carian

Good Bye Mr Angin...

He is getting marry soon !

Terima perkhabaran ini tiga hari lepas...Mulanya aku macam tak percaya, macam bermimpi pun ia juga..
Meleset dari jangkaan ku selama ini...Tak sangka secepat ini aku akan terima invitation dari dia..
Betullah, aku memang tak memahami dia dan betullah, kita merancang..Allah merancang dan Dialah sebaik-baik perancang.

Perasaan aku ? Kalau aku cakap aku tak sedih, itu memang tipulah..
Something is pain inside...Yeah, hati aku terluka 💔
Ironinya, Aku ingat bila aku dapat berita ini aku akan menangis bagai nak rak, moody memanjang macam situasi yang kebiasaanya orang patah hati lakukan tapi itu tak berlaku...Mencintai tak bermakna perlu memiliki..

Bulan ramadhan mulia ini, aku dapat jawapan dari doa yang selalu kupanjantkan selama ini.." Andainya dia diciptakan untukku, dekatkanlah hatiku dengan hatinya dan jika dia bukan untukku redhakanlah aku dengan ketentuanMU "..
dan ternyata dia milik orang lain dan aku bersyukur Allah swt menguatkan aku untuk redha menerima semua ini...Terasa hatiku lapang sekarang, lapang dari masalah hati dan perasaan.. 😊😊

Untuk Dia si Mr Angin,
Aku memang dah agak kau dan dia ada  something..Cuma mungkin saja kau yang lambat menyedarinya...Walau aku tahu,  tetap juga nak mencuba nasib kan.. Dan ternyata, instink ku tu betul..haha
Saat dan detik ini, percayalah perasanku selama ini dah totally gone...dan lambat laun aku akan lupa juga semua ini...Dan percayalah, aku tiada sedikit pun perasaan benci atau menyimpan dendam dengan kau..Yeah, aku redha dengan semua ni..
Aku harap kau pun sama dan kalau ada perkataanku atau silap salah ku selama ini yang tak elok haraplah dimaafkan...
Last words untuk kau, Semoga Allah swt memberkatimu dan pasangan mu dunia dan akhirat..aamiin..

Im miss that Old Friend !!

Banyak orang panggil Che ni " Mak cik". Mungkin sebab perangai Che ni kali memang macam macik2..Tapi ada aku kesah?? Ku akui, ada kebenarannya disitu.. Ahaha.

Bila dengar panggilan mak cik ni,  teringat pulak Che dengan Dia...
Kawan, yang sangat menyebalkan tapi dialah juga diantara kawan yang aku ingat sampai sekarang...haha

Dan dialah juga orang first yang panggil aku dengan panggilan " mak cik "
Dulu rasa annoying gila bila dia panggil macam tu but now rindu pulak nak dengar sebutan tu keluar dari mulut dia...
Ah, sudah..tak pasal2 kan...lol

Ermm..Apa agaknya khabar dia sekarang ya?? Last aku berhubung dengan dia pon, empat tahun lepas..Itu pun sebab aku sendiri jua yang cakap, jangan kacau aku dan menyibuk di fb aku !
( niat sekadar nak bergurau saja bha tu, tidak sangka dia betul2 maksudkan apa yang dia tulis..ahaha )

Ingat lagi kata-kata terakhir dia di FB, "ok, lepas ini aku takkan ganggu kau lagi makcik! Ingatkan dia main2 rupa2nya betul pulak..
Ermm.. agak sedih jugak la lepas tu, sebab apa?? Sebab aku kehilangan kawan untuk bergaduh di fb..ahaha

Walaupun aku selalu cakap aku benci dia zaman sekolah dulu, tapi pada masa yang sama, dalam lubuk hati, sebenarnya aku hargai dia sebagai seorang kawan yang sentiasa ada untuk aku...secara tak sedar, aku banyak berkongsi cerita dengan dia, someone yang alert dengan perkataan yang keluar dari mulutku dan juga pendengar setiaku ketika zaman sekolah dulu...

Sekarang baru aku nampak semua ini..walhal satu ketika dulu, aku siap gelar dia musuh ketatku lagi ! Lalu jak dia depan mata, mesti automatik rasa menyampah tu muncul..lucu pulak bila imbas balik..haha

Mana agaknya dia sekarang?? dapat jak kerja, terus bha tu di cut down aktivitinya di media sosial..
manakah dia menghilang??
Masih kerja ditempat yang sama ke?? Sambung studi?? Or Dah kawen tapi tak menjemput ??? Or adakah dia tengah menuntut ilmu sebagai saudara baru?? Kalau betullah, alhamdulillah..Aku harap sangat dia dapat hidayah untuk tertarik dengan islam...aamiin

And Honestly, im trully miss that friend...that Budak cina mata sepet..😊😊😊

Susahnya nak faham perasaan sendiri

Bolehkah aku nak buka ruang untuk mengenali orang lain??
Kawanku kata, kalau tidak cuba mana nak tahu kan...hahaha
Perlu kah aku?? Dorang kata lagi, usiaku selayaknya dah berpunya sekarang ini..Kenapa masih tiada buah hati ???
Pertanyaan dorang adakalanya lucu dipendengaranku dan adakalanya aku juga tertanya-tanya..kenapa ya? Tercari-cari sebab yang aku sendiri tidak tahu..lol

Adakah sebab aku masih mengharap pada dia?? Mungkin ya mungkin tidak..
Ada saatnya aku teringat dia dan ada saatnya aku harap aku dapat lupakan dia teruss..

Dan seperti saat ini, aku tengah ingat dia..Dan terfikir, pernahkan dia teringat aku sejak aku tidak kacau hidup dia dan pernahkah dia berfikir tentang apa yang aku perkatakan sebelum ini???
Dan mungkin sahaja aku yang berharap sendiri..Sedikit pengharapan itulah yang selalu membuat diri kecewa...haha

Bila termakan hasutan dek kata2 kawan sekeliling, adakalanya mahu juga buka ruang untuk mengenali orang lain, tapi disaat aku baru hendak menanam tekad, disaat itu juga bisikkan ini hadir mematikan tekadku " Daripada kau kenal orang lain, baik kau berusaha dapatkan dia " and once again, dia juga yang aku ingat...
This is me. Someone yang susah mahu melupakan dan susah mahu jatuh hati..haha

Perlukah aku buka peluang untuk mengenali orang lain? Or perlukah aku berusaha sekali lagi untuk dapatkan dia?
Bolehkah aku tanyakan soalan ini kepada dirinya? Dan adakah aku akan dapat satu jawapan pasti yang mampu mematikan semua pertanyaanku??? Susahnya nak faham dengan perasaan sendiri...haha

Melihat keadaan dia sekarang membuat aku rasa gembira untuk dia dan membuat aku rasa sesuatu, yang he deserve with somebody else...
Untuk pertanyaanku perlukah aku buka ruang untuk orang lain?? jawapannya, Sejujurnya aku malas mahu mulakan perkenalan baru!

And once again, dis is me...hard to forget and hard in accepting...hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Ana.^^

My photo
Bumi Sabah Tercinta, Rahsia, Malaysia
I'm a simple person...Bercita-cita nak jadi TUDM malangnya aku rabun..wahaha..Nak jadi cikgu pula garang macam singa...Cian kang adik-adik...so jadila laa aku Penulis Bebas...Aku kan banyak masa akmaklumlah masih tanam anggur..haha..Aku nie pelik gak..Kadang2 tu suka hidup dalam alam fantasi..konon laa...pengaruh kartun sangat...hehehe.. "Plezz Call me Cik Putera Kodok"...

FOREVER IN HEART CIK PUTERA KODOK