Assalamualaikum...
Hai semua..Hari ini nak share pasal Insurans...hehe ( Assignment
Che dulu. Kut2 ni boleh membantu korang kan? ahahah
Apakah Polisi Endowment Policy (Polisi
Endowmen) itu?
Polisi ini menggabungkan perlindungan dan tabungan. Wang manfaatnya akan dibayar pada akhir tempoh yang ditetapkan berikutan kematian atau jika anda mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal. Sekiranya anda masih hidup apabila polisi matang, anda akan mendapat wang berkenaan; jika sebaliknya, wang itu akan diberi kepada penama anda. Dan polisi ini membenarkan kita mengeluarkan sebahagian wang simpanan yang ada di dalam tempoh polisi berjalan. Antara polisi yang ada atau dibawah naungan polisi endowmen ini ialah Perlindungan Tabung Pendidikan (Education Fund Policy) Perlindungan Tabung Persaraan ( Retirement FundPolicy), Perlindungan Takaful Keluarga (Family Protection Family) dan sebagainya.
Perlindungan ini untuk 4 perkara:
a)Kematian biasa - antaranya kerana penyakit atau secara biasa.
b)Kematian kemalangan
c)Hilang upaya biasa - contohnya
strok, angin ahmar atau kerana penyakit
d)Hilang upaya kemalangan - contohnya
akibat kemalangan, kehilangan anggota badan yang menyebabkan kita tak mampu
untuk bekerja lagi.
Polisi hayat seumur hidup
dan polisi endowmen mempunyai elemen pelaburan dan oleh itu, dianggap
sebagai aset modal syarikat. Kedua-kedua polisi tersebut mempunyai nilai tunai
yang boleh ditebuskan selepas berkuatkuasa selama beberapa tahun. Bagi polisi
endowmen, suatu jumlah wang boleh dibayar apabila polisi itu
matang. Premium yang dibayar atas polisi hayat seumur hidup atau polisi
endowmen tidak boleh dibenarkan dalam pengiraan pendapatan larasan perniagaan
syarikat.
Prosedur Tuntutan Kematangan Insurans Hayat Endowmen
Syarikat insurans
lazimnya akan menghubungi pemegang polisi tentang polisi endowmennya yang akan
matang, dan meminta pemegang polisi mengikut prosedur berikut:
1) Syarikat insurans akan menghantar borang pengenalan, borang mandiri (survival) dan borang pelepasan kepada pemegang polisi untuk dilengkapkan. Borang-borang ini hendaklah dikembalikan kepada syarikat insurans bersama dengan kontrak polisi.
2) Jika pemegang polisi adalah orang yang diinsuranskan, beliau hendaklah memberikan bukti umur, bukti masih hidup, baucar pelepasan yang lengkap dan menyerahkan semua ini bersama dengan dokumen polisi.
3) Jikalau pemegang polisi bukan orang yang diinsuranskan, beliau hendaklah menyerahkan surat serah hak atau dokumen hak milik yang lain dan kenyataan ringkas yang menyatakan bahawa orang yang diinsuranskan masih hidup tetapi tidak dapat menandatangani sijil mandiri (survival). Polisi insurans hayat endowmen lazimnya memberikan beberapa pilihan penyelesaian yang boleh dilaksanakan oleh pemegang polisi apabila polisi mereka matang.

Biasanya terdapat empat
pilihan:
a) Perolehan
kematangan tunai.
b) Menukarkan
perolehan kematangan kepada anuiti, sama ada anuiti pasti atau anuiti hayat.
c) Membiarkan perolehan kematangan sebagai deposit dengan syarikat insurans mengikut terma-terma yang dipersetujui.
c) Membiarkan perolehan kematangan sebagai deposit dengan syarikat insurans mengikut terma-terma yang dipersetujui.
d) Mengeluarkan
perolehan kematangan secara beransuran bagi tempoh beberapa tahun. Faedah akan
dikreditkan ke atas baki dalam akaun.
Terma
dan syarat
Insurans endowmen, polisinya ialah untuk jangka waktu tertentu. Pemegang polisi akan menerima jumlah yang diinsuranskan pada akhir tempoh yang ditetapkan.
Walau bagaimanapun, sekiranya pemegang polisi meninggal dunia sebelum tempoh yang ditetapkan, keluarganya berhak menerima bayaran daripada polisi tersebut. Bagi polisi insurans nyawa seumur hidup, pemegang polisi membayar premium untuk seumur hidup. Apabila pernegang polisi meninggal dunia, keluarga beliau akan menerima kesemua jumlah wang yang diinsuranskan. Jika pemegang polisi menyerahkan polisi beliau selepas 20 atau 30 tahun, sebelum kematiannya seperti yang dinyatakan di dalam polisi, beliau akan mendapat balik sejumlah wang yang tertentu – iaitu jumlah yang beliau telah bayar campur dengan sebahagian dari keuntungan pelaburan kumpulan wang insurans berkenaan.
Jenis insurans yang akan memberi faedah adalah satu polisi yang dapat memberi perlindungan maksimum dengan kos yang minimum.
Contoh terma dan syarat
TWIN SPECIAL
Adalah produk endowmen berserta manfaat Pembayaran Tunai Terjamin setiap tiga tahun dan perlindungan kematian dan KUPK. Twins Special menyertai keuntungan Etiqa dengan Bonus Balikan dan Bonus Terminal.
Anda boleh memilih
tempoh polisi yang luas: 15, 18, 21 dan 24 tahun. Jumlah Pembayaran Tunai
Terjamin adalah bergantung kepada jumlah diinsuranskan dan tempoh pelan yang
anda pilih. Setiap tiga tahun sepanjang tempoh polisi berkuatkuasa, anda akan
menerima pembayaran tunai sebanyak 12.5% dari jumlah diinsuranskan.
Apabila pelan ini mencapai tempoh matang, sekiranya tiada tuntutan dibuat, anda akan menerima amaun yang bersamaan dengan jumlah diinsuranskan (setelah ditolak Pembayaran Tunai Terjamin yang telah dibuat) serta semua bonus yang dimasukkan.

Contoh 2
Sebuah syarikat membeli polisi
endowmen “key-man” atas nyawa pengarah urusannya dengan syarikat
sebagai waris. Premium tahunan ialah RM20,000 dan amaun terjamin ialah
RM500,000. Di bawah pimpinan pengarah urusan tersebut, keuntungan syarikat
telah tambah 20% setiap tahun bagi lima tahun yang lepas. Walaupun
syarikat ialah waris polisi insurans dan pengarah
urusan ialah “orang utama” dalam syarikat, premium tahunan yang dibayar tidak
dibenarkan sebagai potongan kerana syarikat telah memperolehi sesuatu aset.
Apabila polisi itu matang, syarikat akan menerima RM500,000 serta bonus
yang diistiharkan oleh syarikat insurans. Bagi
polisi insurans hayat endowmen, syarikat insurans akan membayar jumlah yang
diinsuranskan apabila polisi matang jika pemegang polisi masih hidup pada
penghujung tempoh kontrak.
1 comment:
Berapa jumlah keseluruhan kematangan insuran tsp18 yqng kita dapat tselepas matang
Post a Comment