Dulu Che LI di Telekom Sales & Services Sdn Bhd ( TMpoint )..Hahaha..punyalah payah nak wat report..Kali ni Che nak share laporan Che..Daripada Che wat pekasam je kat dalam lappy kan???huhu..Walaupun taklah mantap mana, harap dapat tolong korang sedikit sebanyak laa...
Pelajar diberi pendedahan mengenai situasi sebenar dalam alam pekerjaan yang berkaitan dengan kerja-kerja yang berkaitan dengan bidang yang diceburi. Dengan pengalaman yang telah diberikan, pelajar dapat mempelajari lebih dekat lagi secara praktikal dan efektif selaras dengan pengetahuan mereka di sepanjang pembelajaran mereka di tempat pengajian. Hasil daripada latihan industri ini, Politeknik Kota Kinabalu ( PKK ) kelak dapat melahirkan para graduan yang berkualiti bagi melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi atau terus melangkah ke alam pekerjaan seiring dengan matlamat kerajaan untuk menghasilkan anak didik yang lebih bermutu dan berkualiti di samping melahirkan tenaga kerja separuh mahir yang amat diperlukan oleh kakitangan pekerjaan di sektor awam mahupun swasta.
1.1.2 Objektif Latihan Industri
Latihan Industri ini adalah bertujuan bagi membolehkan para pelajar mempraktikkan apa telah dipelajarinya secara teori mahupun praktikal sepanjang berada di Politeknik dan mengaplikasikan secara praktikal semasa menjalani Latihan Industri. Objektif Latihan Industri ini adalah bertujuan :
a) Membiasakan diri pelajar kepada suasana alam pekerjaan yang sebenar.
b) Menambahkan pengalaman dan pengetahuan para pelajar semasa menjalani Latihan Industri.
c) Membina sifat-sifat berketerampilan di samping bertanggungjawab dan membentuk keyakinan diri.
d) Sebagai persediaan awal bagi menghadapi alam pekerjaan sebenar yang lebih mencabar kelak.
e) Menambahkan ilmu pengetahuan yang tidak mungkin para pelajar akan memperolehinya sepanjang berada di Politeknik.
f) Menyediakan laporan latihan industri atau sebarang tugasan yang diarahkan oleh Politeknik atau majikan.
1.1.3 Objektif Laporan Latihan Industri
a) Mendokumentasikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pelatih sepanjang tempoh latihan berjalan.
b) Untuk dijadikan sebagai rujukan kepada pelatih itu sendiri dan pelajar-pelajar yang lain.
c) Melatih pelatih supaya mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan semasa membuat laporan.
d) Merupakan salah satu syarat wajib yang dikenakan kepada pelatih yang telah menjalani latihan industri.
1.1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar
a) Mendedahkan pelatih kepada dunia pekerjaan.
b) Memberikan peluang untuk menguji dan secara tidak langsung akan mempertingkatkan lagi mutu kemahiran mereka.
c) Pelatih juga akan dapat menggunakan ilmu yang telah dipelajarinya secara teori di dalam kelas dengan pekerjaan yang dilakukan semasa latihan industri.
d) Latihan industri juga akan mengukuhkan lagi minat pelatih terhadap dunia pekerjaan yang diceburinya kerana mereka telah memperolehi pengalaman dan tunjuk ajar sepanjang tempoh latihan tersebut berjalan, antaranya adalah kebolehan berkomunikasi dengan dunia luar dan ini merupakan satu kelebihan yang amat berguna kepada pelajar itu sendiri pada masa hadapan.
e) Selain itu, pelatih akan dapat membuat penilaian tentang pekerjaan mereka pada masa kelak kerana pada masa itu, mereka dianggap akan lebih matang dalam mencari peluang pekerjaan setelah tamat pengajiaan nanti.
1.1.5 Cara Laporan Disusun
Cara yang mudah untuk saya menyusun laporan ini agar nampak lebih kemas supaya dapat mencapai objektif yang sebenar adalah seperti berikut :
DISEMBER
Mempelajari serta memahami beberapa perkara yang berkaitan dengan segala hal-hal syarikat.
JANUARI
Mula mencari maklumat-maklumat yang di perlukan untuk memuatkan ke dalam Buku Laporan Industri seperti latar belakang syarikat, keluaran syarikat, pelanggan dan sebagainya.
FEBRUARI
Mencari maklumat yang perlu di tambah untuk dimasukkan ke dalam Buku Laporan Industri iaitu tentang syarikat dan mula merangka isi-isi yang perlu di taip untuk laporan ini.
MAC
Menaip sedikit sebanyak maklumat yang diperolehi dan di samping itu juga mencari maklumat tambahan yang diperlukan untuk dimuatkan di dalam laporan ini.
APRIL
Meneruskan menaip segala maklumat-maklumat yang diperolehi agar mudah untuk disusun dan dijadikan buku laporan yang lengkap. Kemudian, menyiapkan isi laporan kandungan serta lampiran yang perlu dimuatkan.
MEI
Seterusnya me nyusun segala maklumat yang telah siap ditaip agar menjadi sebuah buku laporan sebelum ia dijilid.
1.1.6 Jadual Latihan Industri
Semasa saya menjalani Latihan Industri di syarikat ini mereka tidak menyediakan jadual Latihan Industri yang tetap bagi setiap pelatih. Oleh itu, ini terpulang kepada daya usaha oleh seseorang pelatih itu untuk melakukan kerja-kerja yang telah disediakan dan kerja-kerja sampingan yang diberikan oleh kakitangan mereka. Pada kebiasaannya, kerja-kerja yang diberikan oleh penyelia turut diberi juga oleh kakitangan yang lain kerana mereka memerlukan bantuan para pelajar. Antara kerja-kerja yang biasa saya lakukan ialah melayan pelanggan, merekod aduan pelanggan, memfotostat borang permohonan, menjual telefon dan mendaftarkan nombor telefon pelanggan.
1.2 LATAR BELAKANG SYARIKAT
1.2.1 Latar belakang Telekom Malaysia Berhad
Telekom Malaysia Berhad (TM), sebuah syarikat maklumat dan komunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh dalam bentuk jalur lebar, data dan talian tetap. Sebagai peneraju pasaran dalam perniagaan jalur lebar dan talian tetap, TM sentiasa bergerak ke arah memberikan nilai terbaik untuk pemegang kepentingannya dalam persekitaran yang kompetitif.
Kumpulan juga sentiasa memberi tumpuan kepada usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggannya. Dengan rangkaian globalnya yang meluas, TM mampu untuk meletakkan Malaysia sebagai hab Internet serantau dan gerbang digital bagi Asia Tenggara. Sejajar dengan itu, TM kini sedang bergerak maju ke arah menjadi pembekal perkhidmatan Rangkaian Generasi Akan Datang dan membolehkan Kumpulan meningkatkan kecekapan dan produktiviti sambil menawarkan produk dan perkhidmatan yang diperkaya. Dari segi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Kumpulan sering menjadi penyumbang korporat utama ke arah aktiviti-aktiviti bermanfaat dengan berpen dirian bahawa amalan sedemikian merupakan rukun asas kepada urus tadbir korporat yang baik. Kumpulan menyokong 3 platform utama iaitu pendidikan, pembangunan sukan dan pembinaan masyarakat/negara.
1.2.2 Latar Belakng Telekom Sales & Services Sdn.Bhd (TSSSB)
Telekom Sales & Services Sdn.Bhd. (TSSSB) adalah organisasi perkhidmatan pelanggan yang memberi fokus kepada satu tempat penyelesaian masalah perkhidmatan dan produk Telekom. Dengan mempunyai 93 cawangan TMpoint, TSSSB bertindak sebagai saluran utama untuk memasarkan produk Telekom kepada pelanggan-pelanggan biasa atau syarikat di dalam dan luar Malaysia. Untuk mengimbangkan fungsi perkhidmatan pelanggan itu sendiri, TSSSB juga membekalkan produk Teknologi Komunikasi dan menyediakan kaunter jualan kepada pelanggannya sendiri melalui cawangan-cawangan Tmpoint, Bahagian Jualan Korporat dan Agen-agen Jualan di Malaysia.
TSSSB juga bekerjasama dengan Bahagian Pemasaran Produk, TM Multimedia, pembekal luar, kontraktor, kilang dan rakan kongsi dalam membekalkan produk dan perkhidmatan tertentu seperti Kad Telefon Pra-bayar, TM Rented Payphone, Perkhidmatan Tmnet, Promosi ISDN kepada pelanggan sama ada pelanggan secara individu atau perniagaan. Untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan, 25 cawangan TMpoint telah mendapat pengiktirafan daripada ISO pada OGOS 2001. Untuk menonjolkan TMpoint yang premium dan berkualiti, 75 cawangan TMpoint lagi akan mengikuti pengiktirafan ISO.
1.2.3 Latar Belakang TMpoint
TMpoint yang dahulunya dikenali sebagai Kedai Telekom Malaysia merupakan pusat khidmat pelanggan TM yang dikendali dan diuruskan oleh Telekom Sales & Services Sdn. Bhd (TSSSB), anak syarikat milik penuh TM. Pada april 2005, ditukarkan nama kepada TMpoint bagi menampilkan imej baru dan orientasi terhadap khidmat pelanggan, perubahan ini juga merangkumi perubahan kepada proses dan sistem serta peningkatan kemahiran kakitangan TMpoint. Ini adalah bagi memastikan mereka memberikan khidmat pelanggan dengan efektif dan cekap kepada semua pelanggan TM. Setakat ini, terdapat 104 premis di seluruh Negara.
Kini TMpoint merupakan sebuah organisasi khidmat pelanggan yang menyediakan pusat penyelesaian setempat untuk mengenali produk dan perkhidmatan kumpulan TM. Dengan visi “ untuk menjadi Pusat Hentian Setempat untuk produk dan perkhidmatan kumpulan TM” dan sebagai sebuah anak syarikat milik penuh TM. Kini TMpoint berusaha memberikan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan kumpulan TM dan menawarkan produk dan perkhidmatan ICT.
Pada masa kini, TMpoint sudah mempunyai 100 kedai di seluruh Malaysia termasuk Semenajung Malaysia. Dengan adanya 100 kedai di seluruh Malaysia TM menyediakan khidmat saluran – saluran seperti membayar bil, membuat pemohonan talian tetap, produk multimedia dan lain – lain yang berkaitan dengan telekomunikasi. Untuk memastikan perniagaan mencapai matlamat yang di inginkan oleh TM, TMpoint ada caranya dengan memperluaskan lagi produk telekomunikasi mereka serta produk – produk yang berkaitan dengan IT dan memberikan aksesori kepada pelanggan yang memohon. TM juga menjaga hubungan rapat dengan vendor, pembekal, persaingan dan menyediakan produk yang berkualiti tinggi kepada pelanggan. Dalam usaha untuk mencapai matlamat yang diinginkan oleh kerajaan, TMpoint telah berazam untuk menyediakan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan menawarkan kompetetif produk – produk ICT dan perkhidmatan yang terbaik bagi tahun akan datang.
1.2.4 Penubuhan TMpoint Tempat Korang Li : CARILAH SENDIRI
Rajah 1.2.4 : Bangunan TMpoint kORANG LI
1.2.5 Logo TMpoint
Rajah 1.2.5 : Logo TMpoint
Logo ini melambangkan identiti Kumpulan yang terdiri daripada tiga warna yang bersemangat dan jelas iaitu Oren, Biru dan Merah.
a) Warna Oren
Melambangkan semangat ceria anak syarikat multimedia TSSSB, TMNet.
b) Warna Merah
Menggambarkan kebebasan, iaitu identiti Celcom, Syarikat Selular TM.
c) Huruf "TM" dan Warna Biru
Menggambarkan imej baru TM sebagai sebuah organisasi yang tegas, berani, bersemangat dan bertenaga.
Pengubahsuaian ini bukan sahaja menggambarkan perubahan luaran sahaja kepada nama dan logo tetapi perubahan kali ini juga menekankan pendekatan dasar ke arah menyemai budaya berorientasikan khidmat pelanggan di kalangan anggota TM.