Hari itu Che duk skodeng seorang mamat ni dari balik cermin bas yang kitaorang naiki. Di kejauhan kelihatan dia tengah sibuk menguruskan kehadiran rakan-rakan yang lain. Alang-alang dia tak perasan Che dan Kebetulan pula masa tu kawan yang duduk di kerusi sebelah gi toilet, Che ambillah kesempatan untuk merenung dirinya. Hehehe.
"Kenapa dia, Cik PK ?" soalan itu tiba-tiba menyapa diri. Sungguh aku sendiri tiada jawapannya.
Agak lama juga laa Che memerhatikan dirinya sehinggalah dengan tiba-tiba pandangannya teralih tepat ke arahku. Sepertinya dia menyedari ada insan asyik memerhatikan dirinya sedari tadi..
"Alamak..habislaa. Kalau aku alih pandanganan ini mesti dia tahu aku duk pandang dia ni dari tadi " desis hatiku.
Untuk mengelakkan diri dari terkantoi merenung anak teruna orang, pantas Che buat gaya acah orang yang sedang termenung panjang gitu. Che tetapkan jua pandangan kearah yang sama dan buat-buat tak perasan kelibat dirinya yang berjalan menghampiri bas yang kami naiki.
"Paaakk.. ! " Cermin di sisi Che ditepuk kuat dari luar. Spontan Che buat reaksi ala terkejut konon2nya baru tersedar dari lamunan. "Kurang asam! " sengaja ayat tu Che kuatkan agar sampai ke pendengarannya.
Disebalik cermin itu aku melihat dia tergelak perlahan.
" Yes.!.mesti dia betul2 ingat aku termenung tadi. Fuh, selamat! Nasib baik tak kantoi " desisku dalam hati.
Ingatkan cerita habis sampai setakat tu je, sebaik menapak ke perut bas, dia ceritakan kat seorang kawan kitaorang ni yang Che duk asyik termenung je dari tadi. Che risau jugak kut kalau2 ada orang lain dalam bas perasan aku duk perhati je mamat ni dari tadi. Nasib baiklaa si kawan tu cakap macam ni,
"Rupanya...dari tadi kau asyik perhatikan Cik PK kan? Dia pula yang kena usik oleh rakan-rakan lain. Chr yang duduk belakang hanya mampu tersenyum. Sebenarnya siapa yang duk perhati siapa nie? Ahaha..
....The End....
No comments:
Post a Comment