carian

Argentina menumpaskan Belanda...Saingan yang cukup mendebarkan!!!



Hebat dan Fantastik!!! Ternyata kedua-dua pasukan Argentina dan Belanda masing-masing sama-sama kuat.  Perlawanan awal subuh tadi buat aku tak senang duduk.  Adakala aku terjerit baik ketika Argentina menyerang atau diserang oleh Belanda.  Sungguh bila sahaja kubu pasukan Argentina diserang tak sanggup tuk aku melihatnya. Kecut perut genk.  Apabila aku melihat penyerang Belanda semakin hampir dengan gawang gol Argentina, dengan automatiknya muka akan aku tutup dengan kedua belah tapak tangan. Tak berani melihat andainya gawang Argentina berjaya ditembusi.haha.  Melihat keadaan aku yang melucukan itu, Adik dan sepupu aku buat pakataan mengenakan aku.  Ketika aku berkelakuan begitu, mereka pasti akan menjerit “Gol !!! walhal pasukan Belanda tak pun berjaya menjaringkan gol.  Cis!, kurang asam sungguh mereka ini.  Bagi lemah semangat je.
 
Pada kebiasaanya, asal je Si Lionel Messi dapat bola mesti adalah tu sebanyak 2 - 3 orang pemain lawan mengapitnya.  Geram deh dibuatnya.  Ini menyebabkan kelibat Messi sedikit tenggelam dalam perlawanan tadi.  Hurmm..

Tak dinafikan Pasukan Belanda pun tak kurang hebatnya.  Serangan yang dilancarkan oleh mereka buat hati aku dup dap dup dap je.  Syukurlah, pasukan Argentina mempunyai kawalan pertahanan yang sangat kental .  Wa tabik sama mereka.haha.  45 minit permainan berlangsung, mereka terikat dengan keputusan 0-0.

 Separuh Masa kedua bemula.  Debaran dihati semakin kuat dan mencemaskan.  Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.  Namun acapkali serangan tersebut berjaya dipatahkan oleh kedua-dua pasukan.  Resultnya, keputusan masih lagi kekal 0-0 hingga wisel penamat dibunyikan.


Permainan diteruskan kepada masa tambahan 30minit.  Keadaan semakin mencemaskan.  Dalam waktu ini aku berharap sangat pasukan Argentina akan berjaya menjaringkan gol.  Tak nak aku perlawanan berlarutan ke penentuan penalti.  Malangnya, waktu ini pasukan Argentina pula yang menerima serangan demi serangan daripada pasukan Belanda. 

Ini yang buat aku semakin tak senang duduk dibuatnya. Silap-silap Argentina kalah di saat-saat akhir kalau berterusan camni. Mujurlah mereka mampu bertahan daripada  serangan tersebut.  Fuhh..lega!!! Itu yang aku rasa di saat wisel penamat ditiupkan oleh pengadil perlawanan.  Sekali lagi mereka terikat dengan kosong-kosong.  Huh..sengit!!! Ok, continue..Penalti pun penalti la.hahaha

Tangan digengam seeratnya ketika tendangan penalti bakal dimulai.  Bersiap sedia tuk menerima sebarang kemungkinan.  Setiap sepakan yang dilepaskan mengundang debaran dihati.  Akhirnya, Ternyata kemenangan berpihak kepada Pasukan Argentina.   
Mereka menang sepakan penalti dengan Agregat jaringan 4 untuk Argentina dan 2 untuk Belanda.  Keseronokan aku..Ya Allah, tak dapat digambarkan.  Sungguh aku heppy yang teramat sangat.  Seperti berada diawang-awangan.  Sampai saat ini, aku masih lagi meraikan kemenangan Argentina..hohoho


Anyway, diucapkan syabas kepada kedua-dua pasukan kerana telah mempamerkan satu perlawanan yang sungguh menerujakan dan berjaya memuaskan hati penonton yang menyaksikan perlawanan ini.

So next topic,  Germany or Argentina??? Pasukan mana yang akan dinobatkan sebgai juara Piala Dunia 2014??? Sama-samalah kita saksikannya. 

Noted : I like both of dis team but I’ll choose Argentina as the Winner..so, What about you??? hehehe


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Ana.^^

My photo
Bumi Sabah Tercinta, Rahsia, Malaysia
I'm a simple person...Bercita-cita nak jadi TUDM malangnya aku rabun..wahaha..Nak jadi cikgu pula garang macam singa...Cian kang adik-adik...so jadila laa aku Penulis Bebas...Aku kan banyak masa akmaklumlah masih tanam anggur..haha..Aku nie pelik gak..Kadang2 tu suka hidup dalam alam fantasi..konon laa...pengaruh kartun sangat...hehehe.. "Plezz Call me Cik Putera Kodok"...

FOREVER IN HEART CIK PUTERA KODOK