carian

Jodoh itu ketentuan Ilahi....

Aku terjumpa kata-kata ini di dalam Fb..
Yeah, this is so true...Jadi che nak save ia di sini...Terima kasih kepada sang penulis...

Assalamualaikum

Pertemuan itu sering berlaku, kita bertemu, berkenalan dan mula perasaan itu datang. Ianya tak di duga, tak di jangka.

Kita mula suka dia dalam dia, kita mula merindui senyuman dia. Kita mula selit namanya dalam setiap doa kita. Kita cuba ambil berat tentang dia.Kita cuba sehabis baik untuk dia.

Dalam kita tak sangka pertemuan itu adalah ujian untuk kita. Kita bertemu sebagai proses perkenalan mungkin sebagai kawan tidak lebih dari itu.

Tetapi itulah hati, selalu berharap lebih dari apa berlaku, berusaha dan akhirnya hati mula terpaut.

Kita cuba rancang satu persatu mahligai indah untuk membina masjid teguh. Cinta bertaut berlandas jalanNya, akidah di jaga, pergaulan di bataskan.

Tetapi siapalah kita untuk mentakdirkan sesuatu kerana kita hanya hamba,takdir itu Allah yang tentukan. Hanya kita manusia merancang sesuatu mengikut kemahuan kita.

Serapat mana kasih berpaut, jika Allah telah takdir dia bukan milik kita maka akan terpisah juga. Segalanya berlaku merupakan ujian untuk kita. Mungkin ada yang lebih baik untuk kita dan dia.

Apa jua berlaku bersangka baik dengan Allah. Kecewa itu pasti tetapi teguhkan hati untuk yakin dengan Allah.

Jadi jangan terlalu berharap, kadang takdir kita hanya dapat bertemu, kenal dan berkawan sahaja belum tentu jodoh.

Kredit : Penulisan dari www.akupenghibur.com

Good Bye Mr Angin...

He is getting marry soon !

Terima perkhabaran ini tiga hari lepas...Mulanya aku macam tak percaya, macam bermimpi pun ia juga..
Meleset dari jangkaan ku selama ini...Tak sangka secepat ini aku akan terima invitation dari dia..
Betullah, aku memang tak memahami dia dan betullah, kita merancang..Allah merancang dan Dialah sebaik-baik perancang.

Perasaan aku ? Kalau aku cakap aku tak sedih, itu memang tipulah..
Something is pain inside...Yeah, hati aku terluka 💔
Ironinya, Aku ingat bila aku dapat berita ini aku akan menangis bagai nak rak, moody memanjang macam situasi yang kebiasaanya orang patah hati lakukan tapi itu tak berlaku...Mencintai tak bermakna perlu memiliki..

Bulan ramadhan mulia ini, aku dapat jawapan dari doa yang selalu kupanjantkan selama ini.." Andainya dia diciptakan untukku, dekatkanlah hatiku dengan hatinya dan jika dia bukan untukku redhakanlah aku dengan ketentuanMU "..
dan ternyata dia milik orang lain dan aku bersyukur Allah swt menguatkan aku untuk redha menerima semua ini...Terasa hatiku lapang sekarang, lapang dari masalah hati dan perasaan.. 😊😊

Untuk Dia si Mr Angin,
Aku memang dah agak kau dan dia ada  something..Cuma mungkin saja kau yang lambat menyedarinya...Walau aku tahu,  tetap juga nak mencuba nasib kan.. Dan ternyata, instink ku tu betul..haha
Saat dan detik ini, percayalah perasanku selama ini dah totally gone...dan lambat laun aku akan lupa juga semua ini...Dan percayalah, aku tiada sedikit pun perasaan benci atau menyimpan dendam dengan kau..Yeah, aku redha dengan semua ni..
Aku harap kau pun sama dan kalau ada perkataanku atau silap salah ku selama ini yang tak elok haraplah dimaafkan...
Last words untuk kau, Semoga Allah swt memberkatimu dan pasangan mu dunia dan akhirat..aamiin..

Im miss that Old Friend !!

Banyak orang panggil Che ni " Mak cik". Mungkin sebab perangai Che ni kali memang macam macik2..Tapi ada aku kesah?? Ku akui, ada kebenarannya disitu.. Ahaha.

Bila dengar panggilan mak cik ni,  teringat pulak Che dengan Dia...
Kawan, yang sangat menyebalkan tapi dialah juga diantara kawan yang aku ingat sampai sekarang...haha

Dan dialah juga orang first yang panggil aku dengan panggilan " mak cik "
Dulu rasa annoying gila bila dia panggil macam tu but now rindu pulak nak dengar sebutan tu keluar dari mulut dia...
Ah, sudah..tak pasal2 kan...lol

Ermm..Apa agaknya khabar dia sekarang ya?? Last aku berhubung dengan dia pon, empat tahun lepas..Itu pun sebab aku sendiri jua yang cakap, jangan kacau aku dan menyibuk di fb aku !
( niat sekadar nak bergurau saja bha tu, tidak sangka dia betul2 maksudkan apa yang dia tulis..ahaha )

Ingat lagi kata-kata terakhir dia di FB, "ok, lepas ini aku takkan ganggu kau lagi makcik! Ingatkan dia main2 rupa2nya betul pulak..
Ermm.. agak sedih jugak la lepas tu, sebab apa?? Sebab aku kehilangan kawan untuk bergaduh di fb..ahaha

Walaupun aku selalu cakap aku benci dia zaman sekolah dulu, tapi pada masa yang sama, dalam lubuk hati, sebenarnya aku hargai dia sebagai seorang kawan yang sentiasa ada untuk aku...secara tak sedar, aku banyak berkongsi cerita dengan dia, someone yang alert dengan perkataan yang keluar dari mulutku dan juga pendengar setiaku ketika zaman sekolah dulu...

Sekarang baru aku nampak semua ini..walhal satu ketika dulu, aku siap gelar dia musuh ketatku lagi ! Lalu jak dia depan mata, mesti automatik rasa menyampah tu muncul..lucu pulak bila imbas balik..haha

Mana agaknya dia sekarang?? dapat jak kerja, terus bha tu di cut down aktivitinya di media sosial..
manakah dia menghilang??
Masih kerja ditempat yang sama ke?? Sambung studi?? Or Dah kawen tapi tak menjemput ??? Or adakah dia tengah menuntut ilmu sebagai saudara baru?? Kalau betullah, alhamdulillah..Aku harap sangat dia dapat hidayah untuk tertarik dengan islam...aamiin

And Honestly, im trully miss that friend...that Budak cina mata sepet..😊😊😊

Susahnya nak faham perasaan sendiri

Bolehkah aku nak buka ruang untuk mengenali orang lain??
Kawanku kata, kalau tidak cuba mana nak tahu kan...hahaha
Perlu kah aku?? Dorang kata lagi, usiaku selayaknya dah berpunya sekarang ini..Kenapa masih tiada buah hati ???
Pertanyaan dorang adakalanya lucu dipendengaranku dan adakalanya aku juga tertanya-tanya..kenapa ya? Tercari-cari sebab yang aku sendiri tidak tahu..lol

Adakah sebab aku masih mengharap pada dia?? Mungkin ya mungkin tidak..
Ada saatnya aku teringat dia dan ada saatnya aku harap aku dapat lupakan dia teruss..

Dan seperti saat ini, aku tengah ingat dia..Dan terfikir, pernahkan dia teringat aku sejak aku tidak kacau hidup dia dan pernahkah dia berfikir tentang apa yang aku perkatakan sebelum ini???
Dan mungkin sahaja aku yang berharap sendiri..Sedikit pengharapan itulah yang selalu membuat diri kecewa...haha

Bila termakan hasutan dek kata2 kawan sekeliling, adakalanya mahu juga buka ruang untuk mengenali orang lain, tapi disaat aku baru hendak menanam tekad, disaat itu juga bisikkan ini hadir mematikan tekadku " Daripada kau kenal orang lain, baik kau berusaha dapatkan dia " and once again, dia juga yang aku ingat...
This is me. Someone yang susah mahu melupakan dan susah mahu jatuh hati..haha

Perlukah aku buka peluang untuk mengenali orang lain? Or perlukah aku berusaha sekali lagi untuk dapatkan dia?
Bolehkah aku tanyakan soalan ini kepada dirinya? Dan adakah aku akan dapat satu jawapan pasti yang mampu mematikan semua pertanyaanku??? Susahnya nak faham dengan perasaan sendiri...haha

Melihat keadaan dia sekarang membuat aku rasa gembira untuk dia dan membuat aku rasa sesuatu, yang he deserve with somebody else...
Untuk pertanyaanku perlukah aku buka ruang untuk orang lain?? jawapannya, Sejujurnya aku malas mahu mulakan perkenalan baru!

And once again, dis is me...hard to forget and hard in accepting...hahaha

" Mencintai seseorang itu tidak perlukan sebab "

Dulu bila kawan-kawan tanya kenapa aku suka seseorang itu, jawapan A-Z dapat ku berikan..Tapi bila ditanya kenapa aku boleh terjatuh hati sama Seseorang ini,aku sendiri masih tercari-cari jawapan sampai sekarang.
Dulu, aku pernah listkan ciri-ciri orang yang aku suka didalam diari dan ironinya ciri ciri yang aku cari itu tiada pun pada dirinya..
Nak kata dia hensem? Caring ? Sweet ? Errmm...tiada langsung.
Yang aku tahu, sepanjang aku mengenali dirinya, dia menyebalkan dan suka menyakitkan hati ! Lol

Aku masih ingat lagi, Awal perkenalan aku dengan dirinya bermula ketika Kelabku sedang membuat sesi temuduga untuk pengambilan AJK baharu..Sepanjang sesi itu berlangsung, aku hanya memandang dirinya sekilas sahaja dan lucunya disaat itu terdetik dihati
" rasanya budak ini tidak akan diterima.. pendiam sungguh !" ahaha dan my instink memang selalu tak tepat ! He pass the interview dengan jayanya..dan Top Score lagi..ahaha..
Dan disaat itu, Bermulah perjalanan aku mengenalinya....

Awal kehadirannya ku pandang sepi..as i just though he is just my junior dan aku tidak rasa sedikitpun aura dari dia untuK aku terkena virus teleng2..haha
dan by the time pass, entah bagaimana pandangan aku mula tertumpu kepadanya.
Satu perasaan baru muncul yang aku sendiri tidak pasti perasaan apakah itu.
Soalan yang selalu terlontar pada diri,
" takkan aku suka dia? ah mustahil. "
Aku mula menafikan perasaan itu.

Aku mengenalinya sebagai seorang yang Cool hearted person, tiada perasaan dan paling tepat lagi tidak peduli pun perasaan orang lain.
Aku masih ingat lagi, sewaktu kali pertama aku sms dia, berjela-jela ayat yang ku hantar dan hanya satu perkataan ku terima. " K ".. Reaksi yang sama kuterima setiap kali sms dihantar. Sekurang-kurangnya balaslah ok ke, terima kasih ke. Rasa dihargai juga..Ini tidak..
Dan paling sadisnya, bila terserempak dia di mana-mana selain didalam kelab, bukan mahu menegur. Dia buat macam kau tak wujud pun di depan mata dia. ( sangkaan baik, dia jaga pandangan kali..ahaha )
sekurang-kurangnya bagilah senyum ke, ini main lalu saja..Menyebalkan betul.

Dan soalnya disini, dengan layanan dia begitu, kenapa agaknya aku boleh terjatuh hati sama dia?? Mahu kata Layanan yang baik, tiada. Layanan istimewa, ermm jauh sekali. Ahaha

Sejak aku merasai kehadiran perasaan itu, aku berusaha untuk menafikannya. Ayat penafian yang aku selalu guna "jangan suka seseorang yang muda dari kau, titik ! "
Dan bermulalah juga misi aku mengelakkan diri dari dia. Setiap kali dia masuk kelab,  ternampak saja kelibat dia di depan pintu, laju kaki ini dihayun kearah bertentangan. Seboleh mungkin aku tidak ingin berhadapan dengan dia apatah lagi memulakan perbualan. Aku takut kalau-kalau perasaan itu semakin berkembang. Aku tidak ingin pisang berbuah dua kali. perit.

Aku kira ini jalan terbaik dan lama kelamaan apabila aku ignore perasaan itu, ia akan hilang seiring waktu berjalan..ternyata aku silap !
Dalam aku mengelak dari dirinya, lagi kuat perasaan itu muncul !
Memanglah aku mengelak untuk bertembung dengannya tapi pada masa yang sama apabila kelibat dia tiada di depan mata, aku tercari-cari dan selalunya curi-curi pandang dari jauh. Seboleh mungkin aku tidak mahu kantoi dengan sesiapa terutama sekali dengan dia. Buat malu saja..Ahaha...

Lama juga aku simpan rasa ini sendirian sebelum aku buat keputusan untuk berterus terang dengan dia. As expected, aku tahu jawapan itu yang aku akan terima. Ahaha..
Aku rasa even my bff pun tidak dapat detect aku suka dia kalau aku sendiri tidak beritahu. No doubtful that im indeed a person who good in keep a secret lol..

Tujuan aku saat berterus terang dengan dia, hanya satu..Aku tidak mahu terus menerus memendam perasaan itu. Perit.
Walaupun jawapan dia tak memuaskan hati ( kunun ), tapi aku rasa sangat lega. Sepertinya satu bebanan hilang dari diri.
Kalau aku tahu meluah itu tidaklah sesukar mana, awal-awal lagi aku buat..ehehe

Satu kata-kata yang aku pegang untuk masalah hati yang satu ini " jangan menyesal sesuatu yang belum miliki kita "
Aku tahu buat masa ini aku belum mampu move on sepenuhnya dan aku tidak mahu membohongi diriku sendiri yang perasaan itu sebenarnya masih ada namun aku juga tidak ingin terus berharap. Urusan hati itu...bukan ditangan ku..hehe

Bila difikirkan balik, banyak perkara lucu yang aku rasa aku lakukan saat mengenali dia. Perangai aku bertukar jadi pelik.
With him, Keinginan untuk mencari tahu tentang dirinya dan seangkatan dengannya tiada. Dengan kata mudahnya, Aku tidak perlu jadi stalker macam sebelum-sebelum ini.
Dengan dia, aku menjadi seorang yang tergedik-gedik. Aku sms dia tanpa segan-segan dan boleh pula aku cakap aku tengah rindu dia. Paling tak masuk akal, aku dengan beraninya cakap dengan dia yang aku akan berusaha untuk mendapatkan dia.
Ya Allah, bila fikir balik..Dari mana aku dapat semua kekuatan ini..Buat malu saja.
Seandainya aku terserempak dia lepas ini, mana aku mahu sorokkan muka..Lol

Jika aku ditanya kenapa aku suka dia, bila dan dimana, jawapan aku tetap sama. Aku tidak tahu.

" Mencintai seseorang itu tidak perlukan sebab - unknown "

THE END

It takes time to forget....

Aku cakap pada diri, aku tidak mengapa -gapa...Hakikatnya, ada sesuatu yang sakit..
Dengan kata lain, ya...Aku cemburu !

Aku tahu aku tidak seharusnya rasa begini..
Itu hak dia !
Bukankah aku sendiri yang nekad untuk berhenti berharap??
Dan bukankah aku juga telah bisikkan pada diri aku tidak kisah andai dia memilih sesiapapun...
Tapi sekarang, kenapa aku rasa sakit ???

Sedaya upaya aku endahkan rasa itu.
Namun..aku tahu aku sedang membohongi diriku sendiri..." It takes time to forget someone "

Aku hanya mampu berharap agar fasa ini cepat berlalu......

Pasangan Hidup Cik Putera Kodok

Assalamualaikum wbt..

Sebenarnya banyak yang che nak post ke dalam blog nie...Sudah menjadi kebiasaan bagi seorang Cik Putera Kodok, bila masuk tahun baru, akan mengabadikan memori sepanjang tahun lepasnya( tahun 2017 ) dalam blog ni...Ingat nak buat hari ni lepas kemas barang..kemas punya kemas, terlajak laa pula...Mata pon Zzzz suda..ahaha

Salah satu azam Che di tahun 2018,
Aktifkan blog ni even tiada followers pon..ahahaha....Jadi, post untuk malam ni adalah mengenai pasangan hidup yang aku impikan...( Post ni memang Che dah save dalam notes hp sebelum ni...Oleh sebab tak sempat mahu menaip, che ambil ni je la sebagai pembuka tirai blog Che di tahun 2018..kuikuikui)

My Prince idaman mestilah seorang yang.....

* Ada disaat aku susah dan senang
* Menerima keluargaku seadanya, dan keluarganya menerima aku jua seadanya
* Seorang yang memberi aku kekuatan dan semangat dalam meniti kehidupan..
* Melihat dirinya buat aku rasa SELAMAT
* Lastly..Dia mampu menjadi seorang kawan, suami dan bapa yang baik untuk aku dan anak2...😊😊

Kahwin itu bukannya perkara mudah...Ia melibatkan banyak pihak dan tanggungjawab yang besar...
As for me, sebelum2 ni,Aku belum jumpa lagi sebab yang kukuh untuk aku kahwin..
Yang aku tahu, andai tiba-tiba aku tergerak mahu kahwin tu pun sebab ANAK...Kalau lambat kahwin mesti kecian anak2ku nanti..aku sudah tua, dorang masih kecil..dan Inilah yang selalu bermain difikiran when people talking about marriage...haha
Dan kalau tanya pasal reason aku belum kahwin, ahaha.....JAWAPANNYA BANYAK !!!

Jadi, bila Cik PK mahu kahwin??
InshaAllah, bila ALLAH Swt mengkhendakinya, kahwin juga che tu even reason setinggi gunung sekalipun..😊
Im just need to make an improvement for my self in year 2018..So, Dont worry, be heppy 😊😊

When Cik PK dah move on..Haha

Mulanya aku ingat dia tidak sudah aktif Di Fb.. Suddenly, i got some idea and i want to test it..So, Aku try la Add dia sbagai frend..Last2 aktif pula mamat tu..Menyesal Che !! Ahaha...

Later after that ( something happen which i do not know how to describe it), im realize that tiba masanya im should Make a fullstop! Sebagaimana suatu ketika dulu, Che pernah push someone from my heart, macam tu juga perasaan yang sama aku rasakan saat ini.. Yeah, my heart finally willing to let him go..

Che sedar kenapa selama ni, setiap kali Che move on Che tak berjaya..Sebab asbabnya di mulut saja mahu move on walhal di dalam Hati still simpan little hope that someday he will accept me....Sebab harapan kecil tu laa yang selalu membuat hati wanita terluka...Menanti sesuatu yang tidak pasti akan kunjung tiba..last kecewa sendiri..sad kan?? Hahaha

Then now, Ku bulatkan tekad seteguh gunung kinabalu, ku noktahkan ia sampai di sini..Dan percayala bila ku dah genggam tekad setekadnya, Im really mean it...Dan sedikit perasaan pun takkan ada sudah...Macamana im willing to let go someone a years ago, macam tu laa aku yakin dengan apa yang ku rasa sekarang!!
im let him go without any hope in my heart..!!
Dan apa yang rasa sekarang: Aku rasa Tenang !!

Ku harap lepas ni, aku akan jumpa dengan seseorang yang tepat di saat yang tepat...Someone that like me more than i like him..inshaAllah...😊😊

Its been a long time...He has appeared in My Dream...

Last nite, aku termimpi dia...

Adakah ini bermakna aku tengah rindu dia?? Ahahaha... " No answer "...
Or adakah dia teringat aku saat itu ??
Ahahaa..." mimpi laa kali.."..

Perasaan aku?? " huhu.. sedih "
...sebab dalam mimpi tu, im still meletakkan harapan dengan diaa...Walhal dia tak perasan pun apa yang aku rasa tika itu...kuikuikui..
Walaupun mimpi tu cuma mainana tidur, tapi Feel sad ni..Dalam mimpi pon i've same story like in reality....Kecian sungguh..Cubalah mimpi tu twist sikit dari cerita realiti kan best..ahahaha

Susah kan mahu move on nie...Dalam sibuk2 aku, sempat juga aku terfikir dia...apa la..ahaha..
.....

Sebelum ni aku genggam tekad, cakap pada diri aku mahu fight untuk menangi hati dia tapi akhirnya aku Mengalah..

Sebab apa?
Sebab Aku takut... Di saat aku sedang berusaha, dan di saat itu juga dia memilih orang lain..Dan itu pastinya akan lebih menyakitkan...

So lebih baik aku Fullstopkan ia sebelum terlambat....ahahaha

AKu Rindu Mereka ....

Alhamdulillah...

Genap Tiga bulan suda aku balik ke Hometown tercinta....Sepanjang aku di sini, folder album di hp yang mana tsimpan semua gambar kanak2 di taska aKu kerja sebelum ini tak sekali pon aku berani melihatnya..Fikir pasal mereka pon aku elakkan..Bukan sebab tak sayang tapi teringat jak mereka, kenangan bersama mereka, automatik air mata ni jatuh...Betapa sejujurnya aku teramat2 rindu mereka...xpecially c Hana..Hana, Cikgu rindu Ana panggil nama cikgu..

Ya Allah..Sungguh 3 tahun tu bukanlaa tempoh yang pendek..Dan sepanjang hidupku, keputusan untuk berhenti dan balik ke Sabah adalah satu keputusan yang bukan mudah tuk aku lakukan...
Beratnya hati tuk tinggalkan mereka sehingga aku berhenti pon secara senyap2 tanpa infom dengan parents...Aku takut kalau aku cerita sama dorang, hati akan btambah berat tuk mninggalkan mereka...Sampai sekarang, kawan extempat kerjaku kata, parents kanak2 d sana still cari aku dan jawapan yang diberi " aku bercuti.."..haha...Permintaan ku juga..Lagi baik begitu..lama2 nnti dorang lupa jgk aku kan..haha...
Ya Allah...aku rindu dorang.....

Balik Sana?? Mungkin tuk bercuti bolehlaa..tapi untuk menetap, xmungkin..
Aku ada misi di sini..Mungkin suda masanya aku Kembali Ke home town..Berada dekat dengan keluargaku..
Namun, jauh d lubuk hatiku...Aku rindu mereka..Sangat!

Hari ni juga, genap sebulan Aku kerja sebagai guru Tadika di LC...Alhamdulillah aku bersyukur...Urusan kembali ke home town dpermudahkan olehNya..Dan memang takdir, aku dan kanak2 Tidak dapat di pisahkan...Hehehe...

Gaji sikit? Itu bukan soalnya..Yang penting buatku, kecukupan dan keberkatan...Dan paling penting, aku dekat dengan keluargaku...Nikmat Ilahi yang perlu aku syukuri!

About him? Honestly aku masih dalam proses move on...Yang sukarnya, bila kadang2 teringat dia..
Dan saat harapan menjentik minda, di saat itu Aku lemah !
Ku bisikkan pada diri, biar angin ituu pergi..Jangan di tunggu ia menyapa ~~~

Aku surrender !!

Sebelum ni Che ada kata mau fight untuk dapatkan dia, tapi Che totally give up sekarang...Che dah penat..dah letih...
Che angkat bendera putih!!

Macam mana cara che cuba pun, Che takkan berjaya buka pintu hati dia even sikit. Konklusinya, im surrender..Im not deserve for him....Che bukan gadis pilihan dia..Bukan ciri yang dia cari and mostly im just a friend to him..Its sad but i can accepted it..

Im totally can move on right now...How much im sure? 100% pretty sure...
Che jeles dengan Ariana, dia struggle tuk dapatkan Kapten Mukhriz dan akhirnya dia berjaya but in my case, its not turning end like that..

Orang mungkin kata Che ni agak terhegeh2 tapi bagi Che..Tak salah kan kita berusaha tuk dapatkan sesuatu yang kita rasa baik tuk kebaikkan masa hadapan??
Atleast Che dah try kan..Dan bukan Jodoh laa tu Che sama dia..Hahaha...

Dear You,
Kau memang kawanku...
Tapi untuk buat macam tiada apa2 yang berlaku sangat susah bagi akuu..

Yes..You still my friend..
But untuk aku move on completely
Aku kena jarakkan diri dari kau..
Aku mahu matikan pengharapan itu walau ia sekelumit cuma..

Lepas ni, aku takkan cari kau lagi
Sehingga laa aku boleh terima hakikat
That We are just friend..😊😊


Idea Gila Si Cik Putera Kodok..

Wuargh....mahu menangis ni dibuatnya...Baru jak 2 bulan lepas aku kumpul kekuatan untuk tidak hubungi dia lagi..Dan akhirnya aku Kalah lagi Dengan diri sendiri...Haiyaaaa..

Its only takes 5 months to break down what i have promise to myself..Why Che PK? Benci dengan diri sendiri..Why i cant control myself..
wuargh!! Dengan ni, bersiap sedia laa dirimu untuk terima apa yang akan terjadi selepas nie..
Dah cakap jangan, kau buat juga..!
Bukankah dengan melanggar janji yang telah kau buat, kau telah bagi harapan sekali lagi pada diri sendiri???
Nanti kau kecewa Che PK...
Arghh.....

What i should do now ?
Di sebabkan alang2 dia bagi keizinan,
Dan cara melarikan diri tidak berkesan...
Aku dah buat keputusan,
Will Fight to get Him..
Ha.ha.ha...
Bunyi macam idea gila kan,
But i mean it...!!
Berjaya tak berjaya lain cerita...

Fighting !!! Doakan saya ya semua...

Pesanan Buat HatiKu !

31 Mac 2017 - 12.30 pagi -

Sekali lagi aku rasa aku tipu diri sendiri..
Aku kata aku dah lupakan dia..
Tapi hakikatnya TIDAK !
Buktinya ? 
Hari ini aku asyik teringat dia...
Rasa rinduu muncul kembali...
Habiss Terr rewind balik kenangan zaman dulu..

Perasaan nak tahu perkembangan dia skrg
kuat sangatt...
Macamna klu dia dah jumpa someone Specialll ?
Persoaalan yang menerjah ruang fikiran nie
ibarat sembilu menghiris hati..
Seandainya betul, mampukah diri menerima hakikat tersebut ???

Aku tahu aku tidak layak tuk berasa sebegini tapi entahlaa...Bila kita dah suka seseorang tu, macam2 perasaan yang wujud.. Nak tolak tepi, tapi makin kuat pula iaa menghampiri...

Laju ja tangan ni nak hubungi dia, namun niat itu segera mati bilamana aku teringat tekadku yang Aku takkan hubungi dia lagi,  ambil tahu perkembangan dia dan biarlaa dia dengan kehidupan dia...

Tapi kenapa ek aku rasa saat ini tekaddd ku tu makinnn goyah?....Ada saatnya aku harap dia yang menghubungiku tapi meletakkan harapan yang tak pasti hati sendiri yang akan tersakitii...
Baik tak payah!!

Penat kan berperang dengan perasaan sendiri..
Disatu sudut harapan tu ada, dan di satu sudut lain pula mahu jauh2 dari letakkan
harapan..Aku takut kalau aku tak berhenti sekarang, hati ini akan lebih sakit nanti..

Please hati Cik CPK,
Kau kena kuat!
Kuat utk lupakan dia..kuat utk menerima segala-galanya...Menyukai tak bermakna kita perlu memiliki..Ingat tu !!

Semangat! Semangat ! Semangat !

Aku Jauh, Dia Dekat.

Aku ingat aku dah bawa diriku
Jauh dari orang tu.
Tapi aku silap.
Malahan dia berada dekat
Denganku.
Sejujurnya,
My feeling for him totally have gone
tapi melihat keadaan sekarang, terdetik tiba-tiba diminda,
"Mungkinkah dialah orang yang kau tunggu selama ni, Cik PK..
Arggh..Tak mungkin.
Nope. !

Aku musykil ini,
Kenapa mesti dia kerja disini.
Elok2 kerja Di Sabah tu, pi sini laa pulak dia.
Macam kalau aku terjumpa dia nanti?
Adakah itu petanda bahawa betul laa dia itu jodohku?
Ah. Tak mungkin.
Walaupun dia berada dekat denganku,
Tapi aku yakin,
99% yang kami tak akan berjumpa.
Harap-harapla..
Tapi hati ini pula berbisik kecil " macam kalau betul kau terserempak dengan dia Cik PK? Ahahah...Jodoh kaulaa tu..

Ah...shuh shuh..nyah kau dari ingatan.
Aku tak nak fikir.!
Aku yakin aku tidak akan terjumpa dia..
Titik !!

MEMORI 2016

Alhamdulillah...melangkah lagi ke tahun yang baru. Hari ni nak buat imbasan peristiwa yang terjadi di tahun 2016 yang telah berlalu pergi. Sebelum memori baru tercipta, Che nak abadikan memori lama disini.

1) Dah masuk 2 Tahun Che kerja di Semenanjung nie..Orang selalu tanya " tak nak cari kerja lain ke? tak nak pulang Sabah ke?
Well..Honestly, siapala tak rindu keluarga kan..Setiap hari rindu..Selalu terdetik nak balik Sabah dan cari kerja je di sana masalahnya Che ni ada satu masalah besar...SETIA. Kalau dah stay di satu tempat tu susah sangat nak move on..Tambahan lagi, Che dah terlanjur sayang kat anak2 yang Che jaga dsini..Tengok dorang membesar dari baby sampai dah boleh berjalan, bercakap..Ya Allah..berat hati sesangat nak tinggalkan dorang..

So, What im suppose to do? Bukannya Che ni tiada perancangan hidup. Ada..
Kadang2 terasa down juga melihat orang lain bekerjaya hebat dibandingkan kerje Che sekarang..tapi hati Che di sini..Che senang di sini..I like kids, i love kids...
Apa yang Che harapkan di tahun 2017 nie,  semoga Che diberikan kekuatan untuk memilih jalan yang terbaik untuk kehidupan Che akan datang. I'm just wish that i can make my My mum, my dad and my family happy..Thats All..Semoga Rahmat ilahi sentiasa bersama keluargaku..aamiin

2) My bestie akhirnya kawin..Alhamdulillah, kawan yang Che sayang aka linda aka my exlibrian, my exroomate akhirnya selamat diijabkabulkan dengan kawan Che juga sewaktu di Poli setelah hampir 6 tahun mereka berkenalan..Im very happy for both of them..Masa tahu dorang kawin, Che rasa Che laa antara orang yang gembira sesangat..Excited ni..ehehe..Barakallahuma for both of you..aamiin

Then, tahun 2016 juga my Prince yang Che pernah post pasal Che mimpi kawin dengan dia tu aka Mr AK,  Alhamdulillah tahun lalu dah selamat menamatkan zaman bujangnya..
Dengan sis yang Che pernah mention tu ke? Eh..tak.Dengan someone else..hehe

Dah 2 tahun lost contact dengan dia tup2 dengar dah kawin bulan 11 yang lalu..Tak jemputni..sedih..ahaha
Dan tak sangka jodoh dia rupa2nya orang yang dekat je selama ni dengan dia..Sweet nie..Itula orang kata kan, kita selalu memandang yang jauh kadang terlupa orang yang sentiasa dekat dsisi..ahaha.
Btw , to Mr AK and wife Tahniah.Barakallahuma fiddunya waakhirah.

3) Im fail two Exam SPA dis year.
Ahaha...sadis kan bunyinya...Che dah usaha semampu yang boleh namun apa nak di kata..Bukan rezeki Che laa tu..Ada orang yang lebih memerlukannya..hehe..
Aja2 hwaiting Cik P.K..Ganbatte!!

4) Fail Ambil lesen Kereta
Ahahaha...dalam banyak2 perkara yang berlaku tahun lalu, ni yang paling sadis..Dah lulus exam bertulis dan sekali bila belajar memandu terus give up. Siap bergaduh dengan Cikgu lagi..ahahaa
Macamna juga..Che ni penakut ya amat..Belajar dengan kawan, nak ambik kau accident..Nasib baik tak ada apa2 jga.
So, kesimpulannya kalau Che nak ambil lesen lagi, Che kena ada keyakinan yang kuat dalam diri dulu, kalau tak kejadiaan yang sama akan berulang...ahahaha
So bila la tu? Entahlaa labu...kah kah kah.

5) Im falling in love Again wif him.
Kali ni Che betul2 pasti dengan perasaan Che..Dan jauh di lubuk hati, im hope he"ll be my husband..
Siapa dia? Biarlaa rahsia..ahaha..kali ni biarlah Che suka orang tu diam2..Tak nak heboh2, Tak nak luah2, Tak nak bising2 dan tak nak tunggu dia macam yang aku buat macam sebelum2 ni..Biarlah dia dengan kehidupan dia dan Che dengan kehidupan che..
Che perati dok dari jauh ja laa..Itu pon dah cukup. And i"ll just go wif the flow..Kalau ada jodoh ada laa..Kalau tiada bukan jodohlaa tu..ahaha.. Dan Cinta itu tak bermakna kita perlu memiliki.hehehe

6) Tahun 2017 : memasuki tahun ni, memberikan Che kegusaran sedikit di hati..ewah..
Dis year, Che ada satu azam besar yang Che memang dah set sejak zaman sekolah menengah lagi..Apakah itu?
........K.A.H.W.I.N........
Ingat lagi, pernah cakap dengan geng, " kalau aku tak jumpa sesiapa waktu umur 27 tahun, aku pick je laa sesapa ye ada..Ahaha.. Macam masin je mulut Che tu taw..Cakap memang senang tapi hakikatnya, alamak..!! Ahaha
Masalahnya sekarang, Che tak rasa che dah bersedia untuk nikah tahun ni..ahahaha
Sebabnya :
1st : Tiada calon. Bukan tiada sebenarnya cuma Dia je tak mahu...dan tiada hati pon mahu cari sesiapa sekarang. Senang cerita, Malas!
2nd : Suruh orang cari? Ahaha..ini lagi laa..bila orang dah carikan, terus laju dia menggelengkan kepala..Siap gelak2 lagi..
Sampaikan kawan2 Che pon dah give up  dibuatnya.
Jadi kau mau apa sebenarnya ni? Ahahah..
Entahlaa..Che pon tak tahu..ahaha..
Memilih? Tak. Bukan. Bukan itu masalahnya..Che ni kut yang kurang keyakinan diri..

Paling senang, Che tunggu je laa orang masuk meminang..terus terima,
Senang cerita!  Kah kah kah

Btw, doakan Che je laa. Semoga Che jumpalah jodoh di tahun ni..aamiin..
Hehehe

Alhamdulillah..Today is My Day..

Alhamdulillah..
Ku panjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi
masih mengizinkan aku untuk bernafas di bumi ini.
Hari ni genaplaa usia ku 26 tahun..
Ya Allah..pantasnya masa berlalu..pejam jelik dah besar panjang dah Che rupanya..
Rasanya macam diri masih bebudak lagi tup2 dah boleh jadi mama budak dah..ha.ha.ha

Tahun ni, Alhamdulillah..kira ramai la jugak yang tolong memperingati hari lahir Che ni..
Bangun pagi tadi, check phone..tengok  wassap banyak mesej yang masuk..tak pernah2 ni.heran sekejap..
Lepas berfikir sejenak, baru teringat.." oh, Patutlaa hari lahir aku pulak hari ni"..Tuan badan sendiri pon hampir lupa dengan tarikh hari ini..ahaha
Selalunya, Che sambut birthday awal. 25 Rabiul akhir. Tu pon sambut sendiri2 sebab bukan ada yang tahu pon..ahaha

Anyway, terharu jugaklaa sebab orang memperingati hari lahir kita kan..Semoga ucapan2 mereka semua dimakbulkan oleh Allah swt..Tak perlu hadiah bagai..Doa2 semua itupun dah cukup for me.
Che doakan agar kamu2 semua juga diberkati Allah dunia dan akhirat..aamiin..

After diss..Bermula laa misi pencarian Si CiK Putera Kodok. Kata2 mesti dikota. Itu prinsipnya. Kalau tiada juga nak buat macamna kan. Yang penting Usaha dulu..hohoho.
Misi apa? Adalah..yang tahu, tahula..yang tak tahu diam2 je la...He.he.he

Aku Boleh..Ya ! Aku boleh..

Berapa kali dah.
Aku kata aku nak lupakan orang tu
But always failed..
Reasonnya,
Setiap kali aku nak cuba lupa orang tu,
Adalah tu dia tiba-tiba muncul
Terus sekelip mata je tekadku hilang
Koh..koh..koh

Pernah aku terfikir,
Daripada aku menyerah lebih baik
Aku fight for it kan?
Tapi bila fikir balik,
Aku rasa aku takkan berjaya.
So abaikan je niatmu tu,
Cik Putera Kodok..
Koh.koh.koh

Title kawan..
Ini lagi satu hal
Disebabkan wujudnya satu hubungan ini
Harapan itu masih wujud
Dalam diri.
Aku hubungi orang tu
Kununlaa sebagai kawan
Walhal pada masa yang sama
Aku harap dia faham maksud tersirat aku
Nampak tak di situ,
Aku dah buat sesuatu yang
di luar jangkaan..
Kadang2 terdetik juga
" Aku ke nie..gediks pula "
Rasa macam dah jadi watak
" Ariana Dahlia "
Dalam cerita Sayangku Kapten Mukhriz pula.
Koh..koh..koh

Penat tahu tak !
Terasa diri terbeban
Dan apa yang aku lebih risau lagi
Andai aku menjadi bebanan buat orang lain.
Agak-agaknya apa yang perlu Aku lakukan?

The answers are :
I need to cut down
Semua perkara berkaitan dirinya.
Jangan kacau dia..!
Jangan ganggu dia..!
Jangan hubungi dia..!
Jangan terfikir pasal dia..!
Jangan cerita tentang dia !
And lastly,
Jagalah hati tu baik2
Cik Putera Kodok ooi..
Sudah2 la tu..
Bizikan dirimu dan
Put all the trust
To the Almighty..
InshaAllah..semua akan baik2 je.
Kau boleh !

Aku dengan Hari Khamis..

Hari ini hari Khamis..
Tiba2 memoriku zaman studi Dip dulu kembali menerjah fikiran..Ha..ha..ha..boleh gelak sendiri bila mengingatinya..

Dulu, waktu aku berada di semester akhir, tak tahu laa kenapa..Aku anggap hari Khamis ni macam berhantu sikit dengan aku.. mana taknya asal hari khamis je mesti aku terlambat bangun then kesannya lambatlaa aku gi kelas awal pagi hari tu dan kadang terpontenglaa jgak..hehe...Sampaikan Puan Zila yang mengajar subjek Insurans di awal pagi khamis time tu pon dah cam muka ku...ahaha..Yang peliknya, kalau hari2 lain, boleh pula aku bangun awal..

Dan satu peristiwa yang aku tidak boleh lupakan untill now ialah kisah di mana dua hari sebelum kelas seterusnya, puan Zila memberitahu yang dia nak buat midterm pada hari Khamis, so semua mesti datang...
Aku apa lagi..dengar je nak midterm siap pesan dengan member sekelas yang aku rapat" wei, bangunkan aku ar..berkali-kali aku ingatkan dorang, telefon aku sampai aku bangun ok!!"

So dipendekkan cerita, pada malam sebelum pagi khamis menjelma...aku handle satu program kelab dan selesainya pon dekat2 tgh malam..So malam tu terpaksalah laa aku berjaga malam study sampai 3 pagi...lepas study, konon nak tidur sekejap, nak cas tenaga sikit. Sebelum tidur, sempat lagi aku sms kawan2 untuk bangunkan aku esok dan set alarm bebanyak berharap janganlaa aku terlajak bangun di esok hari..hehee

Dan guess what happen after that? Ya..sekali lagi aku lewat! Bangun2 je pagi tu..aku terus tengok jam...jam 9 pagi ! Ada kira2 20 misscall tertera di skrin telefonku..Kelas dah sejam bermula dan aku pasti midterm pon dah berakhir..Matilaa!
Aku check telefon.." Ya rabb...patutlaa aku tak dengar apa2...Rupanya aku letakkan phone ku dalam keadaan silent mode...ahaha

Aku terus menghubungi rakan sekelasku.
Dia bagitahu ada dalam 5minit jugakla puan Zila menunggu aku muncul untuk  ambil midterm bersama kawan2 yang lain tapi sampai ke sudah kelibat aku tak jugak muncul2..ahahaha
Aku bertanya kawanku pasal midterm.
Alhamdulillah..Lega..bila mendengar kawanku kata puan benarkan aku ambil midterm tu dengan syarat aku perlu bagi surat rasmi dengan dia pada hari tu juga dan menyatakan sebab ketidakhadiranku..ahaha..dah, sudah!

Tengah hari tu, aku masuk ke pejabat pensyarah dengan surat rasmi yang ku tulis  sepantas kilat. Sampai je di meja puan Zila, salam ku berikan dan pantas menyerahkan surat ditangan kepada Puan Zila. Surat itu dibacanya.
Tak datang sebab terlewat bangun..alasanku.!
" Yela kamu terlewat bangun, tapi apa sebabnya?" tanya puan Zila sehabis sahaja membaca surat tersebut.
Baru sahaja aku nak jawap soalan tersebut, puan Zila bertanya lagi...
" dan kamu ni Cik PK..asal Khamis je mesti kamu selalu lewat masuk ke kelas saya, kelas lain kamu begini juga ke? "
" Taklah puan..tak tahulah kenapa..mungkin kalau Hari Khamis saya comel kut..hehehe " boleh pulak aku bagi jawapan loyar buruk tu dengan lecturer sendiri..hahaha
Aku lihat puan Zila tersenyum nipis mendengar jawapanku. Mungkin merasa sedikit lucu aku kira dengan apa yang baru sahaja aku katakan.
Perasaan comel betul!
" Dah2..kamu duduk sana..ambil kertas ini..jawab dalam 45 minit dan dah siap nanti pass kat saya..." aku pantas mengambil kertas midterm yang dia berikan dan bergerak ke arah yang ditunjukkan...
Dalam hati " ku panjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana mengurniakan aku seorang lecturer yang baik hati. Terima kasih puan "..

.....The End.....

Ajarkan Aku untuk Setia - Al Manna

Adakala aku tertanya
Tercari-cari bukti cinta
Yang ku kata untuk-Mu saja
Tapi goyah bila tergoda

Selalu janji ku mungkiri
Cintaku bagai tiada erti
Sedang cintaku bukan palsu
Ku yakin Engkau Maha Tahu

Kadang cinta teguh di jiwa
Kadang hilang entah ke mana
Ajarkanlah aku untuk tetap setia

Walau ku sedarkan diriku
Takkan pernah kuat tanpa-Mu
Betapa Kau sangat ku perlu
Namun sering ku tinggalkan-Mu
Ketika segalanya indah
Ku lupa Kau selalu ada
Tapi bila resah menyinggah
Dan baru rinduku menjelma

Kadang cinta teguh di jiwa
Kadang hilang entah ke mana
Ajarkanlah aku untuk kekal setia

Saat hatiku mula rapuh
Saat tangisku mula luruh
Ku rayu agar Kau takkan pernah menjauh

Kadang cinta teguh di jiwa
Kadang hilang entah ke mana
Ajarkanlah aku untuk kekal setia

Saat hatiku mula rapuh
Saat tangisku mula luruh
Ku rayu agar Kau takkan pernah menjauh
Jangan Kau uji
Jangan Kau tinggal
Takkan ku mampu n
Hidup tanpa-Mu
Akan ku cuba
Akan ku terus setiahttps://youtu.be/uVACPdUBTlM

I"ll hold it as long as i Can !

Baru - baru ini, ada yang menyuruh aku untuk cuba kenal dengan seseorang tapi macam biasa mesti aku tolak..Bukan nak menyombong, jual mahal atau perasaan diri tu bagus sangat cuma itulah masalahnya di sini " Hati". Hati ini tak terbuka untuk orang lain.
Ada yang kata," Kenapa tak cuba je dulu, kut2 hati itu terbuka.." Ahaha..Aku hanya mampu tergelak.
Bukan tak pernah cuba, ya pernah suatu ketika dulu dan hasilnya, aku rasa sangat bersalah. Memberi harapan pada seseorang walhal di hati tiada sekelumit pun rasa sayang untuk dirinya. Dan sejak itu, aku yakin perkataan "cuba" itu takkan berhasil ke atas diriku.

Sejujurnya, aku bukanlah orang yang mudah jatuh hati kat seseorang dan bilamana aku dah suka seseorang itu, aku dah letakkan harapan berharap dialah Jodohku dan you know what, aku rasa aku dah jatuh hati kat orang yang salah lagi ! Ahahaha
Right now, rasa sedih itu kerap muncul..Aku kata aku dah move on walhal aku sebenarnya tengah tipu diri sendiri.
Sejak tempoh hari, aku cuba untuk melupakan dia dan sekali lagi perkataan "cuba" itu tak serasi denganku.

Tika ini, terngiang2 kata-kata yang pernah ku ucapkan pada seseorang,
" kita tak boleh halang seseorang dari menyukai kita dan orang itu jugak tak boleh memaksa kita untuk menerima dirinya. Cinta itu tiada paksaan Dan
mencintai tak semestinya memiliki ".

So now, what suppose i do?
" I"ll Keep the feeling as long as I can
And let time decide it. Just go with the flow "
...................

Dear You..
Yup, you..
Tak tahulaa kalau kau baca.
I'm really sorry.
For being too emotional..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Ana.^^

My photo
Bumi Sabah Tercinta, Rahsia, Malaysia
I'm a simple person...Bercita-cita nak jadi TUDM malangnya aku rabun..wahaha..Nak jadi cikgu pula garang macam singa...Cian kang adik-adik...so jadila laa aku Penulis Bebas...Aku kan banyak masa akmaklumlah masih tanam anggur..haha..Aku nie pelik gak..Kadang2 tu suka hidup dalam alam fantasi..konon laa...pengaruh kartun sangat...hehehe.. "Plezz Call me Cik Putera Kodok"...

FOREVER IN HEART CIK PUTERA KODOK