carian

Bisikan Hati Kecilku...

Huh..Lega ! Nasib baik dapat kawal diri.  Entah sejak dua menjak ni, bisikan –bisikan menyuruh Che tuk berterus terang je kat Mr Angin kuat sangat.  Kenapa ye? Jangan-jangan dia nak kahwin nie?? Haha..tak mungkin laa..Siang tadi, hampir-hampir je Che nak meluah kat dia.  Dah siap da ayat jiwang berjela-jela.  Mujurlah disaat nak menekan butang ‘send’ akal waras Che kembali.Ahaha, pantas ayat tu Che delete dan alihkan fon jauh dari sisi..Takut fikiran berubah pula..wakaka..Betul laa, akal kaum pompuan ni senipis sehelai rambut. Suka sangat bertindak ikut emosi tanpa berfikir panjang…

Dan beberapa minit kemudian, muncul satu suara kecik berbisik kepada Che..”Che P.K ahasal kau perlu berterus kat mamat tu pula? Kan baik kau suka dia diam-diam je..Andai kata laa, kau berterus terang then dia bagitau dia hanya anggap kau sebagai kawan biasa je  dan dah pun ada pilihan hati, so apa yang akan terjadi seterusnya??? Keadaan sebelum dan selepas pasti takkan sama..Pertama; kau akan rasa kekok plus kecewa. Kedua; tiada dah rasa excited nak skoding Fb, insta, blog dia kan? Ketiga; automatik bila kau kena rejek, perasaan indah menyayangi, merindui seseorang  akan hilang kan? Malah mungkin akan bertukar menjadi benci..sama ada kau benci dia atau dia benci kau..Kau nak? Taknak kan??? Sekurang-kurangnya sekarang even dia tak tahu kau suka dia, atleast bila kau teringat dia kau akan rasa bahagia..Sepanjang satu hari tu kau akan rasa heppi sesangat kan???

Dan misal kata la Mr Angin tu terima kau, apa pula yang akan terjadi seterusnya??? Kalau dia bersedia nak memperisterikan kau, ok juga..Tapi melihat keadaan dia sekarang tak kut..Banyak lagi impian yang ingin dikejarnya..Tak pun, korang berjanji tuk saling tunggu menunggu sehingga korang ready. The problem is, yakinkah dirimu takkan terjerumus dalam Couple Haram??? Tak kan? Sedang belum ada declaration kau selalu nak hubungi dia..sms, call la..inikan pula bila dah declare..kompom punya kau kan ajak dia bergayut, sms macam pasangan couple lain kan?? Kan?? Lagi satu, walaupun korang dua dah berjanji tuk saling tunggu menunggu dan tidak berhubung langsung sehingga la korang betul2 ready, kau kena ingat hati manusia ni senang berubah.  Sekuat mana kesetiaanmu, kesetiaannya? Sedangkan mereka yang dah ada ikatan halal pun boleh berpaling arah inikan pula korang…ahaha

So Che P.K..apa yang perlu kau lakukan sekarang ialah pertama sabar.  Walaupun terasa berat nak menyimpan perasaan tu,  kuatkan diri..Tunggu saat yang sesuai. Saat dimana kau bersedia dan dia juga bersedia..Waktu itu, go ahead.. berterus terang laa kat dia.  Dan bilamana sebelum atau ketika kau dah bersedia tuk meluah perasaan yang terbuku di hati, dia dah berpunya, kau harus Pasrah.Redha bukan jodoh diantara kamu berdua..Pasti ada yang lain yang terbaik buatmu..Kedua; Perbaiki diri, Dekatkan diri kepada Allah SWT..CintaNya cinta abadi..Banyakkan berdoa, minta hatimu dan hatinya disatukan walau jauh manapun korang berdua.  Ketiga; bersedia untuk menghadapi segala apa yang mungkin terjadi, andai dia dah ada pilihan, nanti taklah kau kecewa sangat kan???  #4rom Bisikan hati kecilmu…

Dan Kiranya waktu ini, Che rasa ada baiknya Che menyukai dia dalam diam.  Bak kata pengacara The Perfect Match, ‘’menyukai dalam diam adakalanya lebih baik’’..so, I Let time to decide it..he.he.he..



Note to Mr Angin : andai..andai laa kau baca post ni, jangan gelakkan aku..siap kau..!!!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Ana.^^

My photo
Bumi Sabah Tercinta, Rahsia, Malaysia
I'm a simple person...Bercita-cita nak jadi TUDM malangnya aku rabun..wahaha..Nak jadi cikgu pula garang macam singa...Cian kang adik-adik...so jadila laa aku Penulis Bebas...Aku kan banyak masa akmaklumlah masih tanam anggur..haha..Aku nie pelik gak..Kadang2 tu suka hidup dalam alam fantasi..konon laa...pengaruh kartun sangat...hehehe.. "Plezz Call me Cik Putera Kodok"...

FOREVER IN HEART CIK PUTERA KODOK