carian

Brazil Tewas di Tangan German..Kekalahan yang Mengejutkan !!!



Keputusan Perlawanan
Well  Guys, adakah kamu terkejut Subuh tadi??? Kami sekeluarga jangan cakap, Dari mata yang terbuka tertutup, terbuka tertutup menahan ngantuk tiba-tiba menjadi segar bugar.  “Unbelieveable !!! “ Hanya perkataan itu yang mampu aku gunakan untuk menggambarkan perlawanan Separuh akhir Pertama Di antara Brazil dan German Subuh tadi.  Kekalahan  teruk Pasukan Brazil kepada German ini telah mencipta satu kejutan terbesar dalam arena Bola Sepak Dunia.   

Aku pasti tiada yang menduga Pasukan yang telah menjulang Piala Dunia 5 kali ini akan dibelasah teruk oleh Pasukan German.  7 gol berbelas 1.  Really diluar expectation.  Sungguh memalukan lagi bila mereka turut dikalahkan dihalaman sendiri disaksikan berjuta-juta rakyat Brazil.  Aku nak tergelak dengan keputusan ini pun macam rasa lain je. Simpati bertimpa-timpa kepada penyokng-penyokong Brazil.  Sungguh Andai aku juga adalah sebahagian daripada rakyat Brazil yang menyaksikan perlawanan itu, tentu aku bakal turut menitiskan airmata kekecewaan.   

Wajah-wajah kecewa Penyokong Brazil
Hati ini menjadi sebak tatkala melihat paparan skrin televisyen menangkap wajah anak-anak kecil Rakyat Brazil yang turut berada di stadium itu menangis teresak-esak saat menyaksikan Pasukan Harapan mereka dihujani jarigan gol bertubi-tubi di masa pertama dari Pasukan German. 5 jaringan Gol dalam masa 45 minit  “Unbelieveable sungguh”, Persoalannya di manakah silapnya sampai ini boleh berlaku???



Ramai yang beranggapan Perlawanan ini akan menjadi antara Perlawanan yang sengit dan mendebarkan.  Ternyata ianya berbeza 360 darjah daripada apa yang diramalkan.  Aku akui sebelum perlawanan bermula, aku dah set yang German akan memenangi Perlawanan ini dengan kemenangan nipis, hanya dipisahkan satu jaringan gol namun realiti yang berlaku gap jaringan perlawanan tadi tersangatlah besar.   

Antara jaringan Gol Jerman
Yang buat aku nak tergelak ni sebab tak sampai beberapa minit selepas German berjaya menjaringkan gol, satu jaringan lagi berjaya disudahkan oleh mereka.  Ini membuatkan rumah kami jadi meriah. Ada yang terjerit-jerit(my mum), ada yang terngaga terkedu dan ada juga yang tergelak kelucuan, tak percaya Brazil dibelasah seteruk itu
(aku laa tu..hehe ).  Persoalannya sekali lagi di manakah silapnya??? Adakah disebabkan ketiadaan Neymar ( penyerang hebat mereka ) dan Diego De Selva ( Kapten Pasukan yang tidak dapat bermain sebab dilayangkan 2 kad kuning ) ???  
Diego De Selva
atau adakah disebabkan kehebatan Pasukan German??? 
Sukar untuk diperkatakan.  Dari apa yang aku lihat kawalan pertahanan pasukan Brazil dalam perlawanan subuh tadi tersangatlah longkar .  Ini membuatkan pemain German berjaya melihat ruang-ruang kosong yang ada seterusnya dengan mudah menjaringkan gol.  Aku percaya ketiadaan Diego De Silva juga menjadi antara penyebab kekalahan Brazil kepada German.  Melihat kepada perlawanan Brazil sebelum ini, pada kebiasaannya apabila pertahanan Brazil diserang oleh lawan, kelibat kapten pasukan Brazil itu pasti turut ada di bahagian pertahanan mengarah rakan-rakannya.  Kenapalah sewaktu Brazil melawan Columbia tempoh hari dia melakukan tindakan yang sia-sia??? Nah, sekarang lihat apa yang terjadi kepada Brazil.  Sudahla Neymar turut tiada.Aiyaaa.

Masa kedua baru kelihatan ada usaha Pasukan Brazil untuk menjaringkan gol tapi ternyata usaha mereka masih tidak cukup untuk mengalahkan Gol Keeper Pasukan German yang ternyata Superb tu.  Sebaliknya Pasukan German pula yang berjaya menyumbatkan 2 lagi gol ke kubu Brazil.  Sungguh ketika itu aku berharap sangat permainan dihentikan.  Tak sanggup rasanya melihat Bazil dikalahkan sedemikian rupa. 

Persoalannya lagi dimanakah silapnya??? Kelihatan sepertinya perlawanan subuh tadi Brazil langsung tak melihatkan prestasi sebenar mereka sedangkan German kelihatan sangat bersemangat dan ternyata Pasukan German memiliki corak serangan yang cukup agresif.  Lihat sahaja ketika mereka menyerang kubu lawan, pasti mereka akan melakukan corak serangan secara beramai-ramai.  Fuh, hebat!!! Cuma aku tak sangka Brazil akan di kalahkan oleh mereka teruk sedemikian rupa.  Jaringan Oscar disaat2 akhir permainan akhirnya memecahkan kebuntuan Brazil dalam mendapatkan sekurang-sekurangnya satu Gol. ( Itu pun mungkin sebab German bagi Can…upss!! )

Apapun, itu adalah cerita pagi tadi.  Dah adat pertandingan kan mesti ada yang menang dan ada yang kalah.  Mahu tak mahu kena juga akur bahawa Brazil Kalah teruk Ditangan German.Haha.  Yang Pasti sejarah baru yang tercipta ini tentunya akan terus diingati sampai bila-bila.  09 Julai 2014, 04.00 am.  Semoga Brazil akan bangkit pada tahun 2018 akan datang!!!

Dan esok subuh, satu lagi Perlawanan antara dua Gergasi hebat Bola Sepak Dunia akan berlangsung.  Argentina Vs Belanda.  So, korang pilih apa??? Aku Support Argentina. Hahaha. Harap kali ini biarlah kedua-dua pasukan menunjukkan perlawanan yang sengit dan mendebarkan.  Janganlah lagi ada kejutan Bombastik.  Nanti takut-takut ada yang mati terkejut..hehehe.
Argentina Go!!! 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Ana.^^

My photo
Bumi Sabah Tercinta, Rahsia, Malaysia
I'm a simple person...Bercita-cita nak jadi TUDM malangnya aku rabun..wahaha..Nak jadi cikgu pula garang macam singa...Cian kang adik-adik...so jadila laa aku Penulis Bebas...Aku kan banyak masa akmaklumlah masih tanam anggur..haha..Aku nie pelik gak..Kadang2 tu suka hidup dalam alam fantasi..konon laa...pengaruh kartun sangat...hehehe.. "Plezz Call me Cik Putera Kodok"...

FOREVER IN HEART CIK PUTERA KODOK