carian

Aku dengan Hari Khamis..

Hari ini hari Khamis..
Tiba2 memoriku zaman studi Dip dulu kembali menerjah fikiran..Ha..ha..ha..boleh gelak sendiri bila mengingatinya..

Dulu, waktu aku berada di semester akhir, tak tahu laa kenapa..Aku anggap hari Khamis ni macam berhantu sikit dengan aku.. mana taknya asal hari khamis je mesti aku terlambat bangun then kesannya lambatlaa aku gi kelas awal pagi hari tu dan kadang terpontenglaa jgak..hehe...Sampaikan Puan Zila yang mengajar subjek Insurans di awal pagi khamis time tu pon dah cam muka ku...ahaha..Yang peliknya, kalau hari2 lain, boleh pula aku bangun awal..

Dan satu peristiwa yang aku tidak boleh lupakan untill now ialah kisah di mana dua hari sebelum kelas seterusnya, puan Zila memberitahu yang dia nak buat midterm pada hari Khamis, so semua mesti datang...
Aku apa lagi..dengar je nak midterm siap pesan dengan member sekelas yang aku rapat" wei, bangunkan aku ar..berkali-kali aku ingatkan dorang, telefon aku sampai aku bangun ok!!"

So dipendekkan cerita, pada malam sebelum pagi khamis menjelma...aku handle satu program kelab dan selesainya pon dekat2 tgh malam..So malam tu terpaksalah laa aku berjaga malam study sampai 3 pagi...lepas study, konon nak tidur sekejap, nak cas tenaga sikit. Sebelum tidur, sempat lagi aku sms kawan2 untuk bangunkan aku esok dan set alarm bebanyak berharap janganlaa aku terlajak bangun di esok hari..hehee

Dan guess what happen after that? Ya..sekali lagi aku lewat! Bangun2 je pagi tu..aku terus tengok jam...jam 9 pagi ! Ada kira2 20 misscall tertera di skrin telefonku..Kelas dah sejam bermula dan aku pasti midterm pon dah berakhir..Matilaa!
Aku check telefon.." Ya rabb...patutlaa aku tak dengar apa2...Rupanya aku letakkan phone ku dalam keadaan silent mode...ahaha

Aku terus menghubungi rakan sekelasku.
Dia bagitahu ada dalam 5minit jugakla puan Zila menunggu aku muncul untuk  ambil midterm bersama kawan2 yang lain tapi sampai ke sudah kelibat aku tak jugak muncul2..ahahaha
Aku bertanya kawanku pasal midterm.
Alhamdulillah..Lega..bila mendengar kawanku kata puan benarkan aku ambil midterm tu dengan syarat aku perlu bagi surat rasmi dengan dia pada hari tu juga dan menyatakan sebab ketidakhadiranku..ahaha..dah, sudah!

Tengah hari tu, aku masuk ke pejabat pensyarah dengan surat rasmi yang ku tulis  sepantas kilat. Sampai je di meja puan Zila, salam ku berikan dan pantas menyerahkan surat ditangan kepada Puan Zila. Surat itu dibacanya.
Tak datang sebab terlewat bangun..alasanku.!
" Yela kamu terlewat bangun, tapi apa sebabnya?" tanya puan Zila sehabis sahaja membaca surat tersebut.
Baru sahaja aku nak jawap soalan tersebut, puan Zila bertanya lagi...
" dan kamu ni Cik PK..asal Khamis je mesti kamu selalu lewat masuk ke kelas saya, kelas lain kamu begini juga ke? "
" Taklah puan..tak tahulah kenapa..mungkin kalau Hari Khamis saya comel kut..hehehe " boleh pulak aku bagi jawapan loyar buruk tu dengan lecturer sendiri..hahaha
Aku lihat puan Zila tersenyum nipis mendengar jawapanku. Mungkin merasa sedikit lucu aku kira dengan apa yang baru sahaja aku katakan.
Perasaan comel betul!
" Dah2..kamu duduk sana..ambil kertas ini..jawab dalam 45 minit dan dah siap nanti pass kat saya..." aku pantas mengambil kertas midterm yang dia berikan dan bergerak ke arah yang ditunjukkan...
Dalam hati " ku panjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana mengurniakan aku seorang lecturer yang baik hati. Terima kasih puan "..

.....The End.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Ana.^^

My photo
Bumi Sabah Tercinta, Rahsia, Malaysia
I'm a simple person...Bercita-cita nak jadi TUDM malangnya aku rabun..wahaha..Nak jadi cikgu pula garang macam singa...Cian kang adik-adik...so jadila laa aku Penulis Bebas...Aku kan banyak masa akmaklumlah masih tanam anggur..haha..Aku nie pelik gak..Kadang2 tu suka hidup dalam alam fantasi..konon laa...pengaruh kartun sangat...hehehe.. "Plezz Call me Cik Putera Kodok"...

FOREVER IN HEART CIK PUTERA KODOK