Dulu bila kawan-kawan tanya kenapa aku suka seseorang itu, jawapan A-Z dapat ku berikan..Tapi bila ditanya kenapa aku boleh terjatuh hati sama Seseorang ini,aku sendiri masih tercari-cari jawapan sampai sekarang.
Dulu, aku pernah listkan ciri-ciri orang yang aku suka didalam diari dan ironinya ciri ciri yang aku cari itu tiada pun pada dirinya..
Nak kata dia hensem? Caring ? Sweet ? Errmm...tiada langsung.
Yang aku tahu, sepanjang aku mengenali dirinya, dia menyebalkan dan suka menyakitkan hati ! Lol
Aku masih ingat lagi, Awal perkenalan aku dengan dirinya bermula ketika Kelabku sedang membuat sesi temuduga untuk pengambilan AJK baharu..Sepanjang sesi itu berlangsung, aku hanya memandang dirinya sekilas sahaja dan lucunya disaat itu terdetik dihati
" rasanya budak ini tidak akan diterima.. pendiam sungguh !" ahaha dan my instink memang selalu tak tepat ! He pass the interview dengan jayanya..dan Top Score lagi..ahaha..
Dan disaat itu, Bermulah perjalanan aku mengenalinya....
Awal kehadirannya ku pandang sepi..as i just though he is just my junior dan aku tidak rasa sedikitpun aura dari dia untuK aku terkena virus teleng2..haha
dan by the time pass, entah bagaimana pandangan aku mula tertumpu kepadanya.
Satu perasaan baru muncul yang aku sendiri tidak pasti perasaan apakah itu.
Soalan yang selalu terlontar pada diri,
" takkan aku suka dia? ah mustahil. "
Aku mula menafikan perasaan itu.
Aku mengenalinya sebagai seorang yang Cool hearted person, tiada perasaan dan paling tepat lagi tidak peduli pun perasaan orang lain.
Aku masih ingat lagi, sewaktu kali pertama aku sms dia, berjela-jela ayat yang ku hantar dan hanya satu perkataan ku terima. " K ".. Reaksi yang sama kuterima setiap kali sms dihantar. Sekurang-kurangnya balaslah ok ke, terima kasih ke. Rasa dihargai juga..Ini tidak..
Dan paling sadisnya, bila terserempak dia di mana-mana selain didalam kelab, bukan mahu menegur. Dia buat macam kau tak wujud pun di depan mata dia. ( sangkaan baik, dia jaga pandangan kali..ahaha )
sekurang-kurangnya bagilah senyum ke, ini main lalu saja..Menyebalkan betul.
Dan soalnya disini, dengan layanan dia begitu, kenapa agaknya aku boleh terjatuh hati sama dia?? Mahu kata Layanan yang baik, tiada. Layanan istimewa, ermm jauh sekali. Ahaha
Sejak aku merasai kehadiran perasaan itu, aku berusaha untuk menafikannya. Ayat penafian yang aku selalu guna "jangan suka seseorang yang muda dari kau, titik ! "
Dan bermulalah juga misi aku mengelakkan diri dari dia. Setiap kali dia masuk kelab, ternampak saja kelibat dia di depan pintu, laju kaki ini dihayun kearah bertentangan. Seboleh mungkin aku tidak ingin berhadapan dengan dia apatah lagi memulakan perbualan. Aku takut kalau-kalau perasaan itu semakin berkembang. Aku tidak ingin pisang berbuah dua kali. perit.
Aku kira ini jalan terbaik dan lama kelamaan apabila aku ignore perasaan itu, ia akan hilang seiring waktu berjalan..ternyata aku silap !
Dalam aku mengelak dari dirinya, lagi kuat perasaan itu muncul !
Memanglah aku mengelak untuk bertembung dengannya tapi pada masa yang sama apabila kelibat dia tiada di depan mata, aku tercari-cari dan selalunya curi-curi pandang dari jauh. Seboleh mungkin aku tidak mahu kantoi dengan sesiapa terutama sekali dengan dia. Buat malu saja..Ahaha...
Lama juga aku simpan rasa ini sendirian sebelum aku buat keputusan untuk berterus terang dengan dia. As expected, aku tahu jawapan itu yang aku akan terima. Ahaha..
Aku rasa even my bff pun tidak dapat detect aku suka dia kalau aku sendiri tidak beritahu. No doubtful that im indeed a person who good in keep a secret lol..
Tujuan aku saat berterus terang dengan dia, hanya satu..Aku tidak mahu terus menerus memendam perasaan itu. Perit.
Walaupun jawapan dia tak memuaskan hati ( kunun ), tapi aku rasa sangat lega. Sepertinya satu bebanan hilang dari diri.
Kalau aku tahu meluah itu tidaklah sesukar mana, awal-awal lagi aku buat..ehehe
Satu kata-kata yang aku pegang untuk masalah hati yang satu ini " jangan menyesal sesuatu yang belum miliki kita "
Aku tahu buat masa ini aku belum mampu move on sepenuhnya dan aku tidak mahu membohongi diriku sendiri yang perasaan itu sebenarnya masih ada namun aku juga tidak ingin terus berharap. Urusan hati itu...bukan ditangan ku..hehe
Bila difikirkan balik, banyak perkara lucu yang aku rasa aku lakukan saat mengenali dia. Perangai aku bertukar jadi pelik.
With him, Keinginan untuk mencari tahu tentang dirinya dan seangkatan dengannya tiada. Dengan kata mudahnya, Aku tidak perlu jadi stalker macam sebelum-sebelum ini.
Dengan dia, aku menjadi seorang yang tergedik-gedik. Aku sms dia tanpa segan-segan dan boleh pula aku cakap aku tengah rindu dia. Paling tak masuk akal, aku dengan beraninya cakap dengan dia yang aku akan berusaha untuk mendapatkan dia.
Ya Allah, bila fikir balik..Dari mana aku dapat semua kekuatan ini..Buat malu saja.
Seandainya aku terserempak dia lepas ini, mana aku mahu sorokkan muka..Lol
Jika aku ditanya kenapa aku suka dia, bila dan dimana, jawapan aku tetap sama. Aku tidak tahu.
" Mencintai seseorang itu tidak perlukan sebab - unknown "
THE END
No comments:
Post a Comment