carian

Ikrar Si Pencinta....

Sedikit menyesal..yup! itu yang aku rasakan sejak akhir2 ini..Seharusnya aku diamkan sahaja perasaan ku terhadap Mr Angin tempoh hari daripada aku pergi berterus terang..Lemahnya aku kerana mengikut hawa nafsu..Betullah kata mereka " andai kita meluahkan rasa cinta sebelum saat yang tepat ( Perkahwinan ) semakin lama perasaan itu akan hilang serinya..Sejak daripada kejadian hari itu, aku rasa perasaan aku kat Mr Angin dah macam Chipsmore..jap ada jap tiada..Betul2 berbeza rasanya saat sebelum dan selepas sesi luahan hati..Ada baiknya jika aku pendamkan sahaja perasaan itu, Serahkan segala-galanya kepada Dia..Biar DIA yang tentukan...Namun saat itu aku lupa kepada Pemilik Hakiki Hati ini..Ya Allah ampuni hambamu..

Saat ini, aku berikrar kepada diri, jika aku ditakdirkan jatuh cinta lagi, akan ku simpan erat perasaan itu dilubuk hatiku yang paling dalam...Biarlah hanya DIA yang Maha Mengetahui mengetahuinya..Akan ku adukan segala-galanya kepada Sang Pemilik hati agar DIA berkenaan menyatukan hatiku dengan insan tersebut..Menyatukan aku dan dirinya melalui ikatan perkahwinan dan bersama-sama mencari mardatillah..dan beriringan ke jannatul firdausi...aamiin....

Untuk itu, peringatan kepada sang diri: "Untuk mendapat yang terbaik kena perbaiki diri terlebih dulu...Ikhlaskan hati, niat lillahi taala..Cintailah Allah dan cinta manusia akan datang kepadamu.."

Bicara tentang Kahwin???

Perihal soal kawin kerap ku dengari semenjak dua menjak ni..Naik geram dibuatnya pun ada gak...Adakah umur 25 tahun tu da tua sangat?? tak juga kan..ahaha...ermm...Che nie bukannya tak nak kawin..nak laa oii cumanya, buat masa ni Che lum bersedia...Nak kawin apanya, calon pun tiada dan Che tiada hati pon nak cari sesiapa buat masa ni..Im happy to be single..Boleh gitu?? hehe..
Nak kawin ni so many things oo kena fikir..Paling penting calonnya tu siapa!..kawin ni bukannya setakat nak hidup bersama sebulan dua tapi untuk sepanjang ayat dan InshaAllah hingga ke syurga..so need to choose carefully right??? "Biarlah tak kaya harta, asal kaya imannya, biarlah tak tinggi mana asal tinggi agamanya, biarlah tak indah rupanya asal indah akhlaknya"..

Yup..sebelum ni Che rasa Che dah jumpa calon yang sesuai tapi apa kan daya..he rejected me..ahaha..Katanya belum bersedia..Teringat pula pertanyaan dia sebelum nie.."Why do you like me???"
ahaha...waktu tu Che sendiri pun tak pasti sebabnya..Then right after that, Che dapat jawapan..Untuk jatuh hati kat seseorang tak perlukan sebab apapun..dan kita sendiri pun tak sedar bila saatnya hati kita telah dicuri oleh seseorang..for me, Love is mystery..ahaha..

Che sedar, buat masa ni apa yang penting bagi Che adalah keluarga Che..Lebih baik kita menghargai mereka yang sentiasa ada di sisi daripada kita sibuk mencari seseorang yang belum tentu hadirnya..
Jodoh itu rahsia Ilahi..bila saatnya tiba dan ketika itu kita betul2 dah ready, InshaAllah, Allah akan mempertemukan kita dengan seseorang dengan cara yang kita sendiri tak menduganya..The most important things..Always put our trust in Allah..Pray and dua'!!!


Untuk mu yang bernama Mr Angin, 
im promise to myself, i'll not waiting for you.. 
i have let go the feeling away..
Like you said" andai ada jodoh, InshaAllah bersama juga kita tu kan..ahaha
Apapun you're still my friend now and forever..hehehe


Ya Allah..jagalah hati dan imanku..Kuatkanlah kami Ya Allah...












"My Story around Dis Past 2 Months"


Assalamualaikum blog yang dirindui...ciannya dah 2 bulan Che tak update blog nie..hehehe..sepanjang 2 bulan ni Che busy ssgat dan banyak benda yang dah berlaku....First, Alhamdulillah, Che dah dapat kerja...Walaupun kerja ni tsasar sikit dari bidang pgajian Che d Poli dulu, Che bsyukur sesangat...Che rasa memang kerja ni laa yang Che minat dan sesuai dengan Che..." Cikgu Taska " huhuhu...walaupun gaji tak seberapa, bagi Che itu adalah soal kedua. Dan buat pertama kalinya juga Che terpaksa berpisah jauh daripada keluarga...Ya Allah, betapa rindunya Che dengan family time ni...sob..sob..

Second, baru-baru ni gak Che dah meluahkan isi hati kat Mr Angiin..Che dah tekad tempoh hari nak simpan je perasaan ni hingga saat yang sesuai..tapi entah dari mana datangnya kekuatan, Che dengan beraninya pergi meluah perasaan kat Mr Angiin..hahaha...Well, sbenarnya Che da agak apa yang Mr Angiin akan katakan tapi satu je ayat dia ni yang buat Che sentap sikit " dis is Something I never Expected " Ya Allah, rupanya selama ni Che hanya perasaan sendiri walhal dia langsung tak detect yang Che suka dia walaupun 0.0000001%..Arghh...memang Che tak paham dia...sungguh2 tak faham!!! wakakaka...Ironinya, walaupun Che da kena tolak bulat-bulat tapi ahasal ek Che tak rasa sedih..sentap tu adalah...swear tak tipu! mungkin betullah apa yang dia kata kut Che ni cuma nak uji dia..entahlaa labu..hehehe..What is my action next?? hurmm..apa lagi move forward laa...takkan nak jadi orang yang terhegeh2 pula..ahaha...syukurlaa Che meluah skrang..Bayangkanlah kalau 5 tahun akan datang baru Che dapat jawapan ni, tak ke merana jiwa..kehkehkeh...Che hanya mampu berdoa agar perasaan ni terhapus seiring waktu dan someone who really are my destiny will come after me..aamiin.Hurmm...maybe my jiran kat sini kut..upss! " Jodohku, jiran hadapan rumahku" hahaha ( kerek tol gugurl jiwang ni bha..hehehe )

Third, spanjang da kerja ni Che rasa penat ssangat...fizikal dan emosi..Sungguh, nak jaga budak2 ni bukanlah kerja yang senang..pelbagai ragam dan p'eelnya...merekalah racun dan merekalah juga penawarnya.ditambah pula, sabtu dan ahad Che kena menghadiri kursus asuhan kanak-kanak selama 3 bulan..sungguh meletihkan..walaupun penat, Che rasa gembira..sekurang-kurangnya kehidupan Che da terisi..dan bersyukur ssgt Che dikurniakan majikan dan rakan skerja yang baik dan memahami..apapun, Che berdoa semoga kehidupan Che dan family diberkati didunia dan akhirat...aamiin


Doakan Che ek..tatatititutu..jumpa lagi..byebye..wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Ana.^^

My photo
Bumi Sabah Tercinta, Rahsia, Malaysia
I'm a simple person...Bercita-cita nak jadi TUDM malangnya aku rabun..wahaha..Nak jadi cikgu pula garang macam singa...Cian kang adik-adik...so jadila laa aku Penulis Bebas...Aku kan banyak masa akmaklumlah masih tanam anggur..haha..Aku nie pelik gak..Kadang2 tu suka hidup dalam alam fantasi..konon laa...pengaruh kartun sangat...hehehe.. "Plezz Call me Cik Putera Kodok"...

FOREVER IN HEART CIK PUTERA KODOK