carian

Old Story...Dia Imamku..Tak Nak !

Mood nak menulis je kebelakangan ni..tapi itu laa tiada idea nak karang ayat macamna..But orang kata Practice Makes Perfect kan..so, i try my best laa..ahaha
.......................................

Aku ada one story..Cerita ni berlaku padaku berapa kurun abad sebelum ini di sebuah Shopping Mall..hehe..
Alkisah bermula bila aku ajak satu kawan nie temankan aku gi solat..dan kebetulan hari tu, dia pulak "ABC"hehe..

Cari punya cari then jumpa..Guess what? Masuk je keruangan solat tu aku rasa terkejut..ada beberapa lelaki dan wanita sedang solat bersama2..
"Aik,solat sama2 ke nie?," tanyaku dengan kawanku yang berdiri disebelah.
"Ha'ah akak..macamtu laa nampaknya.."jawabnya yang juga rasa sedikit terkejut dengan keadaan ruangan itu. Ruangan solat yang disediakan punyalaa kecil..cukup2 untuk lingkungan 1 - 5 orang macamtu..Dalam tu, ada tempat wudhu disediakan tapi itupun tiada pintu..Hanya ada tembok yang memisahkan antara dua ruangan itu.. Alamat kalau perempuan nak ambik wudhu kenalah pandai2 cari jalan agar aurat tak terdedah..Nak gelak pon adaa..bukan apa, Shopping Mall punyala BESAR GABAK tapi ruangan solat, MasyaAllah...

Kami biarkan ruangan itu kosong, barulaa kami masuk kembali..Untuk solat punya pasal, aku redah jelaa walaupun diri rasa tak selesa. Aku minta Ain tunggu di depan pintu sementara aku gi ambik wudhu. Takut2 kalau ada lelaki tiba-tiba menerpa masuk ke ruangan wudhu itu..Habislaa..

Tiga minit kemudian..Di sinilaa kisahku bermulaa..
Keluar dari tempat wudhu tu, sekali lagi aku terkejut kerana melihat kehadiran Si "Dia" melangkah masuk keruangan solat itu.
"iskk.. time ni jugak laa dia nak masuk sini..Nak solat dulu ke, biar dia solat nie? bisikku pada diri. Sungguh aku rasa kekok sangat time tu..Makin rasa tak selesa dibuatnya..

Ketika aku duk bersoal jawab pada diri, tiba-tiba mak cik yang turut berada di dalam ruangan itu bersuara. Serentak kami bertiga memalingkan muka menghadapnya..

" Korang bertiga ni, kenal ke?" soal makcik tersebut.
" Ha'ah kenal..Kami ni satu kelab acik. Ada program kat area2 sini.." jawab Ain mewakili kami bertiga.
" Oo.."jawab macik tu pendek sebelum menyambungkan semula kata-katanya..
" kalau begitu, baik korang solat berjemaah..save time,save ruang". Terkejut aku mendengar cadangan macikku tu..
Bayangan aku berjemaah di belakang si Dia mula berlegar..
"Nak solat berjemaah dengan dia, kami dua? .ha.ha.ha...tak mahu! dengan orang lain boleh kut tapi dengan dia..tak nak! Tak khusyuk nanti..!  Iskk..tak boleh..tak boleh..macam suami isteri pulak.."protesku di dalam hati. Nak membantah depan2, nanti nampak sangat something fishy dekat situ. Aku pandang Ain..Dia tersenyum..Senyum yang ada makna aku kira. Cis!
Ku lihat Si Dia memasuki ruangan wudhu..Sejadah aku hamparkan sementara menunggu dia keluar...Persis gaya seorang isteri menunggu suaminya untuk mengimamkan solat mereka..Haih! Sungguh aku rasa sangat2 tak selesa dengan keadaan waktu itu..Andai Ain solat sama, mesti aku tidak rasa kekok macam ni sangat.

Beberapa saat kemudian, dia keluar dan mengambil tempat di sejadah yang aku hamparkan tadi. Bersedia untuk menunaikan solat. Di pandangnya kebelakang, namun aku tiada ura-ura nak berdiri pun bergerak mara kebelakangnya.
"Biar betik mamat ni" aku serba salah..Malu menguasai diri.
Then, aku perhatikan macik tadi memasuki ruangan wudhu..
" Yes..Peluang..! Segera Aku pandang dirinya dan lantas berkata, " awak, awak solatlah dulu ye..nanti aku solat." Dia angguk lantas melaksanakan solatnya..

Sedang Si Dia menunaikan solat, macik itu keluar.
" Aik, kenapa tak jemaah.." tanya macik itu separuh berbisik kepadaku..
Pertanyaan itu aku jawab hanya dengan senyuman..Takkan nak jawab, "sebenarnya saya Malu acik..ahaha"..

Aku pandang dia, yang kini brdiri betul2 di hadapanku..Seraya berbisik pada diri..
" InshaAllah..Bukan hari ni tapi suatu hari nanti..Dia Imam, Aku Makmumnya.. Saat itu, aku yakin aku dah bersedia. Mesti sweet kan..ahahaha.."

...The End...

NOTES : Hanya cerita lama..Harapan tu, hanya laa harapan..Tak salah kan tapi tak boleh lebih2...ahaha

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Ana.^^

My photo
Bumi Sabah Tercinta, Rahsia, Malaysia
I'm a simple person...Bercita-cita nak jadi TUDM malangnya aku rabun..wahaha..Nak jadi cikgu pula garang macam singa...Cian kang adik-adik...so jadila laa aku Penulis Bebas...Aku kan banyak masa akmaklumlah masih tanam anggur..haha..Aku nie pelik gak..Kadang2 tu suka hidup dalam alam fantasi..konon laa...pengaruh kartun sangat...hehehe.. "Plezz Call me Cik Putera Kodok"...

FOREVER IN HEART CIK PUTERA KODOK