^^

My photo
Bumi Sabah Tercinta, Rahsia, Malaysia
I'm a simple person...Bercita-cita nak jadi TUDM malangnya aku rabun..wahaha..Nak jadi cikgu pula garang macam singa...Cian kang adik-adik...so jadila laa aku Penulis Bebas...Aku kan banyak masa akmaklumlah masih tanam anggur..haha..Aku nie pelik gak..Kadang2 tu suka hidup dalam alam fantasi..konon laa...pengaruh kartun sangat...hehehe.. "Plezz Call me Cik Putera Kodok"...

FOREVER IN HEART CIK PUTERA KODOK