carian

Fuh..Nasib baik !

Hari itu Che duk skodeng seorang mamat ni dari balik cermin bas yang kitaorang naiki. Di kejauhan kelihatan dia tengah sibuk menguruskan kehadiran rakan-rakan yang lain. Alang-alang dia tak perasan Che dan Kebetulan pula masa tu kawan yang duduk di kerusi sebelah gi toilet, Che ambillah kesempatan untuk merenung dirinya. Hehehe.
"Kenapa dia, Cik PK ?" soalan itu tiba-tiba menyapa diri. Sungguh aku sendiri tiada jawapannya.

Agak lama juga laa Che memerhatikan dirinya sehinggalah dengan tiba-tiba pandangannya teralih tepat ke arahku. Sepertinya dia menyedari ada insan asyik memerhatikan dirinya sedari tadi..
"Alamak..habislaa. Kalau aku alih pandanganan ini mesti dia tahu aku duk pandang dia ni dari tadi " desis hatiku.
Untuk mengelakkan diri dari terkantoi merenung anak teruna orang, pantas Che buat gaya acah orang yang sedang termenung panjang gitu. Che tetapkan jua pandangan  kearah yang sama dan buat-buat tak perasan kelibat dirinya yang berjalan menghampiri bas yang kami naiki.

"Paaakk.. ! " Cermin di sisi Che ditepuk kuat dari luar. Spontan Che buat reaksi ala terkejut konon2nya baru tersedar dari lamunan. "Kurang asam! " sengaja ayat tu Che kuatkan agar sampai ke pendengarannya.
Disebalik cermin itu aku melihat dia tergelak perlahan.
" Yes.!.mesti dia betul2 ingat aku termenung tadi. Fuh, selamat! Nasib baik tak kantoi " desisku dalam hati.

Ingatkan cerita habis sampai setakat tu je, sebaik menapak ke perut bas, dia ceritakan kat seorang kawan kitaorang ni yang Che duk asyik termenung je dari tadi. Che risau jugak kut kalau2 ada orang lain dalam bas perasan aku duk perhati je mamat ni dari tadi. Nasib baiklaa si kawan tu cakap macam ni,
"Rupanya...dari tadi kau asyik perhatikan Cik PK kan? Dia pula yang kena usik oleh rakan-rakan lain. Chr yang duduk belakang hanya mampu tersenyum. Sebenarnya siapa yang duk perhati siapa nie? Ahaha..
....The End....

KU PINANG DIA..

Macam pelik je kan tajuk posting ku kali ni..tapi ni laa yg tjadi...Mungkin situasinya skrg dalam alam mimpi je manatau realitinya nanti ceritanya terbalik..Dia pulak pi pinang Che..ahaha

( DIA = Biarlah rahsia )

Alkisahnya begini..
Lagi sehari je majlis pernikahan ku akan berlangsung..Persiapan semua dah siap kecuali satu benda ni..Pengantin lelakinya TIADA !( pelik kan..tapi ni la mimpiku..boleh2 nak kahwin tpi xde pgantin lelaki ..hehe ). Dan disaat genting ini laa aku teringat Dia..Pantas telefon ku capai dan aku segera mhubunginya..(Dalam mimpiku ni, si dia tgh busy training Taekwando..pelik gak laa dsitu,seingat Che dia mana ada kaitan dgn sukan ni..ahaha).

Beberapa saat kemudian, panggilan berjaya dihubungkan. Selepas salam dijawab, aku terus menyampaikan hasratku. Wei, kahwin dengan aku..Reaksinya? Mestilaa dia terkejut..! Ahaha
Dia bertanya tentang persiapan..dan im just saying,"semua dah settle Cuma tunggu kau datang je..Setujula ya, malu aku kalau kau tak datang"
Then, I'm felt very2 happy bila dia kata Ok..( Ahaha..so easy like that..ermm..kalau alam realiti jangan harap..ahaha)

Then, hari pernikahan pun berlangsung..Sungguh, Aku risau andai dia tak datang..Huh! Rasa lega bila kedengaran suara riuh rendah dari luar rumah mengatakan pengantin lelaki dah sampai..Aku bsyukur sangat kerana dia datang..( xde pulak Che detect baju pgantin waktu ni..ahaha )

Di saat dirinya sudah melangkah masuk ke dalam rumahku, satu soalan seakan berbisik hinggap di gegendang telingaku. "Alahai Cik PK..dia ni ke pilihanmu, apalah yang kau pandang dengan dia nie?. Mendengarkan pertanyaan ini, aku hanya mampu tersenyum.

Aku seraya mencari kelibat dirinya. Saat terpandang wajahnya, terukir senyuman manis dibibirku. " Biarlaa macik. Itu dipandangan macik, di pandangan saya, he is so Special. Cukup sempurna di mata saya. "bisik hati kecilku.
.......The End......

Itulaa kisah mimpi Che pinang anak teruna orang..Tak malu kan? Ahaha..
Maksud mimpi? Entahlaa...Apapun ni laa mimpi paling sweet yang Che pernah rasa..ahaha

Alkisah Aku Ingin Kahwin dengan Tentera

Dulu2 zaman sekolah menengah..Aku pernah menyimpan Impian nak Kahwin dengan tentera suatu Hari nanti...Tak Kahwin dengan tentera Udara, tentera Laut pun jadilaa...Kenapa tentera? Sebab bagi Aku Dorang ni Segak,smart.. bergaya nampak berwawasan gitu..huhu..

Tapi lama kelamaan seiring Waktu berlalu Aku mula lupa Aku pernah menyimpan hasrat sebegini sehinggalah Aku menyaksikan Drama SayangKu Kapten Mukriz.. Hasrat itu kembali Muncul semula Dan malah aku rasakan tekadku untuk mencari pasangan hidup seorang tentera begitu kuat dari Sebelum ni..Honestly, Aku rasa ni laa tekadku berkenan calon Jodoh yang betul2 aku serius nak capai.. Hehehe

So, Kalau Ada tentera TUDM or TLDM yang Korang Kenal nak Cari Jodoh kenalkan dengan Che..manatau itu Jodoh Che.. Ahaha..Permintaan Che tak banyak mana pon..  Yang penting : TUDM or TLDM, : Solat 5 waktu, : Tak merokok..

Dan lastly Doakan Che Dapat Jodoh tentera ya..hehehe..Kita merancang,  Allah juga merancang..Dan sebaik-baik perancang adalah DIA... Kalau bukan Jodoh Che tentera nak Buat macamna kan.. Redha ajalaa... Hehehe

Note : Ni Langsung Tiada kaitan Dgn pelakon SayangKu Kapten Mukriz.. I juz like the Army... Hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Ana.^^

My photo
Bumi Sabah Tercinta, Rahsia, Malaysia
I'm a simple person...Bercita-cita nak jadi TUDM malangnya aku rabun..wahaha..Nak jadi cikgu pula garang macam singa...Cian kang adik-adik...so jadila laa aku Penulis Bebas...Aku kan banyak masa akmaklumlah masih tanam anggur..haha..Aku nie pelik gak..Kadang2 tu suka hidup dalam alam fantasi..konon laa...pengaruh kartun sangat...hehehe.. "Plezz Call me Cik Putera Kodok"...

FOREVER IN HEART CIK PUTERA KODOK