carian

Brazil Tewas di Tangan German..Kekalahan yang Mengejutkan !!!



Keputusan Perlawanan
Well  Guys, adakah kamu terkejut Subuh tadi??? Kami sekeluarga jangan cakap, Dari mata yang terbuka tertutup, terbuka tertutup menahan ngantuk tiba-tiba menjadi segar bugar.  “Unbelieveable !!! “ Hanya perkataan itu yang mampu aku gunakan untuk menggambarkan perlawanan Separuh akhir Pertama Di antara Brazil dan German Subuh tadi.  Kekalahan  teruk Pasukan Brazil kepada German ini telah mencipta satu kejutan terbesar dalam arena Bola Sepak Dunia.   

Aku pasti tiada yang menduga Pasukan yang telah menjulang Piala Dunia 5 kali ini akan dibelasah teruk oleh Pasukan German.  7 gol berbelas 1.  Really diluar expectation.  Sungguh memalukan lagi bila mereka turut dikalahkan dihalaman sendiri disaksikan berjuta-juta rakyat Brazil.  Aku nak tergelak dengan keputusan ini pun macam rasa lain je. Simpati bertimpa-timpa kepada penyokng-penyokong Brazil.  Sungguh Andai aku juga adalah sebahagian daripada rakyat Brazil yang menyaksikan perlawanan itu, tentu aku bakal turut menitiskan airmata kekecewaan.   

Wajah-wajah kecewa Penyokong Brazil
Hati ini menjadi sebak tatkala melihat paparan skrin televisyen menangkap wajah anak-anak kecil Rakyat Brazil yang turut berada di stadium itu menangis teresak-esak saat menyaksikan Pasukan Harapan mereka dihujani jarigan gol bertubi-tubi di masa pertama dari Pasukan German. 5 jaringan Gol dalam masa 45 minit  “Unbelieveable sungguh”, Persoalannya di manakah silapnya sampai ini boleh berlaku???



Ramai yang beranggapan Perlawanan ini akan menjadi antara Perlawanan yang sengit dan mendebarkan.  Ternyata ianya berbeza 360 darjah daripada apa yang diramalkan.  Aku akui sebelum perlawanan bermula, aku dah set yang German akan memenangi Perlawanan ini dengan kemenangan nipis, hanya dipisahkan satu jaringan gol namun realiti yang berlaku gap jaringan perlawanan tadi tersangatlah besar.   

Antara jaringan Gol Jerman
Yang buat aku nak tergelak ni sebab tak sampai beberapa minit selepas German berjaya menjaringkan gol, satu jaringan lagi berjaya disudahkan oleh mereka.  Ini membuatkan rumah kami jadi meriah. Ada yang terjerit-jerit(my mum), ada yang terngaga terkedu dan ada juga yang tergelak kelucuan, tak percaya Brazil dibelasah seteruk itu
(aku laa tu..hehe ).  Persoalannya sekali lagi di manakah silapnya??? Adakah disebabkan ketiadaan Neymar ( penyerang hebat mereka ) dan Diego De Selva ( Kapten Pasukan yang tidak dapat bermain sebab dilayangkan 2 kad kuning ) ???  
Diego De Selva
atau adakah disebabkan kehebatan Pasukan German??? 
Sukar untuk diperkatakan.  Dari apa yang aku lihat kawalan pertahanan pasukan Brazil dalam perlawanan subuh tadi tersangatlah longkar .  Ini membuatkan pemain German berjaya melihat ruang-ruang kosong yang ada seterusnya dengan mudah menjaringkan gol.  Aku percaya ketiadaan Diego De Silva juga menjadi antara penyebab kekalahan Brazil kepada German.  Melihat kepada perlawanan Brazil sebelum ini, pada kebiasaannya apabila pertahanan Brazil diserang oleh lawan, kelibat kapten pasukan Brazil itu pasti turut ada di bahagian pertahanan mengarah rakan-rakannya.  Kenapalah sewaktu Brazil melawan Columbia tempoh hari dia melakukan tindakan yang sia-sia??? Nah, sekarang lihat apa yang terjadi kepada Brazil.  Sudahla Neymar turut tiada.Aiyaaa.

Celotehku Di Bulan Ramadhan

Alhamdulillah....Hari nie masuk seminggu dah umat islam berpuasa....Seronok rasanya dapat berpuasa bersama keluarga..Rasa teratur kehidupan..ohoho....Dulu time studi, SubhanaAllah kehidupan tunggang terbalik...hehe..sahur pun kadang2 sekadar berniat plus minum air putih je..then tidur balik...Time berbuka mashaAllah, Ter-over sangat...hehehe

Bila berpuasa dengan famili ini SYIOK...sahur, berbuka semuanya teratur...Thanks to my beloved mum...hehehe..Ditambah lagi dapat melihat pelbagai gelagat adik-adik dan kanak-kanak kampung bertambah kemeriahan untuk menyambut bulan yang penuh keberkatan ini....Bersemangat sungguh adik-adik nak berpuasa...mengalahkan kita yang dewasa ini...terdetik di hati ini " alangkah indahnya andai semangat ni kekal didalam diri mereka bila mereka menganjak dewasa kelak??? semoga Allah memberkati mu adik-adik...

Namun kegembiraan menyambut bulan Ramadhan ni bertukar sayu tatkala melihat remaja dan orang dewasa muslim disekelilingku pula ramai tak berpuasa...Ya! aku cuba bersangka baik mungkin mereka tak dapat berpuasa kerana melakukan kerja yang berat, tapi teruk sangatkah kerja mereka itu?? Umat islam zaman nabi waktu peperangan pun masih berpuasa..kita sekarang??? MashaAllah, banyak sangat alasannya...Alangkah sedihnya...Paling menyayat hati tanpa segan silu makan dan minum dikhalayak ramai, depan anak-anak kecil pula tu...

dan yang merokok terang2an tak perlu cakap..Dan sebab ini juga mengapa aku sangat BENCI KEPADA PARA PEROKOK...patutnya bulan Ramadhan ni mereka gunakan sebagai jalan untuk berhenti merokok tapi ini TAK sebaliknya pula berlaku...Ya Allah, tak kah mereka sedar Ibadat Puasa ini Ibadat wajib??? Rukun Islam ketiga???
Tak malukah kepada Sang Pencipta Yang Maha Melihat akan segala-galanya???


Ya Allah...Terasa diri ni lemah sangat2 kerana tak mampu nak menasihati mereka..Hanya mampu memandang dan berdoa agar mereka di beri Hidayah olehNYA..dan berharap agar amalan seluruh umat islam di Bulan Ramadhan ni diterima oleh Allah ya Rahman Ya Rahim...aamiin





Cara Nak Buat Ais Batu Campur ABC

Hari ni Che nak share kat korang My Favourite Juadah untuk berbuka..Tak lain tak bukan ABC aka ais batu Campur...hehe..Che rasa ni la menu berbuka che sejak dari kecil hingga dah bebesar memanjang nie..cam tak lengkap rasanya berbuka kalau tiada ABC..."biar yang len tiada asal ABC ada"..ahahah..

Hurm...daripada kita duk beli ABC kat luar apa kata korang buat sendiri...Bukan susah pon senang jew..boleh juga berjimat..hehehe


Step 1  : Sediakan Bahan-bahan

Bahan-bahannya:

Ais sirap secukupnya
Ais yang dihancurkan ( Ais kiub yang x hancur pun boleh )
Perisa Sirap Ros
Gula
Susu pekat
Aiskrim ( klu nak superb lagi )
Kacang merah - dlm tin
jagung manis
kacang tanah goreng
jeli strawberry/cincau


Step 2 : Cara Penyediaan


1. Masak air gula dengan perisa sirap. Biarkan sejuk seketika.
2. Ambil ais batu dan masukkan ke dalam mangkuk/jag.
3. Tuangkan air gula+sirap, susu pekat kedalam mangkuk/jag tersebut ( ikut kesukaan hati..jangan terlebih manis nnti kencing manis..)
4. Taburkan kacang merah, jagung, kacang serta jeli.
5. Skopkan aiskrim dan sedia untuk dimakan.

See, so easy kan??? so apa lagi..Jum esok pakat ramai2 Berbuka dengan ABC~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Ana.^^

My photo
Bumi Sabah Tercinta, Rahsia, Malaysia
I'm a simple person...Bercita-cita nak jadi TUDM malangnya aku rabun..wahaha..Nak jadi cikgu pula garang macam singa...Cian kang adik-adik...so jadila laa aku Penulis Bebas...Aku kan banyak masa akmaklumlah masih tanam anggur..haha..Aku nie pelik gak..Kadang2 tu suka hidup dalam alam fantasi..konon laa...pengaruh kartun sangat...hehehe.. "Plezz Call me Cik Putera Kodok"...

FOREVER IN HEART CIK PUTERA KODOK